Wednesday, October 2, 2013

Diari Suri Bekerja Di Rumah : Kenapa Perlunya Buat Blog?

Assalamualaikum,

Masih lagi bersiaran dari DEMC. Iya, anak sulung masih lagi ditahan cuma Alhamdulillah keadaannya sudah bertambah baik. Senang zaman sekarang, walau tidak masuk ke pejabat SOHO boleh juga online di mana-mana. Yang penting perlunya talian internet dan sebuah telefon pintar :)

Semalam bermulanya hari baru untuk bulan Oktober 2013. Sambil-sambil menjaga anak yang sakit aku sentiasa mengemaskini status di facebook. Biasalah, ibu zaman sekarang semua benda nak kongsi di laman sosialnya. Eh! Ada yang terasa ke? Maklumlah sekadar berkongsi rasa, kadang-kadang bagus juga untuk meluahkan sesuatu yang terbuku di hati supaya diri tidak merasa tekanan menjaga anak yang sakit.

Alhamdulillah semalam mendapat mesej dari Pn Rafeah Sahari protege aku yang entah ke barapa puluh berbunyi :


Untuk pengetahuan semua, Pn Rafeah sudah 13 tahun berniaga secara offline iaitu di pasar malam sekitar rumahnya. Baru-baru ini tergerak hati untuk membuat sebuah blog dan fanpage bagi menjual kelengkapan solat. Tak sampai sebulan pun belajar, akhirnya Pn Rafeah berjaya juga menghasilkan sebuah blog iaitu di sini (http://puanrafeahsahari.blogspot.com/) dan testimoni kelas asas blog & fanpage di sini (http://puanrafeahsahari.blogspot.com/2013/09/testimoni-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html)

Terbaru perkembangan Pn Rafeah apabila memaklumkan yang rezekinya semakin melimpah ruah sejak berblog. Gara-gara blog telah menjadi salah satu tempat untuk beliau mengiklankan barangan dan kedai jualan beliau. Walaupun hanya beroperasi di pasar malam tetapi rasanya perniagaan seperti ini yang banyak mendatangkan keuntungan disebabkan modalnya yang tidak besar (tidak perlu menyewa premis tetap yang memerlukan komitmen sewa bulanan yang tinggi) dan kini ramai pelanggan telah datang sendiri ke tapak jualan beliau untuk mengambil barangan. Alhamdulillah, aku tumpang gembira juga :)

Bagi mereka yang mempunyai kemahiran; tidak semestinya perlukan ada sebuah kedai baru boleh berniaga. Cukuplah sekiranya hanya menjalankan dari rumah dahulu. Bagi yang suka memasak boleh mengambil tempahan, begitu juga yang suka menjahit, menyulam mahupun membuat apa sahaja kemahiran yang orang lain tidak boleh buat. Selepas itu, kembangkan pula perniagaan dengan pemasaran internet melalui kaedah blog dan fanpage di facebook. Insya Allah selepas dikenali mungkin bisnes korang akan bertambah maju dan berkembang lagi.

Jadi mulakan dari sekarang, daftarkan diri bersama kami warga Akademi Bekerja Di Rumah dan masuklah mana-mana kelas yang suka :-

1) Kelas Asas Blog & Penulisan
2) Kelas Asas Blog & Fanpage

Dua-dua pun matlamatnya sama sahaja iaitu ingin menambah pendapatan dengan menyediakan tapak asas di dalam bidang blog dan fanpage. Insya Allah selepas bersama kami, sokongan padu dan saling bantu-membantu di antara ahli akan terjalin :)

Hingga bertemu lagi dengan perkongsian yang lain.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

julie hussin said...

salam...perkenalan di alam maya

dik..akak nk tnya la...macamana nak add nuffnang masuk dlm akak punye blog ye?
boleh ke ajarkan akak?tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015