Thursday, October 3, 2013

Diari Seorang Suri Bekerja Di Rumah : Kelebihan Waktu Yang Fleksibel


gambar di hospital; mata mengantuk lalu turun mencari kopi

Assalamualaikum,

Tiada yang lebih menyenangkan selain dari rumah sendiri. Alhamdulillah percutian "mewah" di hospital sudah pun berakhir. Petang tadi baru sahaja selamat sampai di rumahku syurgaku. Terus masuk ke dapur melakukan segala tugasan bibik. Inilah dia tugas sebenar seorang surirumah, sedia berkhidmat walaupun masih kepenatan. Menjaga anak sakit di hospital tidaklah sepenat seperti yang digambarkan, tambahan pula hospital swasta di mana semua benda dilakukan oleh jururawat. Akan tetapi istilah penat ini kerana badan yang sejuk berada di dalam bilik berhawa dingin dan sentiasa lapar sahaja, bila lapar mahu makan bila makan mengantuk dan asyik bermalasan di atas katil sahaja:)

Sebab itulah semasa di dalam hospital otak ligat berfikir, HAHA berfikir cuba merancang tugasan demi tugasan yang perlu diselesaikan bila pulang ke rumah nanti. Sambil itu menyuarakan rasa hati di dalam facebook. Mesti kawan-kawan ada yang pelik entah semangat apa yang merasuk diri untuk sentiasa mengemaskini status:) Tapi ada bagusnya jika dibandingkan hanya menangis dan mengenang nasib diri sahaja!

Alhamdulillah sepanjang "percutian" 5 hari 4 malam aku dan en suami bergilir-gilir menjaga Haziq. En suami lah yang banyak berkorban seawal pagi sudah bangun dan pulang ke rumah mengambil aku manakala sepanjang hari aku dan anak-anak yang lain menemankan Haziq di hospital. Apabila balik bekerja, en suami terus datang ke hospital dan menghantar aku ke rumah pula. Banyak masa dihabiskan di jalanan sahaja. Inilah pengorbanan seorang bapa di kala menjaga anak yang sakit. Moga Allah berikan ganjaran pahala dan kesihatan yang baik buat en suami. Bagi aku pula, masa adalah cukup fleksibel memandangkan aku juga sudah tidak bekerja. Kalau dulu memang aku juga yang menemankan anak-anak di hospital cuma biasalah tidak boleh tinggal lama-lama di sana. Nanti mulalah ada yang telefon bertanyakan tentang kerja:)

Menjadi surirumah yang bekerja, sambil menjaga anak yang sakit pun boleh buat kerja. Asalkan ada internet. Cukup senang! Alhamdulillah sambil-sambil melayan karenah anak, ada juga ramai yang bertanyakan tentang kelas dan mendaftar masuk. Rezeki juga tu! Walaupun kadang-kadang mencabar emosi apabila menjaga anak yang sakit tapi apabila ada kawan-kawan yang memberikan semangat, rasa mahu marah itu hilang serta-merta. Marah bukan kerana Haziq susah makan ubat tetapi kerana dirinya yang terlalu aktif bermain. Rasanya dalam wad kanak-kanak itu, anak-anak aku lah yang paling bahagia! Berlari-lari menjerit sana-sini..Al maklumlah tiga orang kanak-kanak riang memang sukar dikawal, tambah pula bila mereka bertemu kawan-kawan yang lain.

Oklah, esok mahu mulakan hari dengan menyiapkan segala tugasan rumah yang banyak tergendala. Baju berbakul-bakul tidak dibasuh, rumah juga macam tongkang pecah dengan kain yang tidak berlipat. Insya Allah kelas juga harus diteruskan macam biasa. Hingga bertemu lagi :)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

mummY daniSha said...

kak lama sy x jengok sini..bukan sini je..tp lama x berBW...mcm2 cite ketinggalan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015