Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 25 Februari 2015

Family Gathering Sempena CNY

Assalamualaikum,

Lama sungguh aku bercuti ya :) Jangan jeles, bila bekerja sendiri ni nikmat yang paling best adalah apabila dapat bercuti lebih daripada orang lain. Tapi tidak bermakna bila cuti tu terus tak layan pertanyaan pelanggan atau apa, cuma bolehlah sambung golek-golek atas katil bersama anak-anak lama sedikit :)

Ini cerita hari Jumaat lepas, hari Khamis kami ke Kuala Selangor bagi menghadiri majlis perkahwinan Huda anak buah en suami. Nanti aku kongsikan gambar di entri yang lain. Ini kita cerita tentang majlis makan-makan di rumah Abang Zul & Kak Rah di Kajang pada hari Jumaat lepas. Menu yang sangat-sangat dinantikan oleh kami semua iaitu kambing golek. Tak sah kalau takde menu kambing golek sebab kami semua memang pencinta kambing ;)


Kambing golek didatangkan siap dengan mushroom soup, garlic bread dan mashed potato. Memang sangat-sangat direkomenkan (lupa nak ambil gambar kad bisnes pakcik ni tapi jangan risau bulan 3 ni adik ipar aku bakal ambil lagi servis mereka). Nanti aku kongsikan dalam blog ini. Tunggu ya :)

Menu utama hari itu selain dari kambing golek adalah Pho Bo (lebih kurang kue teow sup daging) Vietnam yang disediakan oleh Kak Rah. Alhamdulillah tahun ini genap 2 tahun lebih mereka berhijrah ke Vietnam. Sekejap aje masa berlalu kan?


Macam biasalah kami ni sinonim dengan makan. Patutlah tuan blog tak pernah berjaya nak dapatkan bentuk badan zaman anak dara *eh salahkan makanan pula*


Yang ini menu makanan laut biras aku Azma yang beli di Pantai Remis Kuala Selangor. Malam sebelum tu mereka bermalam di sana dan semasa dalam perjalanan ke Kajang mereka singgah beli "binatang" ini. Dap dap!


Yang ini pula tat buah yang aku tempah dengan Haneesa La Shoppe. Aku tempah 50pcs tat oreo dan 50pcs tat buah. Sekejap sahaja habis. Anak-anak memang suka sangat!

Jom layan gambar-gambar. Kenangan berkumpul adik beradik ni, dah lama tak berkunjung ke Anggerik Villa ni memandangkan tuan rumah pun dah berpindah ke Vietnam. Sesekali dapat berkumpul bersama, memang meriah sangat :)


Ni sepupu Haziq, Azzeem namanya. Sebaya dengan Azzam Haneef. Seorang yang pendiam tapi tak berhenti "cari kerja"


Kambing golek memang menu kegemaran. Siapa yang datang lambat memang nasibler tak dapat makan banyak :P


Ashraf Hariz yang hensem *eh puji anak sendiri pula*


Azzam Haneef yang macho


Amirul Haziq menumpang makan bersama mak saudara dan bapa saudaranya. Bagus nak, jangan malu-malu dengan sedara mara ni, mereka ibarat ibu & ayah Haziq juga.


Kalau budak-budak biasalah tak reti duduk diam, kejap makan kat dalam kejap berlari kat luar


Yang lelaki pakai spek duduk tu anak sulung Kak Rah dan kembar tak seiras. He he sekali pandang tak tahu mereka ni kembar, perangai dan perwatakan yang berbeza


Ini adik beradik en suami sedang memenuhkan perut membincangkan isu apa lah tu


Menu utama pho bo. Kak Rah sejak tinggal di Vietnam mestilah terer masak masakan sana. Aku pun dah lupa macamana rasanya Pho bo ni. HA HA HA Nampak gaya kena pergi lagi sekali ni :P


Tengok gambar tiba-tiba rasa lapar *sabaaarrrrrr*


Itu sahaja gambar yang diambil. Suka tengok muka anak-anak yang keriangan bila berjumpa sepupu-sepupu mereka. Tambah pula rumah Abang Zul dan Kak Rah memang luas, jadi lagi suka mereka dapat berkumpul dan bermain sama-sama.

Ya Allah, semoga aku juga dapat memiliki kediaman idaman satu hari nanti. Aamin.

Jangan lupa untuk menyertai kelas asas blog & fanpage serta beriklan di Instagram yaaa. Boleh klik sini (Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Instagram) untuk maklumat lanjut.

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^