Wednesday, October 15, 2014

Resepi Air Asam Daging Sedap


Assalamualaikum,

Lama tak kongsi resepi kan? Biasalah kalau resepi aku ni banyak yang ikut tekak dan selera aku je. Lepas itu versi kena cepat dan mudah sebab aku ni bukan ada banyak masa untuk menyiapkan semua bahan. Nak masak pun kena cepat sebab nanti adalah baby yang melalak kerana tak mahu berpisah dengan mama nya. He he

Hari tu terpandang resepi dari Dr Harlina Halizah (google lah facebooknya) dan terus-terus rasa nak makan. Kebetulan daging korban pun masih ada lagi jadi terus buat sementara masih bersemangat.

Bahan-bahan :

- daging dihiris nipis dan direbus
- 1 biji bawang merah dipotong dadu
- 1 biji tomato
- 1 biji cili besar (dipotong nipis-nipis)
- 5 biji cili padi (dipotong nipis-nipis)
- sedikit belacan dibakar
- garam & gula sebagai perasa
- sedikit air perahan limau nipis
- ikutkan resepi Dr. Harlina gunakan daun kesum tapi biasalah rumah aku mana ada daun-daun eksotik macam ni jadi tak payah bubuh :P

Cara buat :

-campurkan semua bahan dan gaulkan dengan rata. Lepas itu rasa dan tambah mana yang kurang. Aku masukkan juga air rebusan daging supaya lebih terasa air daging tu. Sedapnya ratah macam tu aje tapi lepas tu seminggu tak boleh makan daging sebab sakit gusi. Ha ha ha (nampak sangat dah tua kan? hu hu hu)

Oklah jangan lupa mencubanya!

Bagi sesiapa yang nak tahu bagaimana aku boleh "keluar" majalah SDK, boleh baca di sini :

Pada penghujung bulan September 2014 saya di sapa oleh Pn Nettty di dalam facebook bertanyakan tentang mahukah kiranya kisah saya berniaga semasa hamil disiarkan di dalam ruangan kelolaan beliau iaitu di majalah Sri Dewi & Keluarga. Sudah tentu lah mahu bukan? Bukan selalu kita boleh tengok muka kita di dalam majalah kan? Terus saya menyatakan setuju dan menghantar pengalaman ragam hamil saya kepada puan Netty. Alhamdulillah, kisah saya sudah pun keluar di dalam majalah SDK edisi November di mana Irma Hasmie dan keluarga menjadi penghias muka depan majalah tersebut.

baca selanjutnya di sini (<

2 comments:

Tihara said...

wahh sedapnya daging bakar cecah air asam :)

MASNI MAHI said...

nampak sedap je, nanti nak cuba la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015