Wednesday, August 20, 2014

Rumah Terbuka Paling Best

Assalamualaikum,

Masih lagi mood hari raya. Kali ini mari kita cerita sambutan hari raya anjuran kompeni tempat en suami cari makan merangkap bekas majikan aku dulu (nak juga bagitahu tu). Kali ini sambutan dibuat di Hotel De Palma, Shah Alam pada sabtu lepas. En suami bagitahu acara bermula pukul 12 tengahari sampai petang. Aku ingatkan hanya pergi makan-makan sahaja tapi rupa-rupanya ada banyak acara yang telah disediakan dan kami kena tunggu di sana dari awal sampai habis program. Patutlah masa awal-awal tu aku nampak kids play gym (yang tempat mainan besar tu) ada di luar hotel, dalam hati cakap "anak siapalah buat majlis birthday party di hotel ni?" HAHA Rupa-rupanya itu adalah untuk anak-anak pekerja yang datang pada hari itu. Yang bagusnya siap boleh mandi kolam lagi :) Kalau aku tahu awal-awal tentatif program, mesti aku bawa baju mandi anak-anak siap-siap tapi maklumlah aku dah tak kerja di situ lagi jadinya hanya mengharapkan en suami yang bagi maklumat (dan selalunya maklumat akan sampai hanya 50% kerana faham-faham jelah orang laki ni dia hanya pentingkan kerja sahaja)

Menu hari itu toksah cerita lah; memang banyak sangat-sangat! Dan yang paling sedihnya aku hanya makan 2 menu berat sahaja. Huwaaaaa!! Rasa nak ulang masa lagi sebab nak rasa semua makanan boleh?? Ok antara menu yang disediakan hari itu adalah nasi tomato, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam, spaghetti (bolognaise dan karbonara), kue teow dan mee goreng, aneka seleksi yong tau fu, rojak buah, roti john, rendang, ketupat, pisang goreng, cempedak goreng, keropok goreng, cucur, ais krim dan paling best adalah kambig bakar you!! Dengarnya lebih dari 5 ekor kambing disediakan pada hari itu :))

Jom layan gambar, sambil makan kami dihidang dengan persembahan dari kumpulan apa ntah. Lepas tu ada Ramli Sarip buat persembahan. Aku ada rekod guna Instagram video tapi tak reti nak masuk dalam ni. HAHA


Susah betul sekarang ni kalau nak ambil gambar satu famili. Maklumlah kanak-kanak riang ni aktif sangat, berlari ke sana ke sini. Alhamdulillah dapat juga tangkap mereka dan terimalah gambar raya kami :) Oh! sebelah kiri adalah Mr Ameng, kawan en suami dari Singapura. Baik orangnya, dia lah yang pertama sekali bagi hadiah buat baby Aaliyah :) Dia siap cakap nanti nak tunjuk gambar ni dekat isteri dia di Singapura. Ehem ehem en suami, apa kata tahun ini kita jalan-jalan ke Kota Singa melawat Ameng? :P


Ashraf dan Husna bergambar dengan maskot Garfield. Mula-mula macam malu tapi bila dah lama ok sket


Ada juga belon untuk anak-anak, apa lagi menjadi kegilaan budak-budak ini lah!


Ashraf ni sebenarnya takutkan maskot ni, bukan setakat maskot badut pon dia takut


Jumpa badut ni dekat parking, sebab itu aku ingat ada majlis birthday party juga, rupa-rupanya badut ni nak datang ke majlis jamuan raya untuk layan budak-budak


Kami antara tetamu yang datang paling awal, jadi sempatlah ambil gambar dulu, macam biasalah anak-anak akan jadi mangsa mama :)


Aaliyah tidur aje dalam stroller, memang sedar 2 kali aje untuk menyusu lepas tu sambung tidur walaupun kat luar bising macam apa, dia rilek aje tidur dalam tu :)


Husna memang rajin melayan mama kalau disuruh berposing


Hidangan kuih-muih dan kek memang aku tak sempat rasa pun.Alahai, bestnya kalau haritu perut macam stokin :P


Azzam kalau dapat belon sengih-sengihlah dia


2 orang budak kena paksa bergambar depan tempat juadah (padahal mama dia nak ambil gambar antara menu yang ada hari tu)


Berebut-rebut kanak-kanak dan orang dewasa nak ambil belon dan bergambar dengan badut


Ashraf Hariz yang aktif :)


Ashraf dan Husna (lagi kena paksa ambil gambar)


Kamceng nampak! Kami ni duduk sebelah pintu masuk jadi memang strategik sangat tempatnya. Senang nak ambil makanan dan tempat belon diletakkan


Gambar paling mahal ni ; dato' dan datin pada majlis jamuan hari raya. HAHAHA *sila jangan muntah yaa*


Kesian pakcik Garfield ni, mesti panas pakai maskot ni kan?


Bukti Aaliyah syok tidur, sejuk-sejuk memanglah syok!


Gambar anak bujang, masa ni nampak macam dah nak semput. Malam tu balik dari majlis merasa lah ulang alik ke klinik ambil nebulizer. Patutlah sakit sebab dia terlampau aktif sangat!

 
Bersama-sama bekas teman sekerja dulu. Sekarang ni dah ramai wajah-wajah baru jadi tak reti sangat nak bergaul mesra macam dulu


Antara geng sarapan aku waktu masih bekerja, sekarang ni geng sarapan dah takde lagi. sob sob sob
Nak makan sarapan pun kadang-kadang tak sempat T___T"


Husna again!


Masa ini tengah tunggu cabutan bertuah. Alahai kami ni tak bertuah mana, kalau tak mesti dah bawa balik LED TV


Comel tak topi Aaliyah, semangat mama dia belikan untuk anak dara :)


Menu utama yang menjadi perhatian. 


BUdak-budak dok ulang ambil aiskrim, Azzam aje dah 3 kali makan T___T"


Belon-belon yang terlepas, eh besar juga dewan hotel ni, memang sesuai sangatlah untuk majlis macam ni


Masa ni bekas majikan tengah berucap


Bersama dengan salah seorang kakak senior tapi muka akak ni awet muda je kan? (ayat bodek ni)


Motif : nak bagitahu tahun ni takde kasut raya, pakai aje selipar yang dibeli di Hadnyai tahun lepas.

Oklah, itu sahaja gambarnya. Memang best sangat-sangat majlis macam ni, selain dari makan-makan dapat pula jumpa bekas kawan-kawan sekerja dulu. Semoga tahun depan ada lagi :))

Sekarang ni nak menulis panjang-panjang pun takde idea dah, ini pun berkali-kali berhenti sebab Aaliyah nangis. Tata!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015