Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label DEMC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DEMC. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

Tips Menjaga Anak Di Hospital

Assalamualaikum,

Masih lagi berkisar tentang hospital. Sejak mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak, hospital memang terasa begitu dekat dengan aku. Manakan tidak, sejak mengandung anak sulung lagi sudah ke klinik dan hospital bersalinkan Haziq. Kalau dulu tidak pernah terlintas untuk menjejakkan kaki ke hospital tetapi apabila status diri sudah berubah dari anak dara kepada seorang ibu, nak tak nak kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Anak sulung aku anak bertuah Amirul Haziq seorang pengidap athma. Seawal umurnya setahun setengah sudah dimasukkan ke hospital gara-gara batuk yang berpanjangan dan susah untuk bernafas. Kali pertama Haziq dimasukkan hospital adalah di HUSM Kubang Kerian kerana disahkan jaundice. Bayangkan masa tu masih lagi di dalam pantang dan anak sulung pula, banyak benda yang masih tidak tahu lagi. Namun alhamdulillah en suami sentiasa ada memberikan sokongan.

Kali kedua Haziq di masukkan wad kerana batuk dan lelah di Hospital Klang. Masa inilah Haziq disahkan mengidap penyakit athma atau dikenali dengan Bronchiol athsma. Waktu dimasukkan ke wad, Haziq baru berusia setahun lebih dan aku sedang sarat mengandungkan Husna. Maklumlah pengalaman pertama lagi anak kena sedut gas, rasa memang sedih dan perasaan bersalah bertimpa-timpa ke atas diri.

Kemudian kali kedua pula semasa Haziq berusia 5 tahun. Kali ini dimasukkan ke hospital swasta di SALAM pula. Selepas itu, Ashraf juga pernah dimasukkan ke DEMC kerana sakit mata dan batuk-batuk. Disusuli dengan paling terbaru Haziq lagi yang ditahan di DEMC kerana penyakit lamanya berulang kembali. Kali ini, hati aku sudah kuat dan menerimanya dengan terbuka. Sebenarnya adalah lebih baik anak-anak mendapat rawatan di hospital kerana di sana mereka akan diberikan rawatan yang sebetulnya. Ubat juga akan diberikan mengikut masa dan makan juga sedap-sedap belaka:)


Keadaan bilik kami di wad kanak-kanak DEMC, syukur Alhamdulillah kerana dengan adanya insuran kini anak-anak aku dapat mendapat rawatan dengan lebih selesa di sini. Baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/10/kenapa-perlunya-ada-insuran.html

Antara tips yang boleh diamalkan sekiranya anak-anak kita dimasukkan hospital adalah :

1) Sekiranya keadaan anak-anak kita teruk, walaupun sudah makan ubat di rumah tetapi masih lagi berterusan sakit, cepat-cepat bawa ke hospital yang berhampiran. Sambil itu siapkan juga beg pakaian yang mengandungi pakaian mereka dan kita juga sebagai persediaan sekiranya anak kita dimasukkan ke hospital

2) Sentiasa membawa kad medikal insuran anak bersama. Sekiranya hilang, gunakan surat penyata bil bulanan yang dihantar oleh pihak insuran kepada kita. Di situ ada terdapatnya nombor ahli insuran anak. Sekiranya anak kita dilindungi oleh insuran syarikat, pastikan segala maklumat berkaitan kita ada. Sangat penting sekiranya berlaku kecemasan ketika suami tiada di rumah.

3) Bagi yang menunggu anak di hospital, sangat penting supaya diri sentiasa positif dan tidak terlalu bersedih. Emosi harus dijaga supaya badan kita sihat. Hospital merupakan tempat di mana ada bermacam jenis kuman dan virus, jadi kita harus kuat supaya diri kita juga kuat. Balik dari hospital beberapa hari yang lepas aku batuk-batuk sehingga hilang suara. Alhamdulillah dengan mengamalkan meminum air suam yang dicampur dengan jus delima dan madu, batuk-batuk sudah hilang.

4) Dapatkan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan. Teringat kenangan manis semasa Ashraf berada di DEMC, en suami pulang ke rumah mengambil pakaian kami dan tiba-tiba kereta en suami mati di tengah jalan. Mujurlah masih dekat dengan rumah. Malang bertimpa-timpa tapi aku redha dan syukur kerana Allah masih sayangkan kami, diuji dengan ujian supaya kita bersabar. Keluarga juga banyak memberikan bantuan, adik-adik ipar dan abang ipar aku banyak membantu memberikan sokongan moral dan meminjamkan kereta sementara kereta kami dibaiki.

5) Isi masa dengan perkara berfaedah seperti membaca buku dan tafsir Al-Quran. Alhamdulillah, di hospital DEMC memang disediakan tafsir Al-Quran dan senang untuk solat kerana di dalam biliknya disediakan sejadah dan tandas. Tidak perlu bersusah-susah turun ke surau.

6) Ingat jadual makan ubat dan masa lawatan doktor. Tak dinafikan sekiranya anak kita sakit memang setiap waktu akan diganggu oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Sekiranya di hospital kerajaan, doktor pakar akan membuat lawatan pada waktu pagi dan petang. Pelajar perubatan juga akan datang menziarahi kita bertanyakan bermacam-macam soalan jadi kena sentiasa positif dan memberikan kerjasama kepada mereka :)

7) Anggaplah ianya sebagai satu percutian:) Buat suri sudah tentu tidak perlu memasak dan melakukan kerja rumah. Duduk di hospital tetapi masih berpeluang mengemaskini status di facebook setiap masa. Jarang sangat boleh lakukan sekiranya kita berada di rumah kan? Walaupun nanti apabila percutian berakhir, ya Allah hanya Allah yang tahu penatnya menyusun semula jadual tugasan supaya kembali normal. Apa-apa pun kena sentiasa redha dan bersabar menghadapi dugaan dari Nya.


makanan hospital memang sedap-sedap; adakah kerana aku tidak perlu memasak atau adakah kerana perut sentiasa lapar?

Oklah hingga bertemu lagi!

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Khamis, 3 Oktober 2013

Diari Seorang Suri Bekerja Di Rumah : Kelebihan Waktu Yang Fleksibel


gambar di hospital; mata mengantuk lalu turun mencari kopi

Assalamualaikum,

Tiada yang lebih menyenangkan selain dari rumah sendiri. Alhamdulillah percutian "mewah" di hospital sudah pun berakhir. Petang tadi baru sahaja selamat sampai di rumahku syurgaku. Terus masuk ke dapur melakukan segala tugasan bibik. Inilah dia tugas sebenar seorang surirumah, sedia berkhidmat walaupun masih kepenatan. Menjaga anak sakit di hospital tidaklah sepenat seperti yang digambarkan, tambahan pula hospital swasta di mana semua benda dilakukan oleh jururawat. Akan tetapi istilah penat ini kerana badan yang sejuk berada di dalam bilik berhawa dingin dan sentiasa lapar sahaja, bila lapar mahu makan bila makan mengantuk dan asyik bermalasan di atas katil sahaja:)

Sebab itulah semasa di dalam hospital otak ligat berfikir, HAHA berfikir cuba merancang tugasan demi tugasan yang perlu diselesaikan bila pulang ke rumah nanti. Sambil itu menyuarakan rasa hati di dalam facebook. Mesti kawan-kawan ada yang pelik entah semangat apa yang merasuk diri untuk sentiasa mengemaskini status:) Tapi ada bagusnya jika dibandingkan hanya menangis dan mengenang nasib diri sahaja!

Alhamdulillah sepanjang "percutian" 5 hari 4 malam aku dan en suami bergilir-gilir menjaga Haziq. En suami lah yang banyak berkorban seawal pagi sudah bangun dan pulang ke rumah mengambil aku manakala sepanjang hari aku dan anak-anak yang lain menemankan Haziq di hospital. Apabila balik bekerja, en suami terus datang ke hospital dan menghantar aku ke rumah pula. Banyak masa dihabiskan di jalanan sahaja. Inilah pengorbanan seorang bapa di kala menjaga anak yang sakit. Moga Allah berikan ganjaran pahala dan kesihatan yang baik buat en suami. Bagi aku pula, masa adalah cukup fleksibel memandangkan aku juga sudah tidak bekerja. Kalau dulu memang aku juga yang menemankan anak-anak di hospital cuma biasalah tidak boleh tinggal lama-lama di sana. Nanti mulalah ada yang telefon bertanyakan tentang kerja:)

Menjadi surirumah yang bekerja, sambil menjaga anak yang sakit pun boleh buat kerja. Asalkan ada internet. Cukup senang! Alhamdulillah sambil-sambil melayan karenah anak, ada juga ramai yang bertanyakan tentang kelas dan mendaftar masuk. Rezeki juga tu! Walaupun kadang-kadang mencabar emosi apabila menjaga anak yang sakit tapi apabila ada kawan-kawan yang memberikan semangat, rasa mahu marah itu hilang serta-merta. Marah bukan kerana Haziq susah makan ubat tetapi kerana dirinya yang terlalu aktif bermain. Rasanya dalam wad kanak-kanak itu, anak-anak aku lah yang paling bahagia! Berlari-lari menjerit sana-sini..Al maklumlah tiga orang kanak-kanak riang memang sukar dikawal, tambah pula bila mereka bertemu kawan-kawan yang lain.

Oklah, esok mahu mulakan hari dengan menyiapkan segala tugasan rumah yang banyak tergendala. Baju berbakul-bakul tidak dibasuh, rumah juga macam tongkang pecah dengan kain yang tidak berlipat. Insya Allah kelas juga harus diteruskan macam biasa. Hingga bertemu lagi :)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Selasa, 1 Oktober 2013

Bila Anak Sakit

Assalamualaikum,

Hari ini sebenarnya sudah 3 hari anak sulung aku Amirul Haziq ditahan di hospital. Sungguh pantas semuanya berlaku. Biasalah anak mama yang ini memang seorang pengidap asma cuma sudah agak lama juga "teman karib" ini tidak datang menyapa, jadinya kami agak lalai seketika. Kisahnya berlaku di petang Sabtu, sewaktu tengahari Haziq memakan buah kegemarannya yang sudah lama aku tak bagi makan iaitu buah jambu. Alahai jambu sekeping sahaja sudah berjaya mengundang batuk & lelah pada Haziq. Mula-mula aku hanya berikan Sirap Ventolin ubat kebiasaan HAziq sekiranya batuk-batuk. Tetapi petang itu nafas Haziq semakin pendek & tercungap-cungap. Sudah biasa dengan keadaannya jika diserang asma, aku mengajak en suami ke klinik berdekatan untuk mendapatkan "talian hayat" Haziq iaitu nebulizer. Selepas mengambil nebulizer nampak Haziq segar berlari-lari bermain dengan Husna. Dalam hati mama berasa lega sekali. Kami balik ke rumah makan malam seperti biasa.


Tapi kusangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Dalam pukul 8 malam Haziq seakan-akan lelah lagi. Bimbangkan keadaannya en suami bawa lagi ke klinik berdekatan untuk mengambil nebulizer lagi. Doktor di klinik tersebut menulis surat rujukan untuk dibawa ke hospital sekiranya lelah masih berlarutan. Malam tu memang kami laki bini tak dapat melelapkan mata. Aku rasa semua ibubapa pun macam tu, kalau anak sakit mana boleh nak tidur lena weh!

Setiap hembusan Haziq berbunyi macam wisel, lepas tu muka berpeluh-peluh sebab susah nak bernafas. Ditambah pula dengan muntah yang teruk. Terus en suami ambil keputusan untuk bawa ke hospital. Masa tu sudah pukul 2 pagi, memandangkan anak-anak yang lain sudah tidur, hanya en suami dan Haziq aje yang ke hospital. Sampai di sana terus dibawa ke unit Kecemasan dan diberikan rawatan oleh doktor yang bertugas.


Petang Ahad tu baru aku berkesempatan untuk menjenguk Haziq. Masa ni ditempatkan di unit rawatan rapi, hanya orang dewasa sahaja yang boleh masuk. Jadi anak-anak yang lain kena tunggu di lobi sahaja. Hari pertama Haziq macam gembira aje duduk di hospital, bercerita tentang pengalaman menaiki kerusi roda dan dicucuk jururawat. Alhamdulillah anak mama tenang menghadapi dugaan. Nebulizer diberikan setiap jam dan doktor mengarahkan agar memakai wayar Oksigen kerana tahap bacaan Oksigen hanya di atas paras yang dihadkan oleh doktor. Selain itu, drip air juga dimasukkan untuk meneutralkan balik ion-ion dalam tubuh Haziq rentetan dari kejadian muntah-muntah pada malam tadi.


Masa ni bukan main selera lagi Haziq makan. Sudahlah best menu di hospital ini. Siap boleh pilih-pilih lagi nak makan apa. Aku pula belikan makanan kegemaran Hazi iaitu spaghetti bolognaise. Alhamdulillah banyak dia makan;)

Oleh kerana budak-budak tidak dibenarkan masuk sekali, en suami ajelah yang temankan Haziq. Aku balik semula ke rumah bersama anak-anak yang lain. Nasib baiklah ada adik ipar yang tolong hantar ke rumah, kalau nak harapkan aku bawa sendiri kereta memang tidak sampailah jawab dia..huhuhu

Tambah-tambah lokasi hospital ini (DEMC) terletak jauh di bandar Shah Alam, ikutkan ada aje hospital Columbia Asia Bukit Rimau tapi mungkin en suami lagi sukakan layanan di sini jadinya malam itu terus hantar Haziq ke sini.


Hari kedua; petang baru aku dapat pergi ke hospital. Itupun adik ipar juga yang hantarkan. Bertuah juga ada adik beradik dekat-dekat ni jadinya senang untuk minta tolong. Alhamdulillah..

Hari ni Haziq agak muram, bila ditanya pun tak mahu bercakap. Rupa-rupanya tangannya sakit bila mandi entah macamana tempat masukkan drip tu berdarah jadinya darah backflow ke dalam wayar. Kasihan anak mama, aku hanya mampu nasihatkan dia untuk kuat, bila sakit ucaplah "Allahu Akbar!" Semoga Allah sentiasa membantu Haziq.

Selepas itu ahli fisio datang, lagilah menambah kemuraman Haziq. Rupa-rupanya pagi tadi sudah dilakukan rutin fisio; Haziq dibaringkan dan ditepuk bagi mengeluarkan kahak. Aku difahamkan sekiranya kahak tidak banyak ini lah proses yang akan dilakukan, tapi jika banyak mereka akan gunakan wayar masuk ke dalam hidung dan mulut. Sama seperti pengalaman Haziq dahulu semasa berusia 5 tahun; pernah juga ditahan di wad dan dilakukan fisio macam tu. Ya Allah kali pertama aku menangis sebab kasihankan Haziq, tapi kali ini hati aku dah tabah, fikirkan ini semua untuk kebaikan diri dia. Waktu pagi tadi semasa dilakukan proses fisio, Haziq tidak menangis tapi petang semasa aku ada menangislah pula sampai ahli fisio tu terpaksa keluar kerana Haziq tidak mahu berhenti menangis..Alahai kasihan anak mama:(


Petang itu Haziq dibenarkan masuk wad kanak-kanak. Alhamdulillah sudah boleh bertemu dengan adik-adik yang lain. Sebelum ini hanya bervideo call sahaja. Sehari dalam 2,3 kali Haziq buat video call gara-gara rindukan adik-adik especially Una bff (best friend forever). Jumpa sekejap sudah marahkan adik-adik..Alahai anak mama, memang macam ini; kalau jauh rindu-rinduan bila dekat bergaduh!

Bila anak sakit memanglah kita sebagai ibubapa ni hati tidak senang. Kasihan diorang kecil-kecil sudah kena tahan sakit setiapkali jururawat datang memasukkan ubat. Allahurabbi, semoga anakku Amirul Haziq bertabahlah dalam menghadapi dugaan Allah. Mungkin dia masih kecil dan tidak tahu bersabar, yang dia tahu hanya menangis..Doakan moga Haziq cepat sihat ya kawan-kawan. tq semua.

Hari ini en suami ada kerja di KL jadinya aku kena datang hospital jaga Haziq bersama anak-anak yang lain. Semoga dipermudahkan Allah dan semoga anak-anak yang lain tidak berjangkit dengan penyakit lain. Minta dijauhkan Allah..Musim sekarang ini ramai anak-anak yang jatuh sakit, anak buah aku pun sudah berminggu-minggu demam, alahai kesian anak-anak kecil ini. Cuaca yang tidak menentu membuatkan mereka demam kebah demam kebah. Hospital juga sampaikan tiada bilik yang kosong, semuanya penuh gara-gara ada sahaja pesakit yang masuk. Moga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah.

Buat ibubapa yang menjaga anak-anak yang sakit, mental juga perlu kuat. Teringat kembali kenangan aku semasa HAziq pertama kali dimasukkan ke hospital di usianya masih belum mencecah 2 tahun di Hospital Klang. Masa tu aku sedang mengandungkan Husna, biasalah masih mentah hanya tahu menangis sahaja:P

Alhamdulillah sekarang pengalaman menjaga anak yang sakit banyak membantu aku supaya kuat dalam menghadapi dugaan ini, kalau anak kena tahan di hospital pun, redhakan aje kerana inilah yang terbaik untuk mereka. Kalau disimpan di rumah pun, belum tentu kita dapat memberikan ubat setiap masa yang sepatutnya ditetapkan. Jadi, ada baik juga anak mendapat rawatan di hospital. Banyakkan bersabar dan berdoa. Insya Allah makin lama kita akan menjadi makin kuat:)

Oklah, sampai di sini sahaja. Hari ini sudah bermulanya bulan baru. Aku mengharapkan rezeki yang melimpah ruah untuk bulan ini. Lepas ini kena memecut laju untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan. Ya Allah mudahkanlahs egala urusanku:)

Hingga bertemu lagi dengan perkongsian yang lain.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Jumaat, 13 April 2012

Duit Poket


Assalamu'alaikum,

Firstly Alhamdulillah sebab en suami cakap cek "ihsan" dari Prudential sudah sampai..Cepat-cepat mama claim duit tu as "upah mama" jaga Ashraf masa warded di DEMC duu..hikhikhik..mama dia memang...kalo bab $$ cepat je ngaku ya:P

Tapi betullah pon..masa Ashraf sakit mata haritu, mama lah yang jadi penunggu setia Ashraf..bukan jaga sorang tapi 3 orang tau:P Hehehe Naseb baiklah zaman sakit mata sudah berlalu..Alhamdulillah di atas segala musibah yang melanda..Walaupon bermacam dugaan yang mendatang (kereta rosak, penat balik bercuti dari Melaka tak habis) aku bersyukur sebab sentiasa dikelilingi orang-orang yang positif & sentiasa memberikan kata semangat pada aku (you know who you are) & membuatkan aku tabah menghadapi karenah anak-anak:P

So en suami..ehem-ehem..bolehlah buat duit poket i berjimba di Sabah yaaaa..alaaaa...untuk isteri tercinta & anak-anak mu juaaa kan *kenyit mata*

Nota kaki : Ini untungnya mengambil insuran medikal untuk anak-anak..Segala kos perubatan akan ditanggung (tapi kena bayar juga dalam 10% dari kos keseluruhan) tapi duit tu akan dapat balik + dapat lagi daily hospital benefit:) Walaupon agak lambat dapat bayarannya tapi selalunya akan menjadi pemanis di setiap kesusahan:))

Jumaat, 3 Februari 2012

Sepagi Di DEMC

Assalamualaikum,

Rabu yang lepas, aku bawa Ashraf & Haziq ke DEMC untuk check up susulan selepas admitted haritu..Sebut je nak pergi hospital, anak-anak aku (especially Husna) excited..Anak korang hado excited nak pergi spital?? Huhuhuhu..HUsna tu tak sakit apa-apa sebab tu dia yang paling enjoy stay kat situ..Cuba kalau dia yang sakit..mahu haru biru nanti:P

Area rumah aku ni ada banyak hospital private & mostlly semua aku dah pergi..The nearest adalah Columbia Asia Bukit Rimau tapi since ada sebab-sebab tertentu, aku tak pergi..Kalau en suami outstation, mungkin aku akan ke sana juga sebab aku ni mana berani nak drive jauh sket..hehehe

SALAM pon kami pernah pergi juga malah Haziq pernah admitted di sana & aku pon bersalinkan Ashraf di sini..Lokasi dekat & servis ok cuma insuran anak aku pula tidak berdaftar sebagai panel insuran di sini..Haritu masa Haziq admitted pon kami kena bayar semua bil dulu baru lepas tu boleh claim balik dengan pihak Prudential..

KPJ Selangor pun aku selalu pergi sebab one of panel hospital for insuran anak-anak aku tapi banyak kali terkena wad penuh, kalau nak jumpa Datuk Dr. Zul (pakar kanak-kanak) punyalah ramai yang menunggu & pernah sekali during consultation with him, ada emergency call dari bilik bedah so merasalah kami menunggu dalam setengah jam juga..Tapi tak kisahlah kan sebab memandangkan itu kes emergency cuma aku perasan memang KPJ ni sentiasa ramai orang & wad pun selalu penuh (kalau wad eksekutif aku tak tahulah kan..hikhikhik)

So this is the first time aku ke DEMC..Masa hari Ashraf admitted tu, nak kata sekejap tu tipulah kan tapi hari yang sama juga kami dapat bilik..Kami check in single room (lupa nak snap gambar sebab kamera aku kaposh habis bateri sejak balik dari Melaka lagi), ada 1 single bed, day bed (bench) & 1 sofa so bolehlah muat kami 5 beranak berkampung dalam bilik tu..hikhikhik..Tapi kalau ada visitors datang jadi sempit ah sket:P Lagi best bila bilik aku dekat dengan bilik playground so Haziq & Husna lah yang konker most of the time bilik tu..that's y lah anak dara ambo tak mahu balik rumah..hikhikhik Boleh dia bagi alasan "kat sini sejuk" Terkejut mak!! Al maklumler kat rumah sendiri tak ada air-cond..huhuhu

Eh, panjang pula intro aku pasal pilihan hospital di Shah Alam ni ya?? Well, semuanya di tangan anda..Nak pilih yang mana satu..Kalau aku..lepas ni semestinya DEMC *en suami, sila kumpul duit untuk kos bersalin anak ke 4 nanti=P* Kidding!! Kalau ada rezeki, mana-mana pon boleh;)

Ok, back to our story, pagi tu kami ada appointment pukul 9.30 pagi dengan Dr. Siti Haida (pakar mata) so dalam pukul 9 pagi kami dah sampai..Keluar je kereta, ada buggies service datang ambil hantar kami dari parking lot ke entrance..Wah!! kami baru tahu (jakun) so merasalah naik buggies sekejap:P


inilah rupa buggies car tu..jangan risau, tak payah bayar..so tak payah nak berjalan jauh ke parking lot (macamlah jauh sangat):P

Then kami daftar lepas tu ke cafe untuk breakfast..Owh, kalau klinik mata, kanak-kanak, ibu mengandung semua terletak di level 1 ya puan-puan..

Kalau ke cafe ni (aku lupa namanya), aku suka beli quiche chicken & mushroom..tapi dalam gambar ni quiche chicken & cheese..Memang sedap..harga RM6 sebijik!!

sepesen saja anak beranak ni kan?? Owh nasi goreng, nasi lemak semua tak berapa kena dengan selera aku..Ada masa terpedas, ada masa tawar..Masa Ashraf admitted haritu, 2 hari aku kena turun berjumpa Dr. Siti Haida di kliniknya sebab masa tu patient ramai so dia tak sempat nak naik sendiri melawat di bilik..Owh, 2 hari tu juga aku terserempak dengan personaliti Najlah Ishak..Tapi tak tahulah siapa yang sakit sebab aku malu nak tegur dia:P *poyo je..kalau ambil gambar boleh taruk dalam blog kan??*


kat hujung sana tu letaknya klinik Mata..


nilah rupa cafe tu..kalau hari cuti, cafe ni tutup..kalau datang petang pon hampir semua makanan habis


suasana kat sini santai je..boleh makan sambil borak-borak gituu..bagi orang yang tak sakit ah..kalau orang sakit, nak makan pon tak lalu tau:P


Anak-anak aku kalau datang ke sini sukalahs ebab boleh main kejar-kejar T____T


semua pakar-pakar ada kat sini ya fuan-fuan..

Lepas check up dengan Dr. Siti Haida, kami terus ke klinik kanak-kanak pula..


Kat dalam klinik ni ada tempat permainan kanak-kanak pula..laaaaagilah minah Husna tu suka


Nasib baik en suami rajin melayan anak *yelah sebab bini dia dok sibuk ambik gambar*


Ashraf main slide;)


Husna yang kejakunan..kesian anak-anak aku..mana pernah merasa main permainan lagu ni kecuali kalau g spital..sob..sob..


tengah tunggu giliran..ramai juga parents yang bawa anak-anak diorang check up haritu..


Alhamdulillah, lepas jumpa Dr. Fadzillah Ashraf tak perlu follow up lagi..sampai ketiduran dah Ashraf;)



ni ruang lobi..kat sini ada klinik biasa, admission, billing & pharmacy


ni kat ruang hadapan


kat depan ni ada khidmat concierge & teksi..senang kalau-kalau nak cabut lari dari hospital kan:P

Overall, aku berpuas hati dengan perkhidmatan ala hotel di DEMC ni..Next time, berkampung kat sini jelah..hehehe Tapi ada juga yang tak bestnya..Dulu, arwah kawan aku yang meninggal pon mula-mula admitted di DEMC tapi lepas keadaan get worst,so famili arwah dinasihatkan transfer arwah ke Hospital Serdang..sudahlah ambulan kena bayar sendiri..Aku boleh imagine kesusahan yang dihadapi keluarga arwah..Al fatihah buat arwah Siti Nurulkhatijah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin..#imisshersooomuch;(

Selasa, 31 Januari 2012

Rentetetan Kisah Ashraf Sakit Mata

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi tulis rentetan kisah Ashraf sakit mata..Moga dapat jadi panduan buat kawan-kawan / sebagai bacaan aku & anak-anak aku kelak:P So i'm warning you, this will be a long entry full of writing..takde gambar nak tepek eh!

It all started on Thursday (19/01/2012) bila petang ambil Ashraf di taska pengasuh dia cakap Ashraf sakit mata so kami terus ke Klinik Poliklinik Shaikh di Kota Kemuning jumpa doktor..Doktor just berikan ubat titis & ubat sapu & kalau dalam 2 hari masih teruk, kena datang lagi untuk ambil antibiotik..

Jumaat - Mata Ashraf macam biasa merah sket-sket & aku memang titiskan ubat & sapu di kelopak mata..

Sabtu - kami ke Melaka bercuti-cuti Malaysia yang sakitkan jiwa raga so masa tu dah titis pon jarang-jarang sebab busy berjalan & makan..Will blog about this later!!

Ahad - Pon busy berjalan-jalan di Melaka..Petang kami balik Shah Alam & duduk tak sampai setengah jam terus ke Poliklinik 24 jam di Kota Kemuning sebab tengok mata Ashraf bengkak & dia nangis sebab mungkin sakit & tak selesa..So doktor bersihkan mata & bagi ubat antibiotik & ubat selsema (alergy) tapi yang aku naik heran sebab dos yang disarankan adalah 0.5ml sebab usually kalau baby besar Ashraf ni paling kurang 2.5ml tapi aku bagi je ubat ikut dos yang disarankan..

Isnin - Nampak macam takde beza pon bengkak di mata & Ashraf asyik nangis je so tengahari tu kami decide pergi hospital..Columbia Asia Bukit Rimau bukan panel insuran Prudential (lagi), KPJ kami reject sebab banyak kali pergi selalu kena masalah lambat & wad penuh so off we go to DEMC..Perjalanan ke sana dari rumah dalam 15 minit ikut LKSA..Sampai terus ke bahagian kecemasan since haritu adalah hari cuti..Duduk sekejap doktor panggil & bila dia tengok keadaan Ashraf, ada sedikit kahak dalam dada so Ashraf diberikan nebulizer..En suami minta supaya Ashraf dimasukkan ke wad tapi doktor tak pasti kalau insuran terima sebab belum capai tempoh matang (sort of lah since dia nak tempoh matang 6 bulan ke berapa bulan aku lupa) & doktor tak pasti insuran boleh cover ke tak untuk sakit mata..Tapi kami cuba dapatkan GL dari Prudential juga..At first Prudential declined our applicatio atas alasan masih belum cukup tempoh so en suami terus call our ejen & bagitahu ejen..Lama juga kami dok melangok di DEMC..dari pukul 2 petang sampai pukul 5 petang juga sampailah admission department dapat GL dari Prudential..Alhamdulillah off we check in dalam bilik 416 wad kanak-kanak..Husna siap tanya aku lagi "Ni rumah baru kita ke mama??" Hahahaha kelakar sungguh anak-anak aku ni..Malam tu ejen insuran kami datang melawat..terima kasih buat abang Ghani yang fight for our right..Ini pentingnya ambil insuran dengan the right person..setiapkali anak aku admitted, dia pasti berkunjung & take action..bukan sekadar lepas kami sign dia lepas tangan tunggu kami bayar bulan-bulan je..hehehehe..

Kami check in single room..walaupun bilik tak besar mana tapi Alhamdulillah waaaaaay much better dari previous hospital..Mungkin DEMC masih baru so memang rasa selesa..nanti aku cerita next entry pengalaman menginap di hotel DEMC..ok malam tu en suami pulang ke rumah sekejap untuk ambil baju-baju & kelengkapan yang lain & tak lama lepas tu dia call bagitahu kereta kami rosak..Ya Allah..bertimpa-timpa dugaan yang melanda..Tapi Alhamdulillah juga rosak depan Econsave (masih dekat ngan rumah) so sempatlah bawa balik kereta tu ke rumah lagi..Then terima kasih juga buat abang Rahman yang sanggup pinjamkan van pekerja dia untuk en suami ulang alik ke hospital..Haziqlah teruja dapat naik van Nissan Vannette yang kolot tu..Hahaha apalah yang budak seusia 5 tahun faham masa tu..masih belum tahu yang tak glemernya naik van lama & takde air cond tapi Alhamdulillah..ada juga daripada takde..hehehehe

Ok, malam tu setiap jam Ashraf diberikan ubat titis & nebulizer pula setiap 3 jam sekali..Lepas tu countless of visit from nurse yang bertugas untuk check suhu badan & degupan jantung..Owh, malam tulah malam yang paling penat sekali dalam hidup aku:P

Selasa - pagi tu Dr. Siti Siti Haida datang melawat (since haritu masih cuti) & dia bersihkan selaput membrane yang ada bawah mata (bahagian bengkak) Ashraf..Masa ni Ashraf menangis kuat sangat, aku tengok cotton buds yang doktor guna tu sampai ada darah..Haziq menangis at one corner sebab aku tahu he felt guilty sebab tak boleh nak protect adik dia..Kelakar bila day before bila Ashraf kena cucuk untuk ambil darah (of courselah Ashraf akan nangis kan) then Haziq pun nangis & cakap "isy doktor ni, abang tumbuk kang"..Good boy Haziq..eh bukan sebab nak tumbuk doktor..in this case jangan tumbuk doktor tapi bagusnya bila semangat untuk protect adik dia begitu tebal dalam diri..i'm so proud of abang Haziq;-)

Dr. kanak-kanak (Dr. Fadzillah) pula arahkan supaya proses fisio (sedut kahak dibuat) since memang ada bunyi kahak dalam dada so petang tu diorang buat..Kesian Ashraf, habis atas bawah kena check..masa ni memang kena bedung selalu to prevent him from rubbing his eyes..Alhamdulillah doktor cakap mata hitam takde luka cuma ada selaput membrane sahaja..ada few cases yang mata hitam luka dek kerana selalu garu & it will takes few weeks juga to recover..huhuhu..

Rabu - En suami dah kembali bekerja & sibuk uruskan kereta kami..Pagi tu aku turun berjumpa dengan Dr Siti Haida together with Haziq & Husna..Semua tanak pergi nursery so nak tak nak aku lah yang kena jadi bibik jaga diorang..Penat berperang dengan anak-anak:P Seb baik haritu adik ipar aku datang temankan aku..adalah juga orang yang boleh melayan karenah Haziq & Husna..Pagi tu Ashraf kena fisio lagi..Nebulizer dikurangkan dari 3 jam ke 4 jam sekali

Khamis - Haziq pula macam kena sakit mata, sebelah mata dah merah so decided to tag him along jumpa Dr Siti Haida..So doktor bagi ubat sakit mata juga..Mata Ashraf dah bertambah ok & she said kalau Dr Fadzillah bagitau suruh discharge dia pon akan bagi arahan supaya discharge juga..Well apparently not..Dr Fadzillah cakap masih ada kahak tapi nebulizer dikurangkan dari 4 jam ke 6 jam sekali..Ashraf masih kena buat fisio for the last time..

Jumaat - Pagi tu Dr. Siti Haida datang ke bilik & she discharge Ashraf with an appoinment on 1st February for follow up..then Dr Fadzillah pun sama..Gembiranya rasa hati..tapi dalam petang juga ah baru aku officially check out dari DEMC..

Tapi balik rumah pon still kena sambung titis mata Ashraf every one hour..Mencabar gila..Kalau kat hospital semua nurse yang buatkan tapi kalau kat rumah akulah yang kena..huhuhu titis mata Ashraf, titis mata Haziq & now en suami pula yang kena..merasalah jadi nurse tak bertauliah sekejap:P

Harap-harap aku & Husna terlepas dari terkena wabak sakit mata ni..doakan kami semua ya!! bye..nanti aku sambung entry pasal percutian di Melaka, DEMC & pentingnya insuran anak!! Moga ada kesempatan untuk menulis:P

Selasa, 24 Januari 2012

Bersiaran Dari DEMC

Hai semua..kali ni aku bersiaran dari DEMC..temankan buah hati jantung aku si Ashraf Hariz yang sakit mata & batuk lelah..Hopefully cepatlah sembuh & janganlah berjangkit pada abang & kakak dia:(

Doakan Ashraf ya..hermmm..nampak gaya mama terpaksa sambung cuti dalam wad lah gamaknya:P

Ada banyak benda nak diceritakan tapi takpelah skip dulu memandangkan kesihatan anak lebih penting..doakan kami ya!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^