Monday, March 3, 2014

Nak Cantik Dengan SKII Facial Treatment Essence

Assalamualaikum,

Pagi ini aku nak bercerita tentang produk kecantikan sket. Akibat terpengaruh bila membaca entri ini (Dr. Halina's blog) aku sedikit sebanyak merasa tempiaslah juga apabila membaca apa yang ditulis oleh Dr. Halina tu. Ada benarnya kerana semakin kita menginjak dewasa (ehem ehem bukan tua ya) kulit muka dan seluruh tubuh badan pun akan mengalami perubahan juga. Tang bentuk badan toksah cerita lah, aku ni setiap kali lepas beranak sudah pasti lemak bertambah bertingket-tingket. Adoiii, sejak menjadi ibu kepada 4 anak ni tak dinafikan memang aku sudah tidak prihatin tentang kecantikan diri sendiri dah. Berbeza sangat di waktu bujang dahulu, sebut aje produk apa pasti semua aku pernah beli (walaupun pakai jarang-jarang sekali, HAHA)

Tapi satu hari di minggu yang lepas, (masa tu en suami "outstation") aku menggaru muka aku dan merasakan sesuatu yang kering seperti kulit menggelupas, terus aku pon tengok cermin muka yang pecah dua dan terkejut diriku apabila melihat kulit muka sendiri (selama ini jarang telek muka sendiri depan cermin sebab kalau mandi pun sekarang paling lama pun 10 minit aje di dalam tandas). Ternyata, muka aku kering dan menggelupas. Malu kat diri sendiri tau! Sekarang ini memang aku tak pakai apa-apa pun di muka, baik pelembab, pencuci apatah lagi nak skrub kulit muka buang segala daki yang ada kan. Haaaa, bila kulit muka dah jadi macam tu, mulalah kalut ribut kan?

Jadi aku pun terus whats app dekat en suami supaya membelikan SKII Facial Treatment Essence di Dubai. Manalah tahu kot-kot harga di sana lebih murah kan. Tapi aku pesan juga dekat en suami kalau harga mahal sangat tak payahlah beli. Alhamdulillah, en suami pun agaknya tak tahan tengok muka bini dia yang menggerutu ni jadi en suami pun belikan juga :) Terima kasih b! Insya Allah, aku akan pastikan terus memakainya sehingga habis. Setakat ini masih lagi konsisten memakainya dan walaupun bau nya agak kurang menyenangkan tapi lepas pakai tu memang kulit rasa best! Alah, yang macam dalam iklan tu, terus rasa lembab dan tegang! HAHA Habislah korang kutuk aku lepas ni :P

Selain dari mengamalkan SKII ini, aku juga berazam untuk lebih mendisiplinkan diri dalam memakan vitamin (makanan tambahan) dan dan amalkan pemakanan sunnah di rumah. Sekarang pun banyak makan kekacang, kurma dan minum air masak banyak-banyak. Susu macam tak boleh terima lagi tapi insya Allah daku mahu amalkan meminum susu kambing kerana khabarnya dengan mengamalkan susu kambing semasa hamil boleh mengelakkan bayi dari terkena jaundice. Jadi, apa salahnya kita mencuba kan? Setakat yang aku tengok, siapa-siapa yang mengamalkan susu kambing, memang bayi mereka tak kena jaundice (kuning) semasa dalam pantang.

Tak dinafikan menjadi surirumah memang membuatkan aku kurang menjaga kecantikan muka. Maklumlah, sekarang ini jarang sangat tepek bedak di muka. Kadang-kadang tidurdalam keadaan muka tak dicuci (maksud aku tak basuh muka dengan pencuci muka, letak toner kemudian pelembab). Tidur pula dalam bilik berhawa dingin, manalah muka tak jadi kering kan? Jadi sebelum en suami komplen baiklah kita jaga kecantikan muka luaran dan dalaman juga. Semuanya untuk suami juga kan :)

Oklah, nanti aku bagi testimoni selepas menggunakan produk ini selama 2 minggu. Nak juga tengok hasilnya kan?

Laluan iklan :


bagi yang mahu menempah, boleh beli di sini

Borang tempahan

Bagi sesiapa yang ingin beriklan di sini, sila email ke zailamohamad@yahoo.com atau sms ke 012-3228651.

Terima kasih



2 comments:

lovelywa said...

wahh terus pkai produk mahal ye..tp oklah klau ade yg sponsor..heheh..yup kekdg kita ni jenis amik mudah je kan..wpun duk duduk umah tp takmo tepek apa2 kat muka..padahal area muka mmg perlukan sumting utk kesihatan kulit..luaran n dalaman misti kene jaga..pasni konfem meletop ye..

Bada Ariff said...

bab mandi xsampai 10mnt kembali pd ku. telek muka lg la xsempat...ada krim muka, rania je pun..ank tlg sapu kt dinding bilik...

hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015