Monday, August 18, 2014

Prolong Jaundice

Assalamualaikum,

Tahun ini kami banyak kali juga diuji dengan pelbagai dugaan. Tapi dalam setiap ujian itu ada hikmahnya, takde lah seteruk mereka yang berada di Palestin. Jadi setiapkali aku rasa agak sedih, kena istighfar dan ingat Allah selalu. Sejak bersalin bertalu-talu dugaan datang, dengan Aaliyah kuning, balik kampung sebelum raya duit kena curi, anak-anak sakit mata dan sekarang Aaliyah pula kena prolong jaundice.

Tapi ni kisah 2 minggu lepas apabila aku bawa si kecil tu ambil darah di Klinik Botanik. Nampak gaya walaupun dah sebulan bacaan masih lagi dalam 200 lebih jadi doktor telah bagi surat untuk dirujuk ke hospital. Kami ke HTAR Klang untuk pemeriksaan lanjut. Merasa lah si Aaliyah ambil darah 2 kali hari tu, sekali di klinik Taman Botanik dan sekali di hospital. Sampel air kencing juga diambil sama. Kami diberitahu jika keputusan makmal keluar dan bacaan tidak elok nanti pihak hospital akan telefon dan Aaliyah akan dimasukkan ke wad tapi syukur sehingga ke hari ini tiada panggilan dari pihak hospital. Maksudnya keputusan bacaan kuning masih terkawal dan kami perlu hadir ke sesi temujanji pada minggu ini sekali lagi untuk pemeriksaan lanjut.

Rupa-rupanya bukan Aaliyah sahaja yang terkena prolong jaundice tapi ramai lagi anak-anak kawan aku yang lahir dan disahkan prolong jaundice. Memang kuning dan bayi tidak boleh dielakkan lagi cuma bacaan aje yang membezakan. Kalau tingggi sangat bayi akan diberikan rawatan secepat mungkin iaitu diletakkan di bawah pancaran sinaran lampu. Baru aku tahu rupa-rupanya setengah hospital / klinik ada menyediakan servis membuat rawatan di rumah. Jadi, bayi dan ibu tidak perlu lagi tinggal di hospital untuk mendapatkan rawatan.


Aaliyah sudah melepasi 44 hari dah. Haritu masa pergi check up sebulan di klinik, berat badan Aaliyah sudah naik ke 4kg. Naik sekilo setengah dalam masa sebulan. Memang kuat menyusu badan sampaikan aku asyik lapar sahaja. (alasan kenapa masih belum kurus)


Mata bulat pipi tembam. Alhamdulillah Aaliyah macam kakak Husna juga jenis tidak berjaga malam. Kalau menangis pun sekejap sahaja sebab nak susu kemudian sambung tidur sampai pagi. Kalau waktu siang pula selalu juga berjaga sampaikan mama nak buat kerja pun tak boleh T_____T"


Kakak Husna dan abang Haziq memang rajin pegang Aaliyah. Sampai bergaduh pun ada sebab nak jaga adik baby punya pasal. Kalau nanti bila Aaliyah dah besar, korang malas nak jaga siaplah korang!

Bagi ibu-ibu yang diuji dengan anak kena jaundice, pertama sekali kena sentiasa berfikiran positif dan bersabar jika perlu ulang-alik ke klinik mengambil darah untuk melihat kadar kuning baby. Boleh amalkan petua-petua yang diberi tapi bagi aku petua yang terbaik adalah kerap menyusukan bayi. Kalau boleh ibu sendiri kena makan dan amalkan memakan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. Jangan amalkan jamu lagi kerana ramuan jamu boleh membuatkan baby panas dan bacaan menjadi semakin tinggi.

Oklah, nak tulis banyak lagi tapi Aaliyah sudah sedar. Bye

3 comments:

haryati dulbahri said...

Moga cepat sembuh bby Aaliyah. Mama zaila pun kna sabar & tabah ya!
Kak Zaila, ank sy yg 2nd dulu pn prolong jaundice. siap ada tirod lg.alhamdulillah, lps 51 hari usia dia br resolved. Setuju kak,sy dlu pn kerapkan bg susu ibu, so biar dia kuarkn kuning tu bla bby buang air besar.
tp kan ada jg pakar yg suggest stop susuibu skjp & bg susu fm. apa2 pn kna dptkn advice paed bby aaliyah dlu :-)

MG schmidt said...

alaaaa...comel!
jemur pagi2 :)

Nurhayati said...

Anakku yg kena kuning aliah n ariq, tp 2-2 tu buat phototherapy kt umah je. Senangkan xperlu admit bagai. Moga aaliyah cepat sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015