Monday, February 24, 2014

Warkah Rindu Buat Suami



koleksi gambar tahun 2009 semasa mengikuti trip tempat bekerja kami ke Phuket

Assalamualaikum semua,

Jenuh aku cari dalam koleksi gambar sebab nak cari gambar berdua dengan en suami. Ya Allah, kali terakhir kami bergambar bersama adalah pada tahun 2009 di mana masa ni ke Phuket (tanpa anak-anak) kerana mengikuti trip pekerja Solar Alert (iya, aku dulu bekerja satu pejabat dengan en suami). Masa ni, muka pun masih runcing lagi, hihihi Sekarang toksah ceritalah, muka sudah bertukar menjadi bola! Yang en suami pon perut dah makin ke depan, entah bila mahu bersalin pun tak tahu ya bang! *keh keh keh, seronok je kutuk laki sendiri*

Sejak dah gemuk ni, eh silap! Sejak dah beranak empat ni, tak dinafikan kami sudah jarang meluangkan masa bersama. Pergi bercuti pun kena bawa anak-anak, duduk rumah apatah lagi kan. Baru nak bermanja-manja dengan suami, anak-anak dah potong "line". Dulu pun, en suami banyak masa bersama kami tapi sekarang, sudah bertambah-tambah sibuk dengan kerjayanya sampaikan nak cuti pun susah! Pengorbanan seorang suami demi memastikan kami semua cukup makan, pakai dan kelengkapan. Memang berbeza sangat-sangat di mana awal-awal kawin dulu, bila gaji en suami tak seberapa; banyak masa boleh diluangkan bersama. Sekarang ni, bila majikan dah bagi kepercayaan, kami berdua terpaksa berkorbanlah. Aku sebagai isteri pun kena memahami dan redha dengan apa yang berlaku. En suami sekarang bukan en suami yang dulu, cewah!

Biasalah entri tak berfaedah di pagi hari. Maklumlah bangun tidur rasa rindu pula dekat suami yang berada jauh beribu batu. Kata orang tua "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan" (harap betullah apa yang aku tulis ni ya). Memang betullah kan, kalau bila si dia tiada di sisi ni perasaan itu lain sedikit. Tidur malam tak lena, makan tak lalu (ok ini tipu)! Pendek kata memang akan teringatkan en suami selalu. Kalau en suami ada, tak heranlah pula kan? Asyik nak cari gaduh aje kerjanya! Hihihi Beginilah asam garam dalam kehidupan berumahtangga. Bila jauh rindu-rinduan, bila dekat cakar-cakaran..Auuuummmmm!!

Alhamdulillah, kalau kita sebagai isteri redha dan bagi sepenuh kepercayaan pada suami, Insya Allah suami pun nak keluar bekerja senang hati. Tak dinafikan aku dulu masa anak masih ada dua, masa tu masih lagi bekerja, suka sangat mengamuk (dalam erti kata lain merajuk tak tentu pasal) bila en suami mahu "out station". Masa tu pun bukan pergi jauh-jauh pun, kadang-kadang ke Labuan, Miri, Kemaman, Vietnam yang hanya mengambil masa kadang-kadang tak sampai 3 hari pun. Tapi aku punya bising tahap mengalahkan laki pergi berminggu-minggu! Hahaha Itu dulu ya, zaman hati serba nak menang aje!

Tapi sekarang ni, eh bukan sekaranglah tapi sejak aku amalkan petua berlapang dada dan redha dengan semua perancangan yang telah Allah tentukan, rasa makin murah pula rezeki kami. Iyalah, en suami nak tinggalkan kami pun rasa tenang hati nak buat kerja, tak payah nank fikirkan keadaan aku di rumah macamana. Kalau dulu, haisyyyy malu nak cerita; tak jawab sms pun merajuk, kalau kerja nak kena extend atau tiket tak ada pun mengamuk. HAHA Itu dulu ya, agaknya sekarang ni sejak usia dah makin meningkat (ehem ehem ahkak baru je masuk 3 series je pon) tahap kepanasan atau tahap nak mengamuk tu dah "cool down" sedikit. Lagipun, sejak aku berhenti kerja dunia aku pun dah berubah. Duduk rumah tak perlu nak berpenat-penat keluar rumah hantar anak-anak ke taska, tak jumpa dah dengan tukang-tukang cucuk kasi cerita panas-panas dan semestinya dunia aku sekarang hanya berkisah tentang anak-anak dan keluarga. Jadi, apa yang berlaku hanya Allah dan diri sendiri aje yang tahu.

Syukur bila ada anak-anak buat peneman. Waluapun kadang-kadang mereka ini ibarat racun (racun ke?) tapi mereka juga penawar. Tak dinafikan memang penat nak melayan karenah mereka; Haziq dengan perangai manjanya, Husna yang pemarah, Ashraf si pembuli dan Azzam si penangis! Kadang-kadang rasa nak menangis sebab tak boleh nak kawal keadaan mereka. Tapi kebanyakannya lebih kepada marahlah! Hihihi Baik berterus-terang aje sebab aku bukannya seorang ibu yang baik sangat, kadang-kadang memang mudah hilang sabar dan marah. Nak-nak dalam keadaan macam ini. Tapi kadang-kadang tu, aku ada juga terangkan pada Haziq dan Husna supaya faham kenapa aku marah-marah. Harapnya mereka fahamlah kan.

Oklah, panjang pula rintihan hati mak buyong ni. Padahal nak tulis rindukan suami yang sekarang ini berada di negara pasir berdengung. Perbezaan masa memang membuatkan aku tak boleh nak ganggu en suami sangat. Malam-malam pun nak berwhats app hanya bertahan sekejap sahaja. Maklumlah, dia di sana baru pukul 5 petang, kita dah mengantuk dah di sini. Kadang-kadang bila en suami keluar bekerja memang tak ada internet jadi tak boleh nak ber whats app. Tapi Alhamdulillah kadang-kadang en suami akan hantarkan mesej menyatakan dia selamat sampai. Jadi kita di sini pun tidaklah berdebar-debar menunggu kan.

Itulah pengorbanan, kalau aku di sini pening dan stress dengan anak-anak tapi en suami di sana pun tengah "struggle" juga, kadang-kadang kena bangun awal pagi untuk ke lapangan terbang, nak kena bersiap untuk meeting lagi, nak sesuaikan diri dengan keadaan cuaca lagi. Pendek kata, bukannya en suami keluar suka-suka chill chill sahaja (eh kalau dia tipu pun Allah tahu). Jadi, kena memahami dan redha dengan ujian dari Allah ni. Selain itu, kena berdoa juga banyak-banyak moga Allah sentiasa melindungi en suami dan kami. Maklumlah, nak harapkan siapa lagi kalau bukan Allah kan? Jadi, itulah yang selalu aku amalkan bila berjauhan dengan suami. Yang peliknya, kalau en suami takde di sisi, susah sangat nak tidur dan sering terjaga malam, tapi kalau si dia ada, wah wah! mak yang terlelap dulu tau:P

Eh tak habis lagi luahan hati ni? Oklah, sebelum kalian semua termuntah atau naik menyampah dengan coretan aku ni. Baiklah aku berhenti dulu. Bagi sesiapa yang ingin mencari panduan untuk mula bekerja dari rumah, boleh singgah baca blog ini (www.zailamohamad.blogspot.com).

Sehingga bertemu kembali :)





4 comments:

Rizziela said...

tak per..anak2 penyeri dalam rumahtangga

Tihara said...

insha Allah, suami pergi dengan niat baik pasti semuanya baik2 belaka ya zaila :)

mummY daniSha said...

kakak manesss!!jom turunkan berat dengan sy yuk...without any ubat...jom...jom...try it first...trust meu can do it!hehehhee tibe2 je kan....

Zaila Mohamad said...

Rizziela,

betul tu, kalau takde diorang rasa sunyilah pula hidup ya

Tihara,

itulah, suami keluar bekerja kena redhakan aje. Semoga Allah lindunginya selalu

mummy Danisha

akak pregnant boleh ke nak ambil produk tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015