Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Selasa, 25 Februari 2014
Bila Anak Sakit
Assalamualaikum,
Pagi ini baru sahaja pulang dari membawa Haziq ke klinik untuk mengambil nebulizer. Biasalah, dalam cuaca yang berjerebu sekarang ni (minggu lepas semak samun depan rumah kami terbakar jadi cuaca memang berasap aje) tak sah kalau Haziq tak sesak nafas. Tapi Alhamdulillah keadaan masih terkawal, nampak dia pun dah semakin ok. Mesti Haziq suka aje sebab doktor bagi MC. Bertuah punya budak!
Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini, kena minum banyak air ya! Tapi anak aku tu kalau air masak alergik sungguh, nak kena berwarna juga. Jadinya kena lah buat air sirap atau sunquick (tapi takde lah buat manis sangat) supaya mereka minum air. Kalau Husna tu, asyik-asyik nak air milo aje. Kadang tak minum langsung air masak. Kalau papa dia ada sudah pasti kena bebel dengan papa dah tapi kalau dengan mama, mama layankan lagi selera dia. Baik tak mama? :P
Oklah, itu sahaja. Lenguh tangan tak hilang lagi sebab dukung budak yang bernama Azzam tu. Maklumlah kalau papa ada, sudah tentulah dia yang buat semua. Mama lenggang kangkung aje, ni bila si dia tiada, hah, rasakan! Macam nak tercabut tangan ni. Berpeluh-peluh mengusung kanak-kanak ribena. Nasib baiklah klinik depan rumah buka, kalau tidak, ada juga yang menangis ni :P
Nak rehat jap ya. Semoga bertemu kembali :)
Laluan iklan jap :
Jom dapatkan hanger tudung shawl, nanti boleh susun macam dalam gambar di atas, teratur aje shawlnya. Harga RM10/pack ada 10pcs dalam tu. Kos pos RM7
Berminat boleh dapatkan melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms /whats app / viber / telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad
Atau daftar kelas online belajar buat blog & fanpage bersama saya sekarang!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
3 ulasan:
sekrg panas sangat kan...kdg2 saya bagi anak2 minum 100 plus. Penah jugak saya bagi upah secawan air masak bagu upah 50sen hehe...berebut2 dorang minum :p
Oh good idea gak, bagi berwarna skit kan, baru minum, kalau tidak asyik susu ja si abang, adik ok skit. Moga Haziq sembuh dan sihat. Hanger tu rasa ok gak, baru kemas kan.
musim budak2 x sihat dengan keadaan cuaca kan.. anak2 sy yg atma tu pun sy sangat risau
Catat Ulasan