Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 18 Februari 2015

Resepi Shawarma Menggunakan Tortilla

Assalamualaikum,

Kalau pembaca setia blog aku ni mesti tahu yang aku suka gunakan wraps dalam menu malas mudah aku. Bukan apa, aku ni seorang yang #bolehtahanpemalas juga orangnya. Nak buat tortilla sendiri memang tak lah kan, yang pasti aku suka beli tortilla wraps jenama Missions di Econsave. Sangat sedap dan memang mudah untuk menyediakan menu makan malam atau kudap-kudapan anak-anak :)

Kali ini aku nak kongsikan resepi shawarma menu popular di kedai nasi arab tu tapi resepi aku ini sudah pasti lah yang tak cukup bahan dan serba ringkas dan banyak ubahsuai aje. Nak ikut sudah tak nak ikut pun takpe, asalkan jangan mengutuk sudah :P

Bahan-bahan :

- isi ayam (atau boleh gantikan dengan daging kambing yang dihiris nipis)
- garam & lada hitam sebagai perasa
- lada benggala (potong dadu)
- cendawan butang (potong dadu)
- minyak zaitun untuk menggoreng tapi aku gunakan marjerin
- tortilla wraps jenama Missions (perisa bawang putih)
- salad,
- mayonis, sos cili

Cara-cara :

- panaskan kuali dan masukkan minyak, ayam kemudian perisakan dengan garam & lada hitam
- masukkan lada benggala dan cendawan. Ketepikan semua bahan apabila dah siap
- Buka wraps dan letakkan atas pinggan. Kemudian letakkan salad kemudian letakkan isi ayam ke atas salad tersebut
- Letakkan sos cili dan mayonis secukup rasa. Masa ni kalau nak letak keju parut pun boleh. Resepi kita ikut suka lah nak letak apa :P
- Gulungkan dan potong macam gambar di bawah. Kalau di restoran nasi arab mereka tak potong tapi gulung dan lipat hujung. Boleh juga dibuat macam tu. Yang penting sedap :)




Yang dalam gambar ni aku gunakan telur dadar. Yang buat guna isi ayam takde gambarlah pula. Silalah cuba buat. Sedap dan mengenyangkan :)

Untuk resepi lain melibatkan tortilla boleh tengok di bawah entri ini. Sekian terima kasih :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^