Tuesday, October 29, 2013

Resepi Nasi Goreng Cepat & Sedap

Assalamualaikum,

Di sini aku mahu kongsikan satu resepi nasi goreng yang biasa aku masak di rumah, terutamanya apabila sibuk dan mahu cepat siap. Yang penting semua barang harus tersedia depan mata, sekejap sahaja membuatnya dan yang paling penting anak-anak suka :)


nama resepi : nasi goreng ikan bilis

Bahan-bahan :

- segenggam ikan bilis *
- 2,3 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- kepingan "fish cake" dan "fish ball" dipotong kecil
- daun bawang atau sayur sawi
- garam
- sebiji telur

Cara-cara :

- tumbuk bahan yang bertanda *, selalunya kalau mahu pedas bolehlah masukkan beberapa biji cili tapi oleh kerana menu ini adalah untuk anak-anak, jadi aku tidak memasukkannya.
- panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk
- tumis sehingga garing
- masukkan kepingan fish cake dan fish ball
- pecahkan telur dan masukkan garam (jangan terlalu banyak kerana ikan bilis sudah masin)
- masukkan nasi yang telah dimasak
- masukkan daun bawang atau sayur sawi
- siap untuk dihidangkan dan makan bersama keropok goreng

Sekarang ni aku suka sediakan menu yang mudah sahaja. Maklumlah tengahari hanya aku, Ashraf dan Husna sahaja yang makan di rumah. Haziq dan en suami selalunya akan makan malam memandangkan seharian mereka di luar. Tapi selalunya menu yang sama jugalah dari tegahari bawa ke malam. Hihihi Yang penting masakan penuh kasih sayang, tiada istilah makan makanan sejuk atau menu berulang :P

Jom intai apa lagi masakan aku (yang sempat diambil gambarnya)


laksa penang, masa ni dah tinggal saki baki jadinya hirisan nenas besar-besar gabak semua..HAHA


gulai udang (kalau orang Key El mungkin panggil masak lemak udang)


bubur nasi paling senang dan cepat juga. Mama dan anak-anak semua boleh makan, kalau bahagian mama kena letak sambal cili banyak-banyak baru terangkat


inilah air lada yang aku selalu buat untuk dimakan bersama nasi kerabu atau nasi. Cara nak buat senang aje, kalau mak aku dia akan tumbuk kasar tapi cara moden kisar sahaja cili padi (merah) bersama cuka. Masukkan garam dan gula dalam nisbah 1 : 4. Kalau 1 sudu garam 4 sudu gula, bukan apa tak naklah terlalu pedas dan masin sahaja jadi tambah gula untuk imbangkan rasa pedas tu.

Selamat mencuba

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

Fiza Rahman said...

Gulai udang. Sedapnya ☺

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015