Petang semalam aku masak makaroni keju menggunakan serbuk keju Cheeza's. Dulu pernah rasa kakak ipar buat kentang wedges dan cicah sos keju. Wallah! Sedap weh. Jadinya semalam nak cepat (sebab Ashraf dah bising lapar, lapar) maka terjadilah makaroni Cheeza's versi Mek La
Bahan-bahan :
- makaroni yang telah direbus
- bawang besar yang dipotong dadu
- isi ayam (aku guna daging ayam cincang)
- serbuk keju Cheeza's (ikut suka)
Cara-caranya :
- tumiskan bawang dan masukkan daging ayam
- kemudian masukkan makaroni dan tuangkan kuah keju ke dalam tu
- kalau nak berair dan pekat, jangan lupa gunakan air rebusan makaroni tadi
- siap untuk dihidangkan pada kanak-kanak riang
- tak payah nak masukkan garam sebab serbuk keju ni dah masin (ikut lidah aku rasanya dah masin)
Mudah bukan? Jadi apa lagi, kalau nak order boleh order melalui aku yaaa. Harga seperti di bawah :
200gm RM15
kos pos untuk 500gm ke bawah adalah RM6
Kalau nak jimat beli 2 peket sekali pos. Kalau nak COD boleh hubungi 012-970 6828 untuk pertanyaan (Whats App sahaja)
Petang semalam juga aku buat wedges, ubi kentang Russel tu aku rebus sekejap kemudian belah kecil-kecil. Lepas tu celupkan dalam tepung goreng serbaguna dan goreng guna periuk Noxxa (sebab nak jimat minyak dan pastikan kentang masak sepenuhnya). Pastu cicah keju tu. Wallaweeh rasa macam wedges KFC sebijik!
Eh rasa bersalah pula makan keju banyak! Tak sihat kan? Ok hari ini kita kembali ke pangkal jalan ;
Selamat mencuba. Bye!
1 ulasan:
Simple jer resipi yerp. Kentang russel ada kat umah tu. Boleh lah buat ☺
Catat Ulasan