Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 22 November 2013

JJCM ~ Makan Steamboat Lagi Di Johnny's Restaurant, Putrajaya

Assalamualaikum,

Hari ini mari ulang tayang cerita hari Sabtu lepas, selepas check in di Palm Garden Hotel IOI Resort, petang itu kami ke Alamanda untuk makan. Disebabkan hujan, masing-masing dah lapar tahap nak gigit mangkuk dah! Tak percaya? Tengok gambar budak comel dua orang ini yang masing-masing sedang gigit mangkuk;


Alhamdulillah, servis di Johnny's Alamanda ini boleh tahan cepatlah juga. Masa masuk tu memang penuh tapi nasib baik ada meja kosong di dalamnya (bahagian luar pun ada cuma masa tu baru lepas hujan jadi macam sejuk je macam basah je). Yang tak bestnya adalah mejanya yang agak kecil, maklumlah kami 3 dewasa dan 4 kanak-kanak. Sudahlah tengah-tengah meja ada dapur elektrik dan periuk kuah, lepas tu bila makanan sampai memang tak boleh letak dekat dengan budak comel dua orang ni, kalau tak merasalah ada makanan yang kena baling atau kena celup dengan mereka nanti.

Malam tu aku order nasi putih dengan teriyaki chicken. Memang tak sempatlah nak tangkap gambar memandangkan bila sampai je nasi, semua pakat menjerit "nak nasi mama, nak nasi mama!" Aduh, riuh sungguh meja orang yang ada anak ramai ni kan? :P

Untuk Husna dan Haziq aku orderkan nasi goreng nenas. Eh! Sedap juga masakan panas diorang ni, harga pun takderlah mahal sangat. En suami dan adik ipar aku melayan steamboat, kami ambil set A yang berharga RM32.90. Banyak jugalah tapi aku rasa hirup kuah dia masa panas-panas lagi nikmat.


Adik ipar aku Zura tukang masukkan semua bahan dalam kuahnya. Kalau hirup macam tu aje tak rasa apa tapi kalau tambah sos cili yang diberikan, perghhhhh! memang sedap!

Ini kali kedua kami makan di Johnn's Restaurant ini. Boleh baca entri pertama aku di sini :
http://zailabinimdae.blogspot.com/2012/01/jjcm-johnnys-restaurant-summit-usj.html


Bagi mereka yang ingin mencuba, boleh lah ke Johnny's Restaurants di cawangan yang berdekatan. Buka laman sesawang mereka di sini : http://www.johnnyrestaurant.com/

Dekat kawasan kediaman aku ni ada juga satu restoran stem boat iaitu Flamming Steamboat tapi yang ni jenis buffet. Jadi agak kerugian sedikit jika bawa budak-budak. Maklumlah anak aku ni bukan makan banyak, main je lebih. Jadi aku lagi suka bawa ke Johnny's kerana pilihan menu mereka tidaklah terlalu mahal dan harga minuman di sini juga berpatutan.

Oklah, itu sahaja siri jalan-jalan cari makan keluarga kami. Teringin nak makan makanan Korea lah pula!

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^