Thursday, January 2, 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum,

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang tahun baru 2014 untuk semua pembaca blog ini. Alhamdulillah tahun 2013 memang banyak meninggalkan kenangan manis buat diri aku.

Antara pencapaian terbaik diri sendiri pada tahun 2013 :

- berjaya menjadi ibu kepada 4 orang anak pada bulan Januari 2013. Satu nikmat yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Syukur Alhamdulillah Allah berikan peluang untuk membesarkan anak sendiri.

- berjaya menjadi guru online di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sekaligus mempunyai pendapatan sendiri walaupun hanya berada di rumah. Terima kasih di atas kepercayaan pengasas ABDR iaitu Pn Masayu Ahmad yang memberikan kepercayaan untuk mengambil aku sebagai salah seorang dari 13 guru online bekerja di ABDR

Aku sendiri tidak pernah menjangka untuk mempunyai pendapatan tetap memandangkan aku bukannya makan gaji. Tapi benarlah kata orang, jika kita ikhlas bekerja dengan Majikan kita YANG SATU, Insya Allah akan dipermudahkan segalanya. Pendapatan tetap ini pula bergantung kepada usaha aku juga. Ada masa lumayan, ada masa perlu bersyukur dengan rezeki yang Majikan bagi :)

Tahun ini aku berazam untuk bekerja lebih kuat lagi memandangkan semuanya telah dipermudahkan bagi aku. Syukur sebab tidak perlu keluar rumah berpanas terik bekerja membanting tulang, semuanya di dalam rumah sahaja. Hari ini juga bermulanya kelas yang aku sertai di dalam talian. Semua ini untuk memperbaiki diri supaya lebih bersedia dan boleh menjana kewangan dengan lebih lagi.

Aku juga berazam untuk lebih bijak dalam mengatur kewangan diri dan keluarga. Insya Allah mahu kurangkan merungut dengan segala kekurangan yang ada dan mahu kekal positif dalam menjalankan amanah Allah.

Sebagai seorang ibu, aku mensasarkan untuk bangun pagi dan menyediakan sarapan untuk anak-anak (hari ini masih kecundang tapi takpe, cuba lagi esok), Aku memilih untuk mengajar sendiri Husna di rumah, Ashraf juga. Sekurang-kurangnya boleh jimatkan sedikit duit perbelanjaan. Doakan aku berjaya ya!

Bagi mereka yang ingin mengikut jejak langkah aku dengan bekerja di rumah, nasihat aku mulakan dari sekarang. Jom daftarkan diri dengan menyertai kelas asas blog & fanpage atau mana-mana kelas di dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Insya Allah anda tidak akan keseorangan lagi :)

Untuk keterangan lanjut mengenai Akademi Bekerja Di Rumah, boleh layari blog ini :

http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

atau blog rasmi aku di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/

Sehingga bertemu lagi :)

1 comment:

Your Beauty Coach said...

good luck kak, saya suka motivasi kuat macam kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015