Monday, May 19, 2014

Berkongsi Ilmu Walau Hanya Sedikit

Assalamualaikum,

Bersiaran lagi walaupun sekarang ini waktu untuk update blog cukup-cukup terhad. Alhamdulillah, sejak berada di rumah, tak pernah aku merasa bosan dengan rutin harian malah sekarang ini semakin menjadi-jadi sibuknya. Semuanya gara-gara mahu fokus dalam menambah pendapatan bulananku ;)

Tempahan nasi arab dan sambal kentang memang di luar jangkaan di mana setiap minggu aku berjaya menjual 50 kotak pes nasi arab dan 40 peket sambal kentang. Syukur, berkat bantuan ejen-ejen jualan di serata Malaysia, memang aku akui agak penat tetapi di sebalik kepenatan bersyukur juga dengan rezeki yang Allah berikan ini. Sebenarnya ini semua adalah amanah dari Allah juga untuk membimbing mereka yang mahu menjadi seperti aku iaitu dengan melepaskan kerjaya dan terus berada di rumah sambil melakukan apa yang kita suka.

Berceloteh di blog sememangnya menjadi satu hobi dan minat aku sejak dari dulu lagi. Zaman bermula sebagai blogger aku masih mentah dan hanya tumpukan kepada kehidupan aku sahaja. Tapi kini, nak kata cerdik tu tak adalah sangat tapi aku sudah sedar betapa pentingnya untuk berkongsikan ilmu dengan semua orang terutamanya yang memerlukan bantuan kita. Tak kisahlah walau semudah atau seringkas mana ilmu yang kita ada. Jangan sesekali membandingkan dengan orang lain tetapi teruskan dengan usaha dan kepercayaan yang ilmu yang kita bagi ini boleh menjadi syafaat kepada kita nanti apabila kita sudah meninggal nanti.

Macam biasalah, kalau aku ni sebagai seorang surirumah ilmu apalah sangat yang mahu dikongsikan selain dari menulis resepi-resepi mudah untuk mereka yang baru bergelar isteri atau surirumah mencubanya. Tak sangka pula resepi bihun goreng mudah tapi sedap mendapat tempat pertama carian yang paling tinggi di dalam blog ini pada minggu ini.


Resepi mudah je pun tapi yang mudah itulah yang orang suka kan:)

Terima kasih pada yang meninggalkan komen cakap dah cuba resepinya. Alhamdulillah, resepinya biasa-biasa sahaja tapi jangan diukur dari segi itu ya. Yang penting keikhlasan untuk menyediakannya kepada suami dan anak-anak :)


 Oklah, sehingga bertem lagi. Maaf sekarang ini agak sibuk. Insya Allah nak kena susun balik jadual harian supaya blog ini tidak akan terabai lagi.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015