Sunday, November 10, 2013

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Teknik Kawal Perasaan Marah

Assalamualaikum,

Kejadian petang ini, pecah terbelah dua tembikar kesayangan peninggalan arwah Tok Ngoh aku:(
Semuanya gara-gara Azzam yang sibuk menyelongkar barang mama. Biasalah anak jantan, tak sah kalau tak buat gimik dekat mama dia. Sebelum tu Ashraf yang pecahkan gelas, nasib baik gelas murah aje..hihihi Bolehlah beralasan ke Ikea lagi untuk beli gelas :P


Apabila ada ramai askar-askar kecil di dalam rumah, jangan haraplah rumah nak sentiasa berkemas dalam keadaan tip top sahaja, kalau ada bibik pun belum tentu kemas tau sebab faham-faham jelah budak-budak, kalau tak sepahkan mainan, teraburkan nasi, tumpahkan air, bergaduh dan lain-lain lagi bukan budak-budak namanya!

Ramai yang bertanya kepada aku "Macamana ko handle anak-anak sorang-sorang eh?" "Eh, tak stress ke duduk rumah jaga budak-budak ni?" takpun "Eeeee kesian tengok ko kelam-kabut je hari-hari". Tak dinafikan ramai juga yang banyak memberikan semangat dan komen yang positif tapi selalunya persoalan begini memang akan timbul bila kita berhadapan dengan seorang surirumah. Tugas seorang surirumah ni bukan sekadar menjaga makan pakai suami dan anak-anak tetapi merangkumi semua bidang di dalam rumah ini seperti kewangan, kebersihan, kedamaian, kecantikan dan pengisian rohani seisi keluarga. Kalau seorang ibu tidak dapat memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, takkan kita nak harapkan orang lain pula kan?


Tengoklah si kecil ini, memang jenis tak duduk diam. Ada sahaja yang dikerjakannya. Dalam ramai-ramai anak aku, hak nilah paling mencabar sekali. Mungkinlah sebab Azzam ni bertuah; celik aje mata mama dia ada bersama dengan dia 24/7. Maklumlah anak-anak yang lain merasa juga dihantar ke taska (Ashraf lagilah seawal dalam pantang lagi sudah dihantar) tapi Azzam ni merasa bersama dengan aku setiap masa. Sampaikan mama dia nak buat "projek dalam bilik kecil" pun boleh bising satu rumah. Mana taknya, pantang mama hilang sekelip mata aje dia sibuk mencari, menangis macam kena dera. Kalau abang dan kakak ambil pun bukannya dia nak, menangis macam orang nak dera dia T_____T"

En suami cakap, "hok ni (yang ni) memang anak mama, sebab kembik (melekat) molek dengan mama". Memang betul pun. Kalau nak diikutkan perangainya, memang aku tak boleh ke mana-mana lah, nak masak tak boleh, nak mandi tak boleh kerana nanti dia akan menangis sekuat-kuat hati dan akan berhenti bila aku ambil dia. Tapi aku ni jenis mama yang degil; sambil dukung Azzam tangan sebelah pegang handset jawab pertanyaan pelanggan, kalau nak masak letak dia dalam kerusi bayi lepas tu biarkan dia tengok aku masak, kalau nak mandi pula kena tunggu dia tidur atau Husna/Haziq ada nanti mereka tolong tengokkan.

Apabila bekerja dari rumah ini memang kena pandai kawal emosi, nak marah nak menangis, tertekan tu semua ada dan aku selalu laluinya hampir setiap hari. Tapi bersandarkan kepada satu; iaitu minat atau mat salleh panggil passion banyak membuatkan aku kalis dalam mengharungi semua ini. Kalau dulu, masa bekerja memang tak dinafikan selalu mengamuk bila anak buat sepah. Maklumlah balik rumah badan dah penat, rasa nak rehat tapi anak-anak pula buat perangai mana tak naik darah kan? Tapi sekarang ni, aku biarkan sahaja, buat-buat tak nampak kalau rumah bersepah tahap kapal pecah pun kerana bila en suami balik aje dari pejabat aku suruh dia kemas, HAHAHA Takpun en suami akan jaga anak dan sempatlah aku kemas mana yang patut.

Selain itu, kena banyak bersabar. Memang mudah untuk melafazkan perkataan sabar kan? Tapi kadang-kadang sebagai manusia ni kita tewas juga, ada jugalah termarah dan terpukul anak-anak. Tapi bukanlah pukul kerana benci (seperti pengasuh taska yang heboh dalam berita haritu) tapi pukul kerana mahu mengajar mereka untuk menjadi lebih berdisiplin. Tapi aku ni banyak membebel dari memukul, sebab itulah anak-anak tidak takut dengan aku, *grrrrrrrr* Tapi bila menjadi seorang ibu yang bekerja dari rumah ini banyak mengingatkan aku kepada refleksi diri aku semasa kecil, agaknya beginilah ya. Memang betul-betul cukup menginsafkan diri kerana mak aku juga seorang surirumah sepenuh masa. Ayah pula bukan kerja bergaji besar jadi mana datangnya semangat dan duit untuk membesarkan anak-anak? Kalau mak boleh kenapa pula aku tak boleh? Jadi bila teringatkan perangai anak-anak yang kadang-kadang boleh membuatkan aku menangis, terus aku semat dalam hati yang semua ini adalah dugaan Allah, aku dulu juga begitu jadi kenapa harus nak marah?

Marah itu perasaan normal bagi seorang manusia, kalau tidak marah memang pelik juga kan? Cuma yang penting adalah macamana kita mengawal kemarahan kita. Setiapkali nak marah anak cuba tukarkan reaksi kepada geram kepada anak. Selalunya peluk cium mereka dan beritahu yang benda mereka buat itu salah. Kalau nak pukul pun ala kadarlah jangan sampai memudaratkan mereka. Dan jika terpukul tanpa sengaja, aku cepat-cepat minta mereka peluk aku dan saling meminta maaf. Memang kelakar bila ingat kembali tapi sebagai manusia, aku memang tak dapat lari dari memarahi mereka:(

Oklah, itu sahaja perkongsian dari aku. Semalam bila tengok Azzam pecahkan tembikar tu, aku sengih aje sebab tak larat nak marah dah..HAHAHA Lagipun walaupun pecah masih boleh digunakan, cuma nak kena beli gam UHU untuk lekatkan balik. Takpelah nak, nanti mama giatkan usaha menabung untuk beli kabinet kaca idaman hati. Lepas ini takde dah istilah pinggan pecah atau gelas pecah ya:)

Anak-anak adalah amanah Allah. Kalau boleh berkorbanlah sedikit untuk melihat mereka membesar di hadapan mata. Semasa kecil lah mereka sangat memerlukan kita sentiasa berada di sisi mereka, sebab itulah mereka menangis dan buat perangai apabila kita balik dari pejabat kerana mereka memerlukan perhatian dari kita. Mereka perlukan kasih sayang dari kita. Jadi, rancang dari sekarang demi masa depan mereka. Tak semestinya duduk di rumah hanya mengharapkan duit ihsan suami sahaja tetapi ada banyak lagi benda yang boleh dibuat untuk menambah pendapatan sendiri. Cuma kena usaha sedikit, tak boleh hanya berserah pada Allah sahaja.

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015