Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 19 November 2013

7 Tips Elakkan Perut Meragam Ketika Melancong Ke Negara Asia Tenggara


Assalamualaikum,

Semalam aku mendapat email daripada Laura yang meminta jasa baik aku untuk berkongsikan tips yang sangat berguna ini (seperti di dalam gambar) iaitu 7 tips untuk mengelakkan perut meragam apabila melancong ke Asia Tenggara. Kenapa Asia Tenggara? Umumnya di Malaysia sahaja cukup terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan seperti masakan Melayu, India dan juga masakan Cina yang selalu menjadi hidangan di mana-mana sahaja kedai makan. Selain itu, kita juga terkenal dengan masakan yang banyak menggunakan rempah-rempah yang agak "pedas" seperti kari, lada hitam, santan dan macam-macam lagi. Bagi sesetengah mereka yang mempunyai perut yang agak "manja", tersalah pilih makanan sudah pasti akan membuatkan mereka mengalami simptom seperti cirit-birit, senak di bahagian perut dan perut berangin. Sudah pastilah ini akan membuatkan perut rasa tidak selesa dan akan mengganggu aktiviti harian kita sekiranya kita sedang bercuti. Jom baca apa 7 tips untuk mengelakkan perut meragam itu :

1) Kawal Pengambilan Lemak & Gula

Walaupun sedang bercuti, kalau boleh elakkan makanan segera atau makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula kerana makanan sebegini susah untuk dihadamkan. Kalau boleh, sebelum pergi ke satu-satu tempat itu, lakukan sedikit ulangkaji di mana terdapat restoran yang menyediakan masakan panas dan bagi kita orang Islam sudah semestinya harus mencari yang halal tetapi berkhasiat.

2) Rancang Waktu Makan

Selalunya apabila mengembara, tidak dinafikan kita sering kesuntukan masa untuk makan dengan tenang. Maksudnya pergi ke restoran dan order satu set nasi yang lengkap dengan lauk bagai. Kadang-kadang terpaksa keluar awal pagi untuk ke lapangan terbang atau menunggu teksi untuk ke destinasi yang ingin dituju. Jadi sentiasa merancang perjalanan dan juga waktu makan kita. Sekiranya tidak sempat untuk makan pagi memadai sekiranya mengalas perut dengan memakan roti dan minum air mineral. Asalkan perut tidak dibiarkan kosong tanpa diisi dengan makanan boleh meningkatkan kandungan asid di dalam perut.

3) Jangan Terlalu Makan Masakan Pedas

Masakan yang pedas boleh menyebabkan rasa tidak enak di dalam perut. Jadi seeloknya, jangan terlalu makan masakan yang mengandungi cili dan kari.

4) Makan Dalam Kuantiti Yang Sederhana

Walaupun teruja berada di tempat orang, jangan makan terlalu banyak kerana semakin banyak makanan yang masuk ke perut kita semakin banyak jumlah asid akan terhasil di dalam perut. Jadi, kawal kuantiti makanan yang masuk, seeloknya makan dengan kerap tetapi sedikit jumlahnya. Perut yang terlampau penuh akan menyebabkan aktiviti akan terganggu dan boleh membuatkan kita mengantuk. Jadi ruginya sekiranya waktu yang harus dimanfaatkan untuk mengenal tempat orang diisi dengan aktiviti tidur.

5) Jaga-Jaga Apa Yang Dimakan

Apabila melancong di tempat orang, perkara pertama yang harus dititik beratkan adalah kebersihan premis / tempat makan. Jangan sesekali makan di kedai yang kita sendiri tidak yakin akan tahap kebersihannya seperti kedai-kedai yang terdapat di tepi jalan atau jauh dari sumber air yang bersih. Jangan sesekali makan buah-buahan yang telah dipotong dan terbiar. Pastikan juga air yang diminum adalah bersih dan telah ditapis.

6) Jangan Berparti (Meminum Minuman Keras) Dengan Berlebihan

Alhamdulillah syukur kerana Islam memang melarang untuk meminum arak. Arak mengandungi kandungan alkohol yang tinggi yang boleh meningkatkan kandungan asid didalam perut. Selain itu ia juga boleh mengganggu esofagus. Jadi seeloknya walaupun tidak minum minuman beralkohol, elakkan juga dari meminum minuman yang mengandungi kandungan sitrus yang tinggi.

7) Jangan Makan Sebelum Tidur

Kedudukan semasa tidur juga boleh menyebabkan asid berpindah ke esofagus. Jadi, sekiranya ingin mengalas perut sebelum tidur, ambillah buah-buahan dan minumlah air masak secukupnya.

Oleh itu, sangat penting agar kita menjaga kesihatan dan perut semasa melancong. Tak kisahlah ke mana-mana negara di Asia Tenggara yang rata-ratanya menyediakan menu yang pedas dan berasid. Jika Indonesia terkenal dengan ayam penyetnya, India dengan kari, Malaysia dengan nasi lemak dan gulai ikan. Jadi berhati-hatilah apabila mengambil makanan. Amalkan 7 tips yang dinyatakan di atas. Selain itu, pastikan juga untuk membawa sedikit ubat-ubatan yang perlu untuk menghalang dari berlaku pedih ulu hati. Disyorkan untuk mengambil Gaviscon iaitu satu produk yang boleh diambil bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati.

Tak pernah tahu tentang Gaviscon? Tipulah, kalau tengok TV pasti akan terlihat iklan yang orang tu pedih ulu hati kemudian datang bomba sembur perutnya. Iya, itulah iklan Gaviscon. Kalau nak tahu mana nak dapatkannya, mungkin boleh cari di farmasi dan pasaraya yang terpilih atau layari sahaja di sini : http://gaviscon.com.my/


Ok, sampai sini sahaja iklan khidmat pesanan masyarakat untuk pembaca blog aku. Sebenarnya aku juga sedang merancang untuk membawa anak-anak bercuti tapi tak bolehlah bagitahu dahulu ke mana destinasi kami. Mungkin boleh masukkan Gaviscon di dalam senarai ubat-ubatan untuk dibawa.

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^