Wednesday, November 6, 2013

Manfaatkan Hari Cuti Bersama Keluarga

Assalamualaikum,

Salam Maal Hijrah buat semua! Semalam en suami dan anak-anak cuti, memang best apabila dapat bersama yang tersayang. Berpagi-pagi lagi tugas aku sebagai seorang bibik sudah bermula, turun menyediakan sarapan buat kanak-kanak riang.

Inilah dia burger ringkas kesukaan anak-anak;


Kalau Haziq dan Husna tak suka roti dibakar, lepas tu Haziq suka makan dengan sos merah (sos cili) dan Husna pula suka makan dengan sos putih (mayonis), kalau Ashraf pula hanya makan daging sahaja:)

Bila dah kenyang, macam biasalah anak-anak sudah pasti menonton TV, tapi tugas aku sebagai bibik tak pernah berhenti; basuh baju, sapu rumah, kemas dapur, sekejap sahaja masa berlalu, tengok-tengok dah tengahari. Kena masuk dapur masak apa yang mampu dan tersedialah ini :-


gulai kepala ikan tenggiri bersama peria, sawi goreng bersama cendawan dan budu sebagai pemangkin rasa :)

Alhamdulillah, syukur sebab dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Tak keluar rumah pun tidak mengapa janji mereka ada di hadapan mata kita. Kalau bergaduh, kitalah pengadil, kalau bergurau bergomol kita juga join sekali, best kan?

Tadi terbaca di facebook tentang pengalaman ibu yang menghantar anak ke taska yang sedang hangat diperkatakan tu; sedih rasanya kerana aku dulu pun pernah alami keadaan yang sama, cuma bezanya budak-budak ini takdelah teruk kena dera cuma sesekali terhantuk, bercakar dengan budak-budak lain tu adalah! Tapi bila mengimbas kembali kenangan tahun lepas sebelum aku berhenti kerja, aku sebenarnya sudah tidak dapat bertahan dengan karenah taska anak-anak kami yang selalu mengambil kesempatan di atas kebaikan kami.

Tapi tak mengapalah, aku masih hubungi lagi pengasuh-pengasuh anak-anak aku dulu. Mereka tidak bersalah, cuma mungkin ada setengah keadaan nampak macam mereka yang bersalah. Kena banyak bertolak-ansur juga cuma kalau kita perasan ada kelainan pada perangai anak kita, baiklah lakukan siasatan. Macam aku, ketika Ashraf dijangkiti kuman di kepala menyebabkan kulit kepalanya menggelupas menyebabkan aku rasa sudah tidak mampu lagi untuk meneruskan kerjaya aku. Duit boleh dicari tapi masa bersama anak-anak memang susah untuk dicari dan dibeli.

Oklah, nanti aku kongsikan pula projek DIY yang en suami buat semalam. Nanti aku kongsikan gambar ya!

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

2 comments:

greetingsfromengland said...

food looks good zaila…and i always enjoy reading your honest account of a home maker…as i am one too! take care and salam from this kakak in england.

~MommyAqilMedina~ said...

Wah makanan tu nampak yummy!rajinnya akak masak..macam2 pulak tu.kalau aida ikut mood je ..kalau nak masak baru masak..huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015