Monday, October 7, 2013

Tips Menjaga Anak Di Hospital

Assalamualaikum,

Masih lagi berkisar tentang hospital. Sejak mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, hospital memang terasa begitu dekat dengan aku. Manakan tidak, sejak mengandung anak sulung lagi sudah ke klinik dan hospital bersalinkan Haziq. Kalau dulu tidak pernah terlintas untuk menjejakkan kaki ke hospital tetapi apabila status diri sudah berubah dari anak dara kepada seorang ibu, nak tak nak kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Anak sulung aku anak bertuah Amirul Haziq seorang pengidap athma. Seawal umurnya setahun setengah sudah dimasukkan ke hospital gara-gara batuk yang berpanjangan dan susah untuk bernafas. Kali pertama Haziq dimasukkan hospital adalah di HUSM Kubang Kerian kerana disahkan jaundice. Bayangkan masa tu masih lagi di dalam pantang dan anak sulung pula, banyak benda yang masih tidak tahu lagi. Namun alhamdulillah en suami sentiasa ada memberikan sokongan.

Kali kedua Haziq di masukkan wad kerana batuk dan lelah di Hospital Klang. Masa inilah Haziq disahkan mengidap penyakit athma atau dikenali dengan Bronchiol athsma. Waktu dimasukkan ke wad, Haziq baru berusia setahun lebih dan aku sedang sarat mengandungkan Husna. Maklumlah pengalaman pertama lagi anak kena sedut gas, rasa memang sedih dan perasaan bersalah bertimpa-timpa ke atas diri.

Kemudian kali kedua pula semasa Haziq berusia 5 tahun. Kali ini dimasukkan ke hospital swasta di SALAM pula. Selepas itu, Ashraf juga pernah dimasukkan ke DEMC kerana sakit mata dan batuk-batuk. Disusuli dengan paling terbaru Haziq lagi yang ditahan di DEMC kerana penyakit lamanya berulang kembali. Kali ini, hati aku sudah kuat dan menerimanya dengan terbuka. Sebenarnya adalah lebih baik anak-anak mendapat rawatan di hospital kerana di sana mereka akan diberikan rawatan yang sebetulnya. Ubat juga akan diberikan mengikut masa dan makan juga sedap-sedap belaka:)


Keadaan bilik kami di wad kanak-kanak DEMC, syukur Alhamdulillah kerana dengan adanya insuran kini anak-anak aku dapat mendapat rawatan dengan lebih selesa di sini. Baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/10/kenapa-perlunya-ada-insuran.html

Antara tips yang boleh diamalkan sekiranya anak-anak kita dimasukkan hospital adalah :

1) Sekiranya keadaan anak-anak kita teruk, walaupun sudah makan ubat di rumah tetapi masih lagi berterusan sakit, cepat-cepat bawa ke hospital yang berhampiran. Sambil itu siapkan juga beg pakaian yang mengandungi pakaian mereka dan kita juga sebagai persediaan sekiranya anak kita dimasukkan ke hospital

2) Sentiasa membawa kad medikal insuran anak bersama. Sekiranya hilang, gunakan surat penyata bil bulanan yang dihantar oleh pihak insuran kepada kita. Di situ ada terdapatnya nombor ahli insuran anak. Sekiranya anak kita dilindungi oleh insuran syarikat, pastikan segala maklumat berkaitan kita ada. Sangat penting sekiranya berlaku kecemasan ketika suami tiada di rumah.

3) Bagi yang menunggu anak di hospital, sangat penting supaya diri sentiasa positif dan tidak terlalu bersedih. Emosi harus dijaga supaya badan kita sihat. Hospital merupakan tempat di mana ada bermacam jenis kuman dan virus, jadi kita harus kuat supaya diri kita juga kuat. Balik dari hospital beberapa hari yang lepas aku batuk-batuk sehingga hilang suara. Alhamdulillah dengan mengamalkan meminum air suam yang dicampur dengan jus delima dan madu, batuk-batuk sudah hilang.

4) Dapatkan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Teringat kenangan manis semasa Ashraf berada di DEMC, en suami pulang ke rumah mengambil pakaian kami dan tiba-tiba kereta en suami mati di tengah jalan. Mujurlah masih dekat dengan rumah. Malang bertimpa-timpa tapi aku redha dan syukur kerana Allah masih sayangkan kami, diuji dengan ujian supaya kita bersabar. Keluarga juga banyak memberikan bantuan, adik-adik ipar dan abang ipar aku banyak membantu memberikan sokongan moral dan meminjamkan kereta sementara kereta kami dibaiki.

5) Isi masa dengan perkara berfaedah seperti membaca buku dan tafsir Al-Quran. Alhamdulillah, di hospital DEMC memang disediakan tafsir Al-Quran dan senang untuk solat kerana di dalam biliknya disediakan sejadah dan tandas. Tidak perlu bersusah-susah turun ke surau.

6) Ingat jadual makan ubat dan masa lawatan doktor. Tak dinafikan sekiranya anak kita sakit memang setiap waktu akan diganggu oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Sekiranya di hospital kerajaan, doktor pakar akan membuat lawatan pada waktu pagi dan petang. Pelajar perubatan juga akan datang menziarahi kita bertanyakan bermacam-macam soalan jadi kena sentiasa positif dan memberikan kerjasama kepada mereka :)

7) Anggaplah ianya sebagai satu percutian:) Buat suri sudah tentu tidak perlu memasak dan melakukan kerja rumah. Duduk di hospital tetapi masih berpeluang mengemaskini status di facebook setiap masa. Jarang sangat boleh lakukan sekiranya kita berada di rumah kan? Walaupun nanti apabila percutian berakhir, ya Allah hanya Allah yang tahu penatnya menyusun semula jadual tugasan supaya kembali normal. Apa-apa pun kena sentiasa redha dan bersabar menghadapi dugaan dari Nya.


makanan hospital memang sedap-sedap; adakah kerana aku tidak perlu memasak atau adakah kerana perut sentiasa lapar?

Oklah hingga bertemu lagi!

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015