Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 25 November 2013

Tips Untuk Mengembara Dengan Kereta Bersama Anak-Anak


Assalamualaikum,

Hari ini macam tak ada mood sangat nak bercerita tentang aktiviti kami. Lagipun tiada apa yang menarik sangat. Pagi semalam ada protege kelas asas blog & fanpage datang rumah aku dan belajar untuk membina blog & fanpage. Alhamdulillah dalam masa 3 jam sahaja boleh menyiapkan sebuah blog, fanpage dan membuat link di antara keduanya. Petang pula kami ke LCCT menghantar mak mertua dan lewat Maghrib baru sampai di rumah.

Oklah, hari ini terasa seperti mahu berkongsikan tips untuk mengembara bersama dengan anak-anak. Cuti sekolah ini sudah pasti ramai ibubapa yang ingin membawa anak-anak bercuti kan? Mungkin ada yang memilih untuk menaiki kapal terbang untuk ke tempat yang jauh tapi sekiranya kurang berkemampuan, bolehlah memilih jalan darat sahaja sebagai pilihan yang kedua. Sebenarnya aku juga sedang mengumpulkan maklumat dan tips sebagai persediaan untuk bercuti dengan anak-anak. Tahun ini budget tak banyak untuk bawa anak-anak naik kapal terbang, jadi mari kita guna jalan darat aje. Mana destinasinya? Negara jiran sebelah sahaja, HAHAHA Macam kecoh je siap cari tips bagai :P

Takpe, di sini aku kongsikan juga sebab aku tahu memang ramai ibu-ibu di luar sana yang selalu google maam-macam sebelum keluar bercuti kan? Dari duduk stress sorang-sorang diri, baiklah baca pengalaman ibu-ibu yang biasa keluar mengembara kan? Zaman sekarang senang sangat sebab adanya internet, semua ada!! Macam-macam boleh dapat kalau rajin nak mencari:)

Antara tips yang boleh dikongsikan adalah :

Pack Smart (tak tahu nak terjemah apa)

- Pilih pakaian yang selesa untuk dipakai seperti baju dari kain kapas. Pakaian yang gelap tidak menampakkan kotoran.
- Pilih pakaian yang cepat kering dan nipis supaya mudah untuk diuruskan sekiranya tidak mahu membawa banyak baju.
- Jika mengembara selama 5 hari, jadi setiap orang perlu untuk menyediakan 5 pasnag baju dan sepasang baju untuk kes kecemasan seperti muntah atau sebagainya.
- Apabila mengemas, letakkan barangan yang diperlukan di atas sekali. Contohnya seperti baju renang, baju basahan atau baju tidur.
- Pastikan ubatan diletakkan di dalam tempat yang senang untuk diambil. Sila bawa minyak angin, minyak gamat, dan segala ubatan yang diperlukan oleh anak-anak jika berlaku sebarang kecemasan.

Pack Smart Untuk Anak-Anak

- Kemas baju anak-anak bersama dalam satu beg untuk meminimumkan jumlah beg yang dibawa
- Letakkan pakaian mengikut hari. Gulungkan pakaian lengkap bersama dengan seluar dalam dan stokin. Pastikan membawa plastik untuk memasukkan pakaian kotor.
- Pilih pakaian yang saling koordinat warna. Jika satu pakaian contohnya baju kotor boleh tukar dengan baju lain yang matching dengan warna seluar.
- Pastikan lampin pakai buang dibawa mencukupi dan senang untuk dicapai. Bawa bersama tisu lembab, hand sanitizer dan plastik untuk membuang lampin yang telah diguna (sekiranya terdesak perlu menukar lampin di dalam kereta). Bawa bersama juga selimut atau kain tebal sebagai alas untuk menukar lampin sekiranya berhenti di tempat yang tidak meyediakan ruang bayi.

Pack Smart Untuk Kenderaan

- Bersihkan bonet kenderaan dan pastikan tidak membawa apa-apa yang tidak berkenaan. Ini bagi memaksimumkan ruang di dalam bonet kenderaan.
- Kemas kenderaan dan masukkan semua pada malam sebelum bertolak. Pagi esoknya hanya boleh terus bersiap dan bertolak.
- Susun barangan dengan teratur. Barang yang mahu digunakan sebaik sampai harus diletakkan di atas sekali iaitu yang terakhir dimasukkan ke dalam kenderaan.
- Letakkan barang yang diperlukan mudah untuk diambil atau dicari contohnya lampin bayi, botol air atau ubat-ubatan.
- Isikan bekas "cooler" dengan makanan dan minuman dan letakkan di bahagian hadapan kenderaan supaya kita tidak perlu berhenti setiapkali mahu mengambil makanan.
- Bawa seberapa banyak makanan seperti roti, bijirin dan minuman segera supaya dapat menjimatkan "poket" bapa.
- Bawa bersama alatan untuk berpiknik seperti tikar, sudu plastik, gelas plastik dan pinggan kertas supaya boleh berhenti di mana-mana untuk berpiknik bersama keluarga.
- Alatan penting yang harus dibawa adalah tisu basah, tisu gulung dan plastik sampah.

Tips Untuk Mengelakkan Anak-Anak Bosan Di dalam Kereta :

- Bawa bersama bantal dan selimut kegemaran mereka supaya mereka boleh tidur dengan nyenyak di dalam kenderaan.
- Bawa bersama mainan kegemaran anak-anak tetapi jangan bawa mainan yang kecil dan berair kerana ini akan menyusahkan. Berikan mereka kotak kasut setiap seorang untuk membawa mainan pilihan masing-masing.
- Bawa DVD cerita kartun kegemaran anak-anak bagi membuatkan mereka leka untuk menonton dan tidak asyik bertanya sudah sampai ke destinasi atau tidak.
- Bawa buku cerita kegemaran anak-anak untuk membuatkan mereka leka seketika
- Selalu berhenti iaitu dengan melihat kawasan yang menarik atau berhenti untuk makan.

Ok itu sahaja tips yang aku baca dari internet. Memang tak sabar rasanya mahu keluar mengembara (cewah!) bersama anak-anak tapi dah namanya bersama mereka seharusnya memang kena bersiap sedia dengan pelbagai ragam dan perangai masing-masing. Tambah pula membawa anak-anak yang masih kecil.

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^