Friday, October 4, 2013

Kenapa Perlunya Ada Insuran?


Assalamualaikum,

Hari ini aku terpanggil untuk berkongsikan pengalaman sendiri dalam merancang kewangan anak-anak melalui skim simpanan+perlindungan komprehensif+medikal kad. Iya, kami memilih Prudential Takaful BSN sebagai insuran untuk kesemua anak-anak kami.

Bagi mereka yang bertanya kenapa? Seharusnya jawapan kami adalah kerana en suami bukanlah penjawat awam dan tidak menikmati apa-apa tawaran hebat mahupun layanan kelas pertama, kedua atau ketiga di mana-mana hospital kerajaan. Begitu juga dengan tempat bekerjanya yang tidak menyediakan sebarang kemudahan perubatan kepada keluarga. Kolot bukan? Hanya pekerja sahaja yang mendapat perlindungan insuran bukan sekeluarga. Tapi tidak mengapalah, kena sentiasa bersyukur sekurang-kurangnya ada juga kerja tetap untuk menyara keluarga bukan?

Jadinya kami telah memilih Prudential BSN Takaful sebagai insuran perlindungan untuk anak-anak kami. Bermula dari Haziq sehinggalah kepada Azzam, en suami telah meletakkan sejumlah wang gaji untuk mereka. Apa yang bagusnya pelan perlindungan ini adalah ia juga berbentuk simpanan iaitu sejumlah wang boleh diambil apabila mereka sudah cukup dewasa (kalau tak silap pada umur 18 tahun nanti). Memandangkan keadaan Haziq yang selalu sakit, memang terdetik di dalam hati untuk mengambil insuran supaya senang nanti kami memasukkan Haziq ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui di mana kami telah ditemukan dengan ejen Prudential sendiri (masa tu aku dan en suami berada di bank). Ejen itu yang menegur kami kerana pada masa itu kami memakai pakaian seragam pejabat kami.

Perkenalan yang tidak disangka itu akhirnya membuahkan hasil. Walaupun ejen itu hanya menegur sekadar untuk bertanyakan khabar kawannya yang juga bekerja di pejabat kami. Bermula dari situ, kami mengambil insuran untuk Haziq & Husna, apabila Ashraf dilahirkan, kami juga telah mendaftarkan nama Ashraf dan paling terbaru Azzam juga. Sebenarnya ada kiraan dan jumlah budget komitmen bulanan yang boleh dibayar mengikut kemampuan tapi kalau tidak silap aku bayaran minimum adalah RM100 seorang dan apabila matang (18 tahun) boleh mengeluarkan dalam lebih kurang RM18, 000.00 untuk duit tabungan pendidikan mereka (betulkan andai aku tersilap kerana aku bukannya ejen jual insuran)

Dengan adanya pelan simpanan pendidikan ini dan juga medikal kad, kami bolehlah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital swasta yang terpilih. Tapi bukannya free semuanya, andai kata di sahkan sakit dan dimasukkan ke dalam wad, barulah kami boleh menggunakannya. Dalam kes ini memang sangat-sangat membantu kami kerana tidak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk dibelanjakan untuk kos rawatan tersebut. Ops lupa, sebelum itu, kami terpaksa dulu membayar 10% dari jumlah semuanya tetapi nanti boleh claim balik ikut terma dan syarat yang telah ditetapkan. Setakat ini, semua perbelanjaan kos di hospital dan rawatan susulan selepas 3 bulan juga telah dibayar oleh syarikat ini.

Ok, rata-rata dari kita bila berbicara mengenai insuran akan memberikan alasan duit gaji masih belum cukup untuk memberikan komitmen kepada insuran. Di sini aku kongsikan beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk mencari duit lebih bagi memungkinkan anak-anak kita semua dilindungi insuran.

1) Mencari duit sampingan dengan berniaga. Baik, ini memang tidak dinafikan lagi sudah ternyata memang sangat-sangat membantu kita menambah baik ekonomi keluarga. Sekiranya anda seorang yang rajin, pilihlah untuk berniaga produk sendiri mahupun menjadi ahli kepada rangkaian produk jualan yang lain. Jika super rajin cubalah berniaga di pasar malam atau hujung minggu bagi mengelakkan mengganggu waktu bekerja.

2) Berjimat-cermat amalan yang mulia. Kadang-kadang ibu bapa banyak menghabiskan duit kepada benda-benda yang tidak mendatangkan faedah untuk anak-anak. Jadi adalah lebih baik untuk berjimat. Contohnya tidak memanjakan anak-anak dengan permainan baik gadget telefon mahupun permainan. Ada ibubapa yang terlalu sayangkan anak-anak sehingga menghabiskan wang membeli permainan setiapkali keluar ke pasaraya mahupun pasar malam. Bayangkan setiap kali membeli permainan untuk anak-anak berharga RM10 sekiranya seminggu sekali membelinya sudah menghabiskan sebanyak RM40. Jadi adalah baik menyimpan duit tersebut dan memasukkan ke dalam tabung pendidikan mereka.

3) Simpankan duit raya anak-anak di dalam skim simpanan & medikal kad Prudential. Walau tak banyak tetapi cuba usahakan untuk membayar sejumlah wang yang supaya komitmen bulanan akan berkurangan.

4) Sekiranya kita mengambil skim bayaran yang paling minimum sekali iaitu RM100 sebulan, cuba amalkan menyimpan nota RM5 sehari. Cukup sebulan sudah mendapat RM150. Mendapat lagi lebihan RM50. Pendek kata semuanya harus bermula dengan disiplin diri. Bagi bapa yang merokok mungkin boleh berhenti merokok dan salurkan duit yang dihabiskan untuk membeli rokok kepada insuran anak.

5) Pastikan duit kecemasan untuk anak-anak sekiranya anak sakit dan memerlukan rawatan di klinik atau hospital ada dalam RM1,000.00. Bagi mereka yang tidak memiliki kad kredit ini amat penting untuk dijadikan bayaran pendahuluan sebelum dimasukkan ke hospital. Tidak kira hospital swasta mhupun kerajaan, semuanya memerlukan bayaran pendahuluan (kecuali kalau kita penjawat awam maka sudah disediakan surat jaminan terlebih dahulu)

Kesimpulannya, pilihan semua di tangan kita. Sebagai ibubapa seharusnya kita menyediakan kelengkapan dan persediaan yang terbaik untuk anak-anak. Tabung pendidikan ini juga boleh membantu meringankan beban kita juga nanti apabila anak-anak menginjak dewasa dan memasuki alam Universiti. Mungkin 20 tahun akan datang dengan jumlah yang kita dapat itu nilainya tidak seberapa tetapi baik ada daripada tiada langsung.

Oklah, itu sahaja perkongsian dan pendapat dari aku. Jangan ingat hanya orang kaya sahaja boleh berubat di hospital swasta, kita yang biasa-biasa ini pun boleh dengan syarat pandai merancang kewangan dari sekarang lagi. Contohi budaya kaum lain yang memang mementingkan simpanan dan pelaburan anak-anak supaya mereka tidak perlu mengharapkan bantuan dari sesiapa apabila mahu masuk Universiti kelak. Zaman anak kita nanti entah masih adakah biasiswa untuk kaum Melayu lagi? Kalau ada pun hanyalah pinjaman pendidikan PTPTN yang kalau boleh haruslah dielakkan dari mengambilnya.

Oleh itu, jom kita majukan diri dan keluarga dengan berniaga. Jom sertai kelas asas blog & fanpage sekarang juga sebagai tapak asas untuk memulakan perniagaan alam maya. Sekarang ini 12 kelas dijalankan serentak dan semuanya 100% di dalam talian sahaja. Mudah bukan?

Semoga bertemu lagi:)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

mummY daniSha said...

sy pun tgh tepk nak masuk insurans hehe..dulu company cover anak beranak..company baru ni pun cover juga malangnye sy x dpt sebab kontrak lg =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015