Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 9 Februari 2015

Berangan Itu Percuma

Assalamualaikum,

Hari Isnin yang lemau, nasib baik aku dah isytiharkan hari Isnin adalah hari cuti separuh hari bagi "kompeni" aku tauuu. He he he Jangan jeles ya, even kami sang surirumah yang bekerja dari rumah pun rasa macam malas yang amat untuk masuk office AKA dapur!

Jadi berlakulah sesi berangan di siang hari dan melayan TV. Gambar ini diulang tayang semula, pada sesiapa kawan-kawan aku di facebook mesti sudah nampak gambar-gambar ini. Entahlah tiba-tiba rasa macam nak rumah jenis "farm house" macam ini, nak laman yang luas, pastu ada lembu tengah makan rumput kat depan rumah (tapi sudah tentu tak nak bau tahu lembu masuk sekali dengan pakej ini). Nampaknya, kena balik buat rumah di kampung lah kan, tanah sendiri nak buat rumah besar mana pun (kaaaaaalaulah mampu) orang tak marah :P

Welllllll, berangan adalah percuma. Ini kes banyak sangat tengok siri hias rumah dan masakan dalam Astro lah ni, mula berangan nak ada rumah ala-ala kedesaan macam ni. Kalau zamans ekarang rumah kayu adalah rumah orang kaya memandangkan harga kayu yang mahal kan?







Oklah, nak sambung berangan lagi. Taaataaaaaa :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^