Wednesday, January 29, 2014

Resepi Ikan Siakap Stim Sedap Terlampau


Assalamualaikum,

Sila jangan gosok mata anda atau betulkan skrin komputer anda ya. Iya, aku tahu gambar di atas adalah gambar sejenis ikan bawal yang dinamakan ikan bawal emas yang aku beli RM7 seekor di Econsave (nak juga bagitahu sebab merajuk dengan harga ayam yang jatuh RM7.20 sekilo) HAHA

Awat tajuk "Resepi Ikan Siakap" tapi buatnya ikan bawal? Iyalah, memandangkan selalu orang akan gunakan ikan siakap untuk buat masak stim tapi kebetulan di rumah aku hanya ada ikan bawal jadinya takpelah kan, tajuk resepi lain sket. Ok, hari ni ahkak nak kongsikan satu lagi resepi yang memang senang untuk dibuat tetapi sedap terlampau (bagi tekak ahkak lah ya, tekak uols akak enggak tahu tapi tak rugi kalau tak cuba)

Bahan-bahannya :

- 1 ekor ikan siakap / ikan bawal emas (yang telah siap dibuang perut dan dibersihkan comel-comel)
- 3 ikat serai *mayang halus-halus
- 2 biji cili merah besar (bagi yang suka pedas bolehlah gunakan cili padi tapi aku guna cili merah sebab anak-anak nak makan dan kalau boleh buang bijinya juga supaya tidak pedas) *mayang halus
- 3cm halia muda (nak guna halia tua pon boleh cuma halia muda ni lagi sedap rasanya kalau tergigit pon) *mayang halus
- 1 labu bawang putih *mayang halus
- 2-3 biji bawang merah *mayang halus
- 2 biji tomato (dibelah empat atau kalau nak hiris halus-halus pon boleh juga)
- 1 batang lobak merah (dipotong bulat-bulat)
- 3 labu bawang jeruk (dibelah dua)
- buah asam boi (tapi aku haritu memang tak ada jadinya aku gantikan dengan hirisan lemon)
- 2 sudu sos tiram
- garam, gula & lada sulah

Cara-cara untuk membuatnya pula :

Untuk masakan stim aku memang suka kalau ada banyak kuah, jadinya cara yang aku buat adalah gunakan kuali sahaja. Kalau dulu memang guna pengukus tetapi sekarang masak semua nak cepat sahaja terus gunakan kuali

1) Dalam kuali tu masukkan terus ikan dan segala bahan yang telah dihiris.
2) Masukkan air (agak-agaklah kan, jangan banyak sangat sebab nanti bukan stim namanya tapi dah jadi singgang)
3) Masukkan siap-siap perisa seperti sos tiram, garam, gula dan juga lada sulah (lada sulah ni sebenarnya pilihan tetapi entahlah sejak dua menjak ni suka pula kalau ada rasa lada sulah)
4) Buka api dan tutup kuali, bila nampak macam ikan di bahagian bawah dah masak, balikkan pula
5) Stim ni jangan lama sangat sebab dikhuatiri isi ikan akan hancur jadinya masak dalam 10-15 minit sahaja (atau bila dah tengok ikan dah masak)
6) Bila dah rasa cukup rasa masam, manis, masin dan pedas tu, bolehlah hidangkan.

Waaah, masa taip resepi ini pun air liur aku sudah menjejes keluar. Selamat mencuba sebab resepi ini sudahlah senang, cepat, sihat dan sedap pula tu :)

Bagi yang berminat untuk menjadi rakan niaga #akademibekerjadirumah bolehlah singgah di sini :

http://zailamohamad.blogspot.com/2013/12/pakej-rakan-niaga-akademi-bekerja-di.html

Sehingga bertemu kembali. Bye!

4 comments:

tifa anvar said...

sedap trlampau.hehehe..lama x update blog zaila.mesti ade banyak cerita untk share disini

Eliss Mie said...

Aku pulak stim dulu dgn bhn2 tu.last bila ikan hmpir msk br letak perasa tu tp aku guna kiub ayam sos tiram dan perahan air limau nipis.

wan rokiah said...

jgn suka sgt mkn lada sulah ke lada itam ke time preggy ni,nti pns bb dlm perut..wakaka..
pdhl mu xsbr nk tempuh zmn berpantang kot, tu yg jd suko make lada suloh

Aisyah Ghazi said...

Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015