Sebenarnya kejadian ini dah lama dah berlaku. Bulan 12 lagi, kalau tak silap 21hb 12 2014 yang lepas berlangsungnya majlis perkahwinan adik bongsu en suami untuk sebelah keluarga pengantin lelaki pula. Wah dah berbulan-bulan masa berlalu baru nak kongsikan ya? Sekadar menempek gambar kenangan, siapa tahu bakal menjadi bualan anak-anak di masa akan datang :)
Majlis perkahwinan diadakan di dalam dewan di Taman Melati (kalau tak silap), dah meningkat usia ni memang mudah lupa ingatan :P
Macam biasa lah kami rombongan belah perempuan pakai baju serba biru. Fuuuh seb baik baju aku muat lagi. Baju yang dibeli tanpa mencubanya dahulu (sebenarnya Kak Rah yang belikan baju kami semua di Vietnam)
Aaliyah dengan Mok Ra. Sekarang ini
Kalau keluarga en suami naik pentas memang penuhlah. Ini pun ramai anak-anak buah yang tak dapat hadirkan diri
Gambar keluarga kami yang tak cukup. Tak larat nak panggil Husna dan Ashraf. Aaliyah pula tengah tidur. Biarlah perasan anak 3
Selamat pengantin
Sekian kata-kata nasihat dari pengantin "senior" anak 5 dan 10 tahun sudah tahun ini *alhamdulillah*
Anak-anak buah yang sebaya belaka ni. Mereka makan meja jauh dari kami tapi padai berdikari
Akhir sekali gambar ipar duai dalam group KMK (Kami Mesti Kurus). Ha ha ha Group ini mendapat kutukan yang hebat dari kaum lelaki (para suami) kerana motif pembentukan group masih belum tercapai kerana masing-masing tak nampak pun kurus macam model =P
Biasalah, kaum lelaki mesti jeles sebab mereka memonopoli group KMG (Kami Memang Gemuk) HA HA HA
I love you B. Eh tetiba pula. Iyalah, sesekali bergaduh dengan suami adalah perkara biasa cuma tak biasanya kalau lari bawa selimut beg balik rumah mak ayah. Sebagai wanita yang sudah berkahwin kita kena ingat yang syurga kita di bawah keredhaan suami. Jadi sayangilah mereka seadanya :)
Oklah, hari Khamis nanti majlis perkahwinan anak buah kami yang pertama pula. Masa krismas hari tu dah buat majlis pernikahannya ni nak buat majlis resepsi pula. Sekejap sahaja mereka dah besar. Huhuhu
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan