Tuesday, April 29, 2014

Perangai Anak-Anak

Assalamualaikum,

Wah! Banyak hari juga tidak "update" blog ni. Maklumlah, sekarang anak bongsu aku tidak sihat, jadi segala aktiviti memang sangat-sangat terbantut. Semalam pula separuh hari ke klinik, sambil intai baby no 5 sambil-sambil bawa Azzam jumpa doktor. Agaknya sekarang musim tak sihat, dengan cuaca yang sekejap panas sekejap hujan, Azzam pun dilanda batuk dan semalam doktor suruh ambil gas nebulizer bagi mencairkan kahaknya. Kesian Azzam, tidur malam pun asyik merengek aje. Hu hu hu Doakan ya semoga anak syurga ini cepat sembuh. TQ

Alhamdulillah, walaupun anak-anak sakit dan buat perangai, tapi rezeki di hujung bulan ini semakin menjadi-jadi. Memang tak menang tangan aku untuk melayan segala permintaan pelanggan dan ejen jualan yang sudah mula aktif menjual pes nasi arab tu. Betul bak kata sifu aku, bila kita mahukan wang yang banyak, Allah akan beri beserta dengan amanah. Iya, amanah aku sekarang aalah dengan membimbing mereka (pelajar aku & ejen-ejen jualan) untuk mendapatkan seberapa banyak pendapatan daripada blog & fanpage. Semoga dipermudahkan segalanya. Memang niat aku kalau boleh mahu semua ibu-ibu bekerja dari rumah sahaja untuk bersama dengan anak-anak.

Anak-anak melalui zaman kecil hanya sekali sahaja. Jadi, tak rasa rugi ke kalau kita dah habiskan masa mereka dengan menghantar mereka kepada orang lain sahaja? Hermmm, mungkin ada yang akan cakap bagi suami yang mampu menyara keluarga bolehlah nak bagi isteri berhenti kerja kan? Agaknya betul juga, tapi aku tengok masih ada ramai juga suami yang mampu tapi isteri yang tak mahu dengan alasan mahu mencari duit sendiri. Sebenarnya ia adalah berdasarkan pilihan masing-masing. Ada orang mempunyai ijazah tapi memang tak nak bekerja sebab nak jaga anak, ada orang walau gaji sedikit tapi tetap tak nak berhenti sebab tak nak jaga anak sendiri. Apa-apa pun, itu semua pilihan masing-masing.

Oklah, nak cerita pasal anak-anak aku pula, memang panjang akal belaka. Kalau tak bagi mama naik angin bukan nama anak-anak aku dah agaknya! Semalam Ashraf rosakkan mesin sealer aku, memang menyirap juga darah masa tengok tu. Maklumlah kita baru lepas solat tengok-tengok plug mesin tu patah terus dikerjakan Ashraf. Masa tu Haziq & Husna sedang mengaji muqaddam. Memang mencabar keimanan sungguh! Tak dinafikan mula-mula memang aku marah, siap pukul juga dia tapi lepas dia menangis datang peluk aku cakap "Ashaf minta maaf" Memang naluri seorang ibu terus cair. Ashraf ni memang sellau macam tu, asal kena marah mesti akan cepat-cepat datang minta maaf tapi lepas tu ulang alik kesalahan yang sama.

Sabar jelah..


Budak yang panjang akal, bijak dan banyak mulut. Siapa lagi nak puji anak sendiri jika bukan ibunya kan?

Azzam pula sekarang dah umur setahun 4 bulan. Walaupun dah boleh berjalan dua tiga langkah, tapi jenis tak nak berjalan. Laju aje merangkak. Kadang-kadang geram sebab dia suka masuk tempat-tempat yang kotor. Nanti tangan tu lepas pegang mainan main masuk mulut pula, memang susah nak kawal anak baya ni kan? Kalau meja SOHO aku ni, toksah cerita lah, mesti dia akan sepahkan. Habis semua barang dikeluarkannya T___T"


Kalau barang-barang niaga memang tak boleh letak di bawah. Tengoklah dalam gambar tu, habis kotak nasi arab tu dijadikan mainan dia. Agaknya besar nanti nak jadi orang bisnes macam mama juga lah tu!

Ok bercerita tentang Husna pun memang selalu buat aku naik darah. Terutamanya bab mengaji dan menghafal surah. Maklumlah, bulan 6 ni dia ada ujian kelayakan untuk masuk ke sekolah. Aku hanya daftarkan dia di sekolah Haziq sahaja, tak daftar pun sekolah lain jadi memang kena betul-betul pastikan yang dia WAJIB lulus ujian kelayakan tu. TAPI....entahlah, nak kena doa banyak-banyak ni. Kawan-kawan pun, tolong doakan sama ya semoga Husna diterima masuk sekolah tu


Husna ni cepat hilang fokus, kalau membaca sekejap aje dia boleh baca lepas tu mulalah mengantuklah, laparlah, nak minum air lah. Ok semalam aku ada terjumpa dengan seorang hamba Allah di klinik, beliau merupakans eorang pengusaha tadika, memang seorang yang ramah; antara tips yang dia bagi dekat aku adalah :

- Kena latih anak solat dengan meminta dia solat depan kita dan baca dengan kuat-kuat. Kadang jadikan mereka sebagai imam kita untuk latih mereka agar lebih yakin diri
- bila mengajar anak membaca, jangan bagi lebih dari 5 minit bagi setiap sesi kerana nanti anak-anak akan cepat bosan dan kita juga akan hilang sabar
- baca buku yang ada sukukata berwarna supaya anak-anak boleh membezakan antara suku kata
- sentiasa latih mereka membaca dan mengira walau di mana kita berada, selalunya di dalam kereta beliau banyak mengajar anak beliau membaca.
- gunakan buku iqra untuk bagi mereka cepat mengenal huruf
- bagi anak-anak yang dah melepasi buku 2 iqra' lagi senang unuk latih mereka membaca jawi

Anak hamba Allah ini satu sekolah dengan Haziq cuma anaknya perempuan darjah satu. Herm, bestnya kalau Husna pun dapat sekolah tu sebab senanglah ada Haziq untuk tengok-tengokkan dia (atau sebaliknya).


Husna kalau bagi kertas mesti akan melukis, kadang-kadang sampai pukul 1 pagi pun masih melukis juga

Aku tafsirkan lukisan di atas sebagai "home sweet home" di mana dalam rumah tu ada LOVE (kasih sayang), ada ais krim (haha ini tipu tapi kebelakangan ini dia memang suka buat ais krim sendiri; ala masukkan air milo dalam cawan kemudian letakkan sudu)


Haa kan ais krim je dia tahu makan :P

Ok lah, anak-anak memang penyeri hidup aku. Memang kadang-kadang aku tewas juga selalu marahkan mereka tapi kena banyak istighfarlah. Sekarang ni pun aku cuba untuk kawal mulut dan perkataan masa nak marah tu. Memang, cakap senang lah tapi cuba kena masa kita betul-betul marah?? Hu hu hu

Semoga anak-anak aku membesar dengan sihat. Ya Allah jadikan mereka; Amirul Haziq, Nur Ameera Husna, Ashraf Hariz dan Azzam Haneef sebagai anak-anak yang soleh & solehah. Aamin

Sehingga bertemu lagi.

1 comment:

~MommyAqilMedina~ said...

Semoga anak-anak akak membesar dengan sihat dan bijak..cepat sembuh ye sayang..Akak preggy lagi?Alhamdulillah rezeki... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015