Thursday, June 19, 2014

Majlis Pertunangan Mokla Di Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin kongsikan gambar-gambar sekitar majlis pertunangan adik bongsu en suami. Tarikhnya pada 8hb Jun yang lepas. Jadinya, semua adik-beradik mahupun ipar duai keluarga belah en suami bertandang ke Kuala Selangor (rumah Abang Sir abang ke-2) sejak hari Sabtu lagi. Kami anak-beranak sampai dalam selepas Asar kerana hari itu ada menghadiri kenduri akikah salah seorang kawan pejabat en suami.


Seronoknya bila berkumpul ramai-ramai. Rumah Abang Sir ini boleh dikatakan besar juga tapi masih tidak mampu menampung kesemua ahli keluarga en suami. Emak mertua dan kakak en suami yang berada di Kelantan juga datang untuk sama-sama memeriahkan majlis pertunangan adik bongsu mereka. Pendek kata semua adik beradik yang sebelas orang itu ada berkumpul di sini. Memang meriah dan Abang Sir telah menyewa sebuah lagi rumah di sebelah rumahnya untuk kami menumpang mandi dan bermalam di situ. Nasib baik ada juga rumah berdekatan, kalau tak haruslah kami tidur di hotel yang agak jauh sedikit dari kediaman Abang Sir.

Jom layan gambar dulu, susunan memang berterabur sedikit sebab aku malas nak masukkan ikut tertib masa gambar ini diambil. Yang penting, semua gambar cantik-cantik termasuklah tuan blog. Eh!


Gambar ini selepas rombongan dari pihak lelaki sudah tiba. Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran iaitu tepak sirih, buah-buahan, biskut dan manisan, telekung solat dan juga cincin pertunangan. Pihak perempuan juga membalas sebanyak 5 dulang iaitu kek, sepersalinan baju melayu s& songket, baju kemeja, coklat dan bush-buahan. Aku dulu tak pernah bertunang jadi tak memang tak tahu akan adat bertunang ini macamana. Kita layankan ajeeee


Gambar ini sebenarnya gambar candid tapi macam elok pula. Tema kami pada hari itu adalah warna ungu. Nasib baik aku ada jubah berwarna ungu yang dibeli di Vietnam 2 tahun lepas. Punyalah lama tak beli baju sendiri. Huhuhu :( Tudung main belasah aje asalkan ada warna ungu sikit-sikit, tapi dalam gambar ni nampak macam biru lah pula!


Dua orang hero kesayangan ini memang "happy" aje sepanjang berada di rumah Ayah Sir mereka. Ashraf memang manja dengan salah seorang adik ipar aku sampaikan malam tu dia nak tidur dengan Shikma (panggilan untuk Cik Ma) tapi yang tak tahannya pukul 3 pagi bangun melalak cari mama. "Mana mama kiteeeee" sebabnya aku dan en suami & anak-anak yang lain tidur di rumah yang satu lagi. Apalagi, pukul 3 pagi lah en suami pergi ambilnya di rumah Ayah Sir kerana orang lain di rumah itu tak tahu dah nak buat macamana sebab dia dok melalak kat situ. Haiii Asyraf Asyraf...Nampak aje tak sayang mama tapi malam-malam mesti nak tidur dengan mama juga ya:)


Inilah wajah tunang Mokla, namanya Fazri. Hensem kan? Sesuailah dengan adik ipar aku yang manja tu :P


Sebelah kiri adalah mak angkat Asyraf (Shikma), mak buyong, tuan rumah (Kak Mar) dan mak mertua. Semua happy je dalam gambar ni kan?


Buat Mokla & pasangan, selamat bertunang dan semoga dipermudahkan segala urusan untuk membina sebuah masjid nanti. Dalam tempoh pertunangan ini memang orang cakap macam-macam dugaan yang akan ditempuhi. Yang penting jangan simpan seorang diri, jika ada masalah silalah bagitahu abang-abang dan kakak-kakak semua (termasuklah ipar duai biras beras) He he he


Lagi gambar ahli keluarga en suami; mak mertua, kakak ipar (Kak Yah), Mokra (yang baru berkahwin cuti sekolah bulan 3 yang lepas), kakak no 3 en suami (Kak Num) dan kakak no 4 (Kak Ani). Kak Num ini datang jauh dari Kelantan juga, nasib baiklah cuti sekolah jadi sambil-sambil tu bolehlah jengah adik-beradik yang lain di sini.


Menu hari itu semuanya disediakan secara bergotong-royong oleh kami anak-beranak tapi sudah tentulah kepala chef (masterchef) adalah mak mertua. Setiap adik beradik mempunyai tugasan masing-masing. Kalau yang perempuan sudah tentulah menyediakan lauk-pauk manakala lelaki kena sediakan tempat makan, kebersihan dan menyusun atur kediaman Ayah Sir supaya tetamu selesa untuk bertandang. Salah satu sebab kenapa lokasi ini diadakan di Kuala Selangor adalah kerana faktor keluasan rumah dan keselesaan untuk tetamu juga. Kalau nak buat di rumah aku, mesti nanti tetamu kepanasan dan berlaga siku sebab ruang yang sempit. Nak-nak musim panas ni, ada yang make up cair nanti :P


Budak Azzam ni masih takut-takut untuk berjalan. Nasib baiklah ada abang dan kakak sepupu yang dah besar suka melayan dia berdukung. Jangan haraplah mama nak kelek dia 24 jam. Lenguh tangan ni sebab Azzam ni nampak aje kurus tapi boleh tahan beratnya!


Teringin nak tempah langsir baru tahun ni tapi masa nak raya aku dok sibuk kelek baby baru. Acaner tu??


Cantik kan pelamin tunang ni? Kalau nak tahu pasal harga boleh rujuk blog adik ipar aku di sini :
http://nazilaismail.blogspot.com/


Gambar kanak-kanak riang penyeri suasana. Semua ni hampir sebaya aje. Geram betul dengan Ashraf sorang ni


Ini Ashraf dan sepupunya Wawan yang beza hanya beberapa hari sahaja. Kalau kira Wawan bersalin hari Jumaat dan Ashraf menyusul hari Rabu selepas itu. Tapi kenapa Ashraf lebih tinggi dari Wawan ya??


Gambar kesukaan aku. Sudah tentulah wajah-wajah kesayangan hamba tapi sayanglah takde pula terlintas mahu ambil gambar sekeluarga berada depan pelamin ni. Inipun punyalah susah nak himpunkan anak-anak. Husna pula entah ke mana dengan sepupunya yang dipanggil "Adik Aisyah". Nampak sangat mahukan adik perempuan :)


Pada malam sebelum majlis, sudah tentulah kaum Hawa sibuk menyediakan dulang hantaran. Aku tengok sahaja sebab memang tak ada bakat langsung dalam menghias ni. Kalau berniaga ambo buleh :P

Par (dulang hantaran) tu kepunyaan aku. Memang beli dulu konon-konon nak buat bisnes sewa dulang hantaran tapi yang rasminya adik ipar aku dulu. Tak mengapa. Bagi sesiapa yang mahu sewa dulang hantaran (mak mertua aku panggil anak kasa) ni boleh PM aku atau wasap di 012-970 6828.
Ada 3 biji saiz sederhana & 3 biji saiz besar (dalam gambar di atas adalah saiz sederhana)


Ini pula tukang rasmi bantal orang bertuang. Amboi..bukan main ya nak duduk atas tu


Tema biru dan pink. Lawa je kan?

Oklah, sehingga bertemu lagi. Nantikan kisah nasi arab pula :)

Iklan sat :


Dapatkan stok bilis bercili sebagai stok untuk bersahur nanti.

Harga : RM8 untuk 100gm
Kos pos : RM7 untuk pembelian 100-500gm

Berminat? Sila isikan borang TEMPAHAN atau Whats App ke 012-970 6828

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015