Monday, November 11, 2013

Makan-Makan Di Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Semalam penatnya bermusafir, keluar dari rumah pukul 11 pagi sehinggalah balik semula pukul 1 pagi. Bermula dari Shah Alam terus ke LCCT mengambil mak mertua terus langsung ke Kuala Selangor untuk berkumpul bersama-sama dengan adik beradik en suami yang lain. Alhamdulillah, aku bertuah kerana dapat menjadi salah seorang ahli keluarga en suami yang ramai tu. Kami berkumpul pun kerana ada sesuatu yang penting yang melibatkan perbincangan mengenai harta pusaka, sesuatu yang bunyinya ringan untuk disebut tetapi seksaannya berat ditanggung oleh arwah yang di dalam kubur jika terdapat sebarang masalah tentang harta yang belum diselesaikan.

Sebagai menantu, aku takdelah terlibat cuma yang bestnya bolehlah menumpang makan sekali:) Itu saat yang ditunggu-tunggu. Maklumlah sudahlah tak payah masak, dapat pula makan makanan yang sedap-sedap. Siapa yang tak suka betul tak?


Menu utama petang semalam adalah laksa lemak dan juga laksa penang, ada juga sup kaki, bbq kambing, ayam dan juga manisan mulut seperti kek coklat basah, sagu yang dimakan bersama air gula melaka dan tak lupa juga menu istimewa yang didatangkan dari Vietnam. Abang Zul dan Kak Rah yang susah-susah bawa balik makanan laut dari sana untuk kami makan bersama-sama. Terima kasih buat semua yang cukup pemurah menjamu kami makan. Semoga Allah lipat gandakan rezeki kalian:))


Inilah udang ketok atau setengah orang panggil udang lipan, sedapnya rasa udang ini walau direbus begitu sahaja. Terasa sangat kemanisannya! Oh ramai yang memberitahu bawaha udang ini sebenarnya adalah ubat kepada penyakit lelah. Walluhu a'lam tetapi apa salahnya mencuba kan? Bukannya memudaratkan pun:)


Ini pula siput yang sangat-sangat menarik kan? Dulu masa pergi Vietnam selalu tengok orang Vietnam makan kat gerai tepi jalan tapi tak pernah terliur nak rasa sebab risaukan tahap kebersihan dan status halal kedai tu tapi kali ini bolehlah rasa siput ini. Isinya kenyal sedikit dan boleh tahan juga rasanya:)


Mak mertua yang sedang sibuk menyiang ikan kite (nama saintifik ikan ini tidaklah ku tahu), ikan ini pun dibawa jauh dari Vietnam juga.


Upacara makan siput, bersungguh en suami makan. Sebelah aku adalah Azma isteri kepada adik ipar aku. Mereka berdua datang dari Kelantan sambil berjalan-jalan ke rumah saudara di sini


Ok budak Ashraf ini penghibur kami. Macam-macam kaletahnya, sudahlah cakap pelat..Ololololo comei comei *puji anak sendiri*


Singgah solat Zohor di Masjid yang terletak di pertengahan jalan menuju ke LCCT. Seronok anak-anak berkejaran di dalam ruang solat yang luas. Usai solat, kami keluar masjid dan melalui sebuah van Avanza (seperti dalam gambar) di mana pakcik kepunyaan van tersebut membuka bonet van dan mengeluarkan barangan jualan seperti susu, dadih dan pati delima Gulsan. Mudah bukan untuk berniaga, walau di dalam perkarangan masjid pun pakcik ini bijak mengambil peluang untuk mencari rezeki yang halal.

Oklah, kalau mahu belajar berniaga secara online pula boleh daftar kelas asas blog & fanpage bersama aku. Jangan lupa PM untuk pertanyaan lanjut. Kelas offline juga boleh dilakukan di mana-mana tempat yang dipersetujui.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015