Friday, November 8, 2013

Belajar Kelas Asas Blog & Fanpage Secara Offline


Assalamualaikum,

Menjawab pertanyaan saudara Izni Hafiz yang komen dalam entri sebelum ini (idea-dekorasi-ruang-sempit) blogger kepada blog http://apakehei.blogspot.com/

Soalan : Macamana performance bekerja dari rumah, boleh kongsi tak?

Sudah tentulah boleh!!

Alhamdulillah tahun ini sudah masuk 2 tahun aku bekerja dari rumah, cepat sungguh masa berlalu dan sedikit pun tidak pernah terdetik dalam hati yang aku menyesal dengan keputusan yang diambil ini. Mengimbas kembali kenangan semasa aku meletakkan jawatan, ianya bukan didorongi oleh en suami mahupun siapa-siapa, tetapi perasaan itu datang sendiri dari dalam hati. Rasa sudah tidak larat untuk bangun pagi-pagi bersiap-siap untuk pergi kerja (walaupun hanya bekerja satu pejabat dan kedudukan pejabat pun tidak jauh dari rumah) tapi masa tu aku rasa sudah tidak larat untuk berkejar setiap pagi untuk mengejar van sekolah Haziq. Agaknya masa tu keadaan aku yang sedang mengandungkan Azzam yang membuatkan aku cepat penat. Nak kata tekanan kerja di pejabat adalah sama sekali tidak benar kerana kerja aku memang santai sahaja, cukup bulan gaji masuk:)

Tapi satu ketenangan yang tidak dapat dirasai seperti sekarang ini. Bekerja di dalam bidang yang aku suka dan tidak pernah rasa jemu membuatnya. Awal-awal berhenti kerja pernah juga terdetik mana nak cari duit lebih kerana kalau nak harapkan gaji en suami seorang memang tidak cukup, tambahan pula tahun ini Haziq sudah bersekolah, Husna juga masuk tadika dan pertambahan ahli keluarga. Alhamdulillah, Allah temukan aku dengan insan hebat Pn. Masayu Ahmad yang juga penulis buku "Jana RM Dari Rumah". Sememangnya kami memang sudah lama saling mengenali iaitu di alam maya lagi (sehingga sekarang pun masih bertemu di alam maya) dan beliau banyak memberikan aku inspirasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Alhamdulillah, walaupun tidak makan gaji tetapi setiap bulan aku menerima gaji iaitu dari Yang Esa. Percayalah sekiranya kita menempatkan diri kita di tempat yang sepatutnya dan juga sentiasa ingat pada NYA, rezeki memang tidak putus malah lebih dari biasa. Tapi haruslah datang bersama dengan usaha yang berterusan juga ya, kalau sekadar duduk rumah jaga anak-anak tanpa melakukan sesuatu, duit tidak akan datang berkepuk-kepuk juga ya:P

Jadi kesimpulannya, iya aku bahagia berada di rumah bersama anak-anak. Walaupun setiap hari penat dan letih menguruskan mereka tapi dipenghujungnya aku gembira kerana anak-anak berada di hadapan mata, makan dari air tanganku dan setiap masa aku boleh gomol (atau marah) sesuka hati. HAHAHA

Tentang pendapatan itu, hanya kita yang boleh tentukan sasaran berapa yang kita mahu kemudian berdoalah kepada Allah, setkan minda supaya sentiasa positif dan sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, Insya Allah rezeki memang tidak pernah putus. Ada orang ingat walaupun surirumah tidak boleh mencari duit sendiri, tidak boleh keluar rumah, ini semua adalah pandangan orang-orang dahulu kala kerana zaman ini semuanya telah berubah, dengan hanya berbekalkan internet dan komputer ada surirumah yang boleh menjana pendapatan sehingga puluhan ribu sebulan (malah lebih), iya, memang teruja bila mendengarnya. Bukannya kata-kata rekaan aku semata-mata tetapi ada di kalangan kawan-kawan yang sudah capainya. Tetapi semua itu harus datang dari usaha dan doa yang berterusan.

Ada sesetangah yang memberitahu aku bertuah kerana en suami bergaji "besar" sedangkan hakikat sebenar kehidupan di kota dengan gaji en suami yang banyak itu, kami masih dikategorikan di dalam kumpulan miskin tegar atau dalam kata lain cukup-cukup makan sahaja. Sebab itulah aku berusaha untuk berniaga kerana dengan duit inilah (takdelah banyak mana) kami dapat buat duit minyak balik kampung jenguk orang tua, beri duit pada orang tua di kampung, membeli barangan rumah, membawa anak-anak bercuti. Biarlah tak segempak seperti orang lain tetapi cukuplah untuk menggembirakan kami sekeluarga. Tipulah kalau cakap kita boleh bersyukur dengan duit gaji setiap bulan, silap haribulan boleh bergaduh laki bini juga jika duit tidak mencukupi, jadi aku memang seorang yang "degil" sebab tak mahu menyusahkan en suami tetapi mahu membantu en suami, biar sikit tapi sekurang-kurangnya ada sumbangan kepada beliau.

Eh! panjang pula komen aku ya, dah alang-alang orang tanya, jadi inilah jawapan aku sejujurnya. Jangan ada pihak yang terasa ya sebab ini adalah pengalaman aku sendiri, dalam hidup ini kita sentiasa ada dua pilihan iaitu untuk memilih yang baik dan yang buruk, mahu kekal positif atau mahu kekal bersangka buruk/negatif. Sebelum kita boleh membantu orang lain seharusnya bantu dulu diri sendiri ya:)

Oklah, berkenaan dengan tajuk entri, iya atas permintaan yang tinggi terhadap kelas asas blog & fanpage, aku kini mahu mengorak langkah dengan membuat kelas secara offline pula. Alhamdulillah Ahad lepas sudah berjaya mengajar seorang teman Universiti aku untuk memulakan perniagaan online. Bagi yang berminat boleh sms/whats app aku di 012-3228651 dan sudah tentulah tempat itu aku yang tentukan kerana aku ni kadang-kadang hujung minggu sentiasa keluar, jadi boleh set mana-mana untuk jumpa dan berbincang. Jangan risau kerana walaupun tidak dapat menyiapkan sepenuhnya nanti aku akan masukkan juga ke dalam group kelas online aku dan kalian boleh mengikuti nota dan tips yang diberikan setipa masa juga.

Minggu ini Insya Allah aku ada sekitar Shah Alam, minggu depan pula aku akan bermalam di Hotel Palm Garden Putrajaya untuk menghadiri majlis ihtifal sekolah Husna, jadi boleh set masa untuk jumpa di lobi hotel untuk belajar kelas asas blog & fanpage :)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 comment:

Iela Fazielah said...

tahniah zaila..alhamdulillah bisness makin maju... ila masih di takuk lama....bkn xmahu berubah tp dah selesa.... huhu...insyaallah...mungkin 1 hari nnt tegerak nak dok rmh n bisness mcm zaila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015