Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 3 Disember 2013

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Bila Anak Ramai

Assalamualaikum,

Lamanya tidak bersiaran. Bukan apa, sejak cuti sekolah ini daku memang selalu cepat "pancit" sikit. Maklumlah anak-anak semua ada di rumah. Memang penat sedikit apabila kita seorang diri mahu melayan 4 orang kanak-kanak riang. Bayangkan seharian diorang bermain, melompat sana sini tanpa kenal erti penat. Bila rasa lapar mulalah bising satu rumah meminta makanan. Si abang dah pandai minta menu macam-macam. Ada satu pagi tu nak makan nasi kerabu, aduiiiiii manalah mama boleh buat kalau tak cukup segala bahan nak oi!

Beginilah situasi aku yang mempunyai anak ramai. Ramai ke?

Kalau ikutkan situasi zaman sekarang, ini sudah dikira ramai jika melebihi 3 orang. Memang tak terkawal rasanya bila ada anak-anak yang kecil dan ramai ni. Masing-masing memerlukan perhatian. Musim cuti sekolah ini laaagilah memenatkan. Herrm, terfikir sejenak mengenangkan bagaimana ibu/mak/mama/umi kita buat sewaktu membesarkan kita dahulu kan? Orang dulu bukan seorang dua anaknya, berpuluh-puluh ok! Contoh terdekat adalah mak mertua aku yang mempunyai 12 orang anak (tetapi kini hanya ada 11 orang). Hebat bukan? Mak aku hanya mempunyai 5 orang anak pun hebat juga kerana mak bukanlah seorang surirumah yang hanya duduk menjaga anak sahaja tetapi sambil-sambil jaga anak pun keluar bekerja membantu ayah mencari rezeki yang halal. Semoga Allah membalas segala jasa baik ibubapa kita dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat. Amin

Bila beranak ramai ni, tipulah kalau belanja rumah tak meningkat kan? Malah, aku sendiri macam tidak percaya setiapkali keluar membeli barangan dapur dengan en suami. Setiap awal bulan tu, memang wajiblah berhabis dalam RM400 untuk membeli segala kelengkapan asas anak-anak. Kemudians etiap minggu pula en suami akan membeli barangan seperti lauk basah atau apa-apa yang aku lupa untuk membelinya. Kalau yang ini pula boleh dikatakan dalam RM100-RM200 setiap minggu. Jadi dalam sebulan, anggaran kasar perbelanjaan dapur keluarga kami adalah lebih kurang (RM400 + (RM100x3 minggu selepas) bersamaan dalam sekitar RM700 (tapi aku rasa sebenarnya lebih dari jumlah ini). Bagi aku itu sudah cukup jimat kerana semenjak aku tidak bekerja ni, memang en suami jarang menghabiskan duit untuk makan di kedai dan anak-anak juga hanya makan di rumah sahaja. Kecuali pada hari minggu, sesekali kenalah juga bawa mereka makan di luar untuk menceriakan dan meraikan mereka kan?

Bila beranak ramai ni, rasanya adalah lebih jimat bila isteri tidak bekerja dan duduk di rumah menjaga anak-anaknya sendiri kan? Iyalah, sudah boleh jimat dari segi kos untuk menghantar anak ke taska, kos perbelanjaan dapur, kos duit minyak kenderaan ke pejabat, kos duit belanja anak-anak ke sekolah dan macam-macam lagilah. Setuju tak? Tapi dengan syarat suami haruslah bekerja dan jenis rajin bekerja, kalau isteri berhenti kerja dan dapat pula suami malas nak kerja, itu namanya sendiri menempah keranda tu! Hihihi Gurau aje tau, bukan tak boleh tetapi agak susahlah sedikit kecuali jika si isteri jenis rajin dan suka berniaga.

Eh melalut panjang pula aku kan? Biasalah, bila badan penat otak pun dah tak boleh nak fokus sangat ni. HAHA Tulis ikut apa yang terlintas di fikiran aje ni. Aku doakan semoga penat menjaga anak ni takderlah berpanjangan sampai ke tua tau. Ingat sementara aku masih mudah remaja ini *auuwww* nak lahirkan dalam seorang dua lagi kemudian baru lah nak tutup kilang. Nanti dah masuk 40 tahun anak-anak semua dah besar dan boleh ajak teman mama shoppinglah nanti:)

Oklah, nak kongsi gambar minggu lepas di mana kami menyambut ulangtahun kelahiran mak mertua aku yang ke ?? Opsss lupalah pula! Alhamdulillah, malam itu kami berkumpul adik beradik belah en suami di rumah kami. Siap order pizza dan sate lagi.


Muka Husna tu muka baru banguan tidur, mamai-mamai lagi. Sedapnya bila teringatkan sate ayam tu. En suami tempah di kedai depan taman perumahan kami. Domino's pula hanya order melalui talian dan set kan supaya dihantar pada pukul 8.30 malam.


Mak mertua bersama dengan anak-anak perempuannya dan juga cucu perempuan. Semoga Allah memberi keberkatan usia kepada mak mertuaku dan semoga sentiasa bahagia selalu bersama dengan anak-anak, menantu dan cucu sekalian.

Oklah, segala coretan di sini hanya pada pandangan peribadi aku ya, jangan pula ada yang nak terasa cakap aku nak suruh pakat berhenti kerja pula! Kebelangan ini ramai pula yang sensitif bila aku selalu menceritakan dan mengajak kaum hawa supaya bekerja dari rumah. Maklumlah bukan semua orang boleh buat macam ini jadi untuk mengelakkan rasa terguris ke atau sakit hati ke cuba sentiasa berfikiran positif selalu. Ikutkan hati, aku juga merasa cemburu dengan mereka yang bekerja bergaji besar, setiap bulan boleh beli baju cantik 2,3, 4 helai dan barang keperluan kecantikan ikut suka tapi bila difikirkan balik sebenarnya bukan itu yang aku suka atau mahu. Jadi, apa yang orang lain suka atau boleh buat tak semestinya kita boleh buat. Bila kita tak boleh buat itu lah yang mendorong perasaan dengki, irihati atau tak suka melihat orang lain berjaya, bukan?

Jadi kesimpulannya, cuba selami diri cari apa yang kita suka atau kita mahu lakukan untuk kepuasan diri kita dan keluarga. Kalau ada niat mahu berhenti kerja dan menjaga sendiri anak-anak, jadi rancanglah dari awal. Lihat dan belajar dari mereka yang telah lama melepaskan kerjaya demi keluarga. Kalau niat kita mahu terus bekerja dan berbakti kepada masyarakat, jadi teruskanlah niat murni kita itu. Sesetengah pekerjaan seperti cikgu, doktor wanita, ustazah, sangat-sangat diperlukan dalam masyarakat kita terutamanya untuk mendidik anak bangsa. Seperti isu sekarang yang sangat-sangat memerlukan doktor wanita di dalam bilik bersalin. Bukankah ianya satu tuntutan agama? Jadi, tiada salahnya jika kita terus berkerjaya demi masyarakat.

Yang menjadi masalah di sini jika kita sudah tiada "passion" lagi untuk bekerja. Pergi balik kerja pun terpaksa, sampaikan hari-hari rasa tiada semangat untuk keluar bekerja. Bila dapat gaji, semua duit habis tanpa sempat untuk menabung pun. Inilah yang aku rasakan dulu, jadi berhenti kerja adalah merupakan pilihan terbaik yang pernah aku buat setakat bergelar seorang ibu dan isteri. Dulu, sebelum kahwin memang tak pernah terfikir ini yang akan jadi kerjaya aku. Iyalah, aku ni seorang lepasan ijazah kejuruteraan jadi teringin juga mahu menjawat jawatan jurutera kan? Konon-konon pakai topi keselamatan warna putih sambil mengelek fail. HAHAHA Semua itu hanya imiginasi ok! Tak pernah walau sekali pun aku dapat bekerja sebagai jurutera, semuanya lari dari bidang yang aku belajar terutamanya jawatan sekarang yang sungguh tidak glamor langsung!

Tapi Allah tahu yang terbaik untuk kita. Jadi berhenti mengeluh dan membandingkan kehidupan sendiri dengan kehidupan orang lain.

Akhir kata, kelas asas blog masih lagi berjalan seperti biasa. Jom daftar untuk belajar berniaga online. Kalau tak mahu bayar boleh cuba nasib untuk menyertai peraduan Giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 ulasan:

Nurhayati berkata...

penat tu mmg perkara biasa bg seorg ibu yg mempunyai anak2 kecil, dan nak2 lagi xde maid. walaupun penat ada je tenaga kita wat kejekan. nanti dorang dah besar baru kita rehat sket.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^