Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Jumaat, 6 Februari 2015
Pureen Stok Clearance
Lama tak kongsikan jualan gudang ya. Yang ini dekat sahaja dengan rumah aku ni tapi tak tahu lah rajin ke tak nak pergi. Kalau pergi pun rasanya tak ada apa dah nak dibeli. Sejak anak-anak dah ramai dan besar ni, rasa aku lebih suka cara "koboi" aje. Kalau bersiap pun kadang ada bedak kadang takde. Tak kisah! Ha ha ha
Bukan apa, sakit hati bila beli bedak pantang dapat dekat "Upin Ipin" aka Ashraf & Azzam tu maknanya mandi salji lah bilik kami. Jadinya, baik haramkan penggunaan bedak di rumah ini sahaja :P Kasihan Aaliyah, menajdi mangsa keadaan ;P
Oklah pada yang mahu pergi, eloklah pergi awal-awal tatkala mood anak masih baik. Pastikan bagi suami makan kenyang-kenyang dahulu demi mengelakkan sebuah pergaduhan berlaku. Eh! Bercakap dari pengalaman nampak!
Tata!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan