Assalamualaikum,
Petang Ahad yang lepas kami sekeluarga menghadiri majlis harijadi teman blogger merangkap jiran sebelah taman perumahan dah iaitu Mummy Iswatie. Majlis bermula pada pukul 3 petang sehingga 6 petang. Iya, selalunya majlis harijadi akan diadakan pada waktu petang kerana iainya lebih tertumpu kepada acara santai-santai dan lebih kepada meraikan kanak-kanak dengan pelbagai makanan dan permainan.
Walaupun Watie dalam keadaan mabuk-mabuk (sedang mengandung anak ke 4) tetapi majlis tetap berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, memang meriah kerana ada khemah dan pelbagai makanan yang telah siap ditempah. Majlis ini bagi meraikan harijadi ke tiga-tiga anak mereka iaitu Hana, Ichlas dan Hani. Senang kan buat sekali harung aje! Jimat tenaga, masa dan paling penting jimat kos untuk menempah semua makanan dan peralatan yang diperlukan.
Ok, bagi mereka yang sedang merancang untuk membuat majlis harijadi, pertama sekali yang harus difikirkan adalah peruntukan kewangan yang diperlukan. Selalunya ianya bermula dari RM300 ke atas juga jadi sekiranya mahu jimatkan kos, seeloknya lakukan semua sendiri tanpa mengupah pihak ketiga.
Hari ini aku ingin kongsikan beberapa cadangan permainan atau aktiviti yang sesuai dilakukan semasa majlis harijadi. Antaranya ialah :
1) Acara kerusi beracun atau berebut kerusi
Memerlukan beberapa buah kerusi plastik dan juga mainan muzik. Acara ini elok dilakukan di halaman yang luas untuk memudahkan anak-anak berlari merebut kerusi. Siapa yang berjaya untuk duduk di atas kerusi yang terakhir, dia lah juaranya!
2) Aktiviti mewarna
Ini yang paling senang untuk dibuat. Pastikan anda mencetak seberapa banyak gambar lukisan animasi mengikut tema yang dipilih. Boleh cetak dari beberapa laman web yang khusus untuk merancang parti harijadi. Dulu semasa majlis harijad Ashraf juga aku telah mencetak beberapa keping gambar lukisan animasi watak Angry Bird. (Boleh imbas kembali kenangan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/03/wordless-wednesdayhappy-birthday-ashraf.html)
3. Aktiviti menampal stiker
Seperti gambar di bawah ini, sangat-sangat kreatif di mana kanak-kanak perlu menutup mata dan berpusing-pusing sebelum mereka dibawa untuk menampal mata ikon Minion tersebut. Ada yang senget, ada yang letak di bawah dan macam-macam lagilah. Sudah tentu mereka juga teruja untuk melihat hasil tampalan tangan mereka :)
iklan : bagi yang mahu mendapatkan belon watak kartun seperti di atas boleh PM aku laju-laju
4. Aktiviti Menghias Kek Cawan
Sediakan kek cawan atau biskut yang ksong dan beberapa ising yang berlainan warna. Letakkan beberapa jenis gula-gula atau perhiasan yang sesuai. Biarkan mereka menghias kek cawan mengikut citarasa mereka sendiri.
5. Membuat Pinata
Apa itu pinata? sejenis permainan mat salleh yang memerlukan anak-anak memukul belon yang di dalamnya terdapat gula-gula. Boleh baca di sini tentang bagaimana untuk membuat semuah pinata. http://www.supermommy.com.sg/diy-monster-pinata/
Itu sahaja cadangan aktiviti yang boleh dilakukan semasa majlis harijadi bermula. Seeloknya jangan terlampau banyak sangat aktiviti kerana risau akan melambatkan program majlis dan kanak-kanak terlalu asyik bermain sehingga terlupa untuk makan. Seeloknya, berikan mereka makan dahulu kemudian selepas acara memotong kek barulah dilakukan aktiviti bersama anak-anak.
Bagi yang sedang merancang untuk membuat majlis harijadi, bolehlah hubungi aku untuk mendapatkan sebut harga bagi pelbagai barangan seperti belon, parti pack, topeng, cawan kertas, pinggan kertas, alas meja, permainan seperti trompet kertas dan macam-macam lagi. Syarat utama adalah harus sebulan awal dari majlis. Jujurnya memang sangat indah apabila melihat anak-anak gembira dengan majlis sebegini. Apa salahnya jika sesekali berhabis untuk majlis mereka. Kalau nak jimat buat macam kawan aku ni sekali harung terus:)
Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan