Friday, February 6, 2015

Surat Cinta Dari Haziq

Assalamualaikum,

Antara kegembiraan menjadi seorang ibu adalah apabila menerima nota-nota cinta yang ditulis oleh anak-anak. Kalau di rumah ini, sudah pasti lah Haziq si tukang tulis dan Husna si tukang selit bawah pintu atau tukang hantar pada mama. Selalunya akan terhasil surat-surat cinta selepas mama atau papa memarahi mereka. Biasalah, setiap hari ada sahaja benda yang mama bebelkan. Pendek kata dah termasuk dalam "job scope" seorang mama untuk menjadi pembebel yang setia. Kalau tak dengar sangat kita rotankan aje ;) Opssssss

Kemudian untuk berbaik-baik, selalunya Haziq akan menulis surat cinta untuk kasi mama ni "cool down" sedikit :)

Nota di bawah ini dah lama dah, masa tu kami sedang dalam fasa memisahkan mereka dari tidur bersama kami. Tengoklah ayat pujuk rayu tu~


Husna pula seorang pelukis. Ada banyak lukisan Husna yang begitu artistik di mata mama. Ha ha ha
Husna mungkin mewarisi bakat sebelah mama yang suka melukis waktu sebaya dia dulu, tapi sekarang tangan lebih suka mengetuk keyboard dari melukis ;P

Tok Ayah Husna sebenarnya seorang yang suka dan pandai melukis. Tok Ayah dulu pernah berniaga kain batik dengan melukis sendiri batik di rumah. Hermmm, sayang perniagaan Tok Ayah sekerat jalan sahaja sebab zaman dulu pasaran tak meluas sangat. Oh, sekarang Tok Ayah menghabiskan masa dengan membuat mini rebana ubi. Nanti kalau ada masa aku kongsikan gambarnya! Keluarga kami memang ada darah seni tapi bukanlah sampai tahap nak jadi artis masuk TV tu :P


Hermmm, lepas ini berapa banyak lagi surat cinta yang bakal mama kumpulkan. Kena tunggu Ashraf, Azzam & Aaliyah besar dulu. Sekarang banyak kertas yang diconteng sahaja;)

Sehingga bertemu lagi dan selamat berhujung minggu. Jika mahu tahu dengan lebih lanjut tentang panduan bekerja di rumah online mahupun offline boleh singgah baca di sini : www.zailamohamad.com

Assalamualaikum!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015