Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 20 Januari 2015

Mudahnya Memasak Guna Periuk Noxxa

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog ya? Ada yang rindukan kak jemah tak? Hermmm, biasa lah apabila anak-anak sudah mula bersekolah, maka rutin harian bertambahlah sibuk. Walaupun sudah ada pembantu, tapi kebanyakan kerja berkaitan dengan anak-anak aku yang akan lakukan sendiri. Tahun ini azam tahun baru nak bagi lebih perhatian kepada pelajaran anak-anak. Jadinya, sempatlah malam-malam tu sebelum Haziq & Husna tidur, aku luangkan masa menyusun buku-buku untuk hari persekolahan mereka. Tak sempat lagi nak aplikasikan sistem stiker berwarna tu. Jadinya, memang setiap malam aku akan duduk bersama Haziq & Husna melihat jadual (lebih kepada untuk mengajar Husna sebenarnya sebab Haziq dah biasa dah susun buku mengikut jadual).

Oklah, mak jemah nak bagitahu (sebenarnya nak menunjuk) yang aku dah beli periuk tekanan tinggi (bahasa omputihnya pressure cooker) dah. Memang sudah lama mencari-cari sejak nak makan sup tulang terpaksa reneh dari pagi sampai ke petang guna dapur gas. Jadinya, kebetulan hari itu ada seorang kenalan di facebook (geng ABDR juga) mengajak aku bermain kutu bersama kumpulannya! Eh, bukan kutu kat kepala ya ;P

Akhirnya barang yang dipesan sudah tiba, siap percuma 2 bekas kaserol kaca lagi! Siapa tak suka kan? Hari ini dapat, esok tu aku terus guna. Tak baca pun manual yang ada tapi banyak baca resepi dan perkongsian dalam group di Whats App & facebook. Mak aih, mudah bebenorlah dengan bantuan alat ni macam-macam boleh buat you! Mak jemah rasa gembira sangat :)


Rupa-rupanya memang ramai dah teman-teman di facebook yang sudah memiliki periuk Noxxa ni. Kata mereka memang bestlah sebab cepat memasak dan menjimatkan masa. Setakat ini, macam-macam aku dah masak menggunakan mod stim, goreng, tekanan tinggi dan panaskan. Pendek kata, semua masakan menjadilah! Oh kecuali ada satu hari aku buat kek tak jadi. Bukan salahkan periuk ni tapi salahkan diri pergi menderhaka dekat resepi tu siapa suruh. Sudahlah aku ni si amatur lagi, merasalah nak buat kek tapi dah jadi bingka ke apa, bantat semacam dah kek ambo tu. Tapi yang penting anak-anak suka. Maklumlah mereka masih jakun lagi sebab mama keluarkan gadget memasak kek. Bukan selalu mama mereka dirasuk angin RAJIN :P

Semalam (hari Ahad) sempena hari jadi en suami yang ke dot dot dot, aku pun dengan rajin diri mempelawa adik beradik en suami datang rumah. Nak ngetes periuk ajaiblah kan. Alhamdulillah, memang membantu cepatkan masa memasak dan sangat-sangat mudah untuk menggunakannya! Tapi bab rasa masakan tu memanglah tak berapa nak sedap sebab aku ni bukan pandai masak pun. HA HA HA


Rendang ayam ni aku gunakan mod TEKANAN TINGGI. Tapi mula-mula tu tumislah segala bahan yang diperlukan sampai naik minyak, kemudian masukkan santan, garam & gula dan tekan HP selama 8 minit. Selepas itu, wallah! Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Tapi kalau ada air tu biarkan dalam mod FRY lagi sambil kacau selalu. Nnati kang hangit pula


Hari Sabtu balik dari shopping mall terus buatkan ayam golek ala Kenny Rogers ni. Tak sempat nak perap lama-lama pun sebab masa tu anak-anak dah lapar, jadinya terus campak-campak sahaja dan guna mod HP selama 30 minit. Dah siap tu tengok ayam dah empuk dan banyak juga air yang keluar dari ayam. Aku gunakan kuah tersebut untuk buat gravy.

Mana nak cukup seekor ayam ni. Hu hu hu Tapi yang penting cepat dan mudah! Kalau masa 30 minit nak bakar 3 ekor pun boleh tau! Kalau mahukan kulit yang garing setkan mod FRY sekejap. Oh! Jangan lupa sumbatkan mentega (butter) ke dalam kulit ayam. Sudahlah ayam jadi wangi, sedap pula tu. Nyamssss


Semalam masak kuah mee kari pun guna periuk Noxxa. Jangan minta resepi ya sebab aku main campak-campak aje apa yang ada 


Dengan bantuan Aini (personal asisstant ambo sekarang ini), mudah sahaja nak masak. Mula-mula aku masak pulut kuning guna mod HP selama 5 minit (kalau tak silaplah sebab lupa). Lepas tu masak rendang dan kemudian masak kuah mee kari. Alhamdulillah boleh siapkan semua sebelum pukul 12 tengahari lagi. Sekarang ni, tengah angin rajin guna periuk Noxxa. Sampaikan nugget anak-anak pun goreng dalam tu :P Sekejap sahaja dan yang penting tak perlu gunakan banyak minyak. Lebih kurang konsep air fryer tu lah. Apa-apa pun, bagi seorang ibu yang sibuk (cewah! cakap je malas) memang sangat-sangat memerlukan gadget sebegini untuk menjimatkan masa memasak. Sekurang-kurangnya kita dapat menumpukan kepada perkara lain pula. Kan?

Oklah, harap-harap semangat untuk memasak akan kekal lama lah kan. Dan janganlah bil eletrik rumah kami melambung naik bulan depan. HA HA HA

Sehingga berjumpa lagi.

Iklan sat : Pada sesiapa yang ingin meletakkan iklan di blog ini boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
SMS / WA : 012-970 6828

Tata!

1 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Tak sabar nak tunggu piuk noxxa aku ni babe. Main kutu jer. Tapi best lah dapat free gift.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^