Monday, March 30, 2015

GC Tea GS Tea GST EH!

Assalamualaikum,

Esok lusa sudah masuk bulan April 2015. Hadoi, bulan yang paling ditakuti oleh semua rakyat Malaysia kerana bermula 1 April semua barang akan dikenakan GST sebanyak 6%. Hermm, tak semua juga ya tapi rata-rata memang akan ada kenaikan barang dan penurunan harga barang. Kita tengok ajelah mana yang turun dan mana yang naik *sambil gigit jari*

Sebenarnya aku tak suka sangat berbual (sebenarnya menulis) tentang GST sebab malas nak serabutkan kepala otak dengan sesuatu benda yang aku sendiri masih tidak faham. Bukan tak faham, tapi malas nak faham-fahamkan. En suami bukan tak membebel pasal GST malah sepanjang masa ada sahaja input yang dia berikan tapi aku hanya dengar dan layankan sahaja dengan mengiyakan semua apa yang dia cerita. Aku faham, mesti en suami pun akan merasa sedikit tertekan memandangkan dia seorang yang menyara kami sekeluarga. Mana tak marah weh, bayangkan untuk cukai pendapatan sahaja en suami sudah membayar 2 bulan dari gaji nya untuk setahun. Cukai lain zakat lain. Eh! tercerita pula di sini. Bukan merungut tapi macam inilah bila dah banyak sangat kena potong terasa lah juga bahangnya kan?

Jadi, aku sebagai seorang isteri yang prihatin dan tak nak membebankan suami dengan nafsu serakah aku yang suka membeli online ni, maka gigihlah kak la menjual. Semua barang pun nak jual. Tapi prinsip aku, tak nak jual jika bukan aku yang cuba sendiri atau tak nak jual jika ianya bukan produk yang aku tahu / tengok sendiri testimoninya. Pendek kata bukan mudah untuk aku menjual produk kesihatan ni. Seingat aku awal tahun 2009 dahulu aku pernah jual produk Intra tapi lepas tu tak sambung dah kesnya masa tu tak cukup ilmu dan malas nak teruskan. Kali ini gigih aku mencuba produk terbaru di pasaran keluaran syarikat bumiputera kita iaitu Rashwealth Group Sdn Bhd yang diberi nama GC Tea. Aku pernah ceritakan tentang Kak Na yang ada kencing manis juga mengamalkan minum teh ini dan alhamdulillah sekarang bacaannya terkawal. Bukan nak kata produk ini bagus tapi dia juga sudah berubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat; banyak minum air masak, makan tak jaga sangat tapi banyak bergerak. Sedar tak sedar berat badan juga turun sekali.

Oh sungguh saya jeles, sebab itu aku bertekad untuk mengamalkan juga teh ni. Bukan susah pun hanya panaskan seuncang teh dalam satu teko dengan air panas dan ulang minum sampai uncang tu rasa tawar. Sekotak boleh bertahan 2 bulan. Hermm, setakat ini baru minum dalam 6 hari atau lebih (tak ingatlah) dan apa yang aku perasan selepas aje minum badan mesti berpeluh-peluh dan akan membuang angin atau buang air besar. Sesuai sangatlah pada mereka yang ada masalah sembelit ya.


Antara kandungan yang terdapat di dalam GC Tea, semuanya bahan-bahan semulajadi dan tiada pewarna atau perisa tiruan. Semua guna yang segar-segar aje, terbaik dari ladang tau!

Sesiapa yang ada tanam pokok mulberi di rumah tu bolehlah buat amalkan minum, bagus sangat untuk kesihatan tapi tanya diri mampu ke nak minum teh yang kita proses sendiri? Baik minum GC Tea sebab dah siap proses dan diletakkan di dalam uncang.


Setakat ini aku tak boleh nak bagi testimoni lagi yang aku dah kurus. Nak kena konsisten minum dan amalkan lagi. Nanti kalau kurus pun bukan boleh suka-suka hati nak tayang gambar sebelum dan selepas, biarlah orang yang mengenali aku sahaja yang tahu (ayat poyo) dan nampak akan perubahan ini. Di sini aku kongsikan dulu testimoni mereka yang sudah berjaya turun berat badan dengan mengamalkan GC Tea


Bagi yang berminat untuk mencubanya sila laju-laju PM / WA di 012-970 6828. Bagi pesakit kencing manis, sampel percuma akan diberikan bagi yang betu-betul mahu mencubanya sahaja.

Berbalik kepada cerita GST ni, pandangan aku lah kan ; kita sebagai rakyat marhaen ni apalah sangat kuasa kita untuk menentang pihak kerajaan. Bercakap pung pang pung pang (menulis status di facebook) atau berbual di kedai kopi tidak akan mengubah apa-apa pun. Bukan aku menyokong kerajaan tapi aku malas nak bazirkan tenaga kudrat yang Allah bagi untuk membuat sesuatu yang bukan bidang kuasa kita. Iyalah, aku kan surirumah kalau dok bising barang naik harga pun bukan akan ada pusat zakat dan datang sedekah barang.

Jadi pilihlah untuk BERUBAH. Aku sebenarnya terkesan sangat dengan kata-kata kakak aku sendiri yang mengatakan aku ni EGO. Bukan tak tahu nak buat tapi EGO untuk berubah. #sentap mak nyah! Betul juga, aku ni bukan seorang surirumah yang tak ada pendidikan, bukan yang jenis tak reti membaca atau mengaji jadi mengapa nak ego sangat untuk tidak mencuba sesuatu yang baru? Paling tidak pun jika tak berjaya kurang-kurang aku boleh cakap "OOO aku dah cuba buat ni, tapi tak menjadi" BUKAN dapat dosa pun kan? Selagi di bawah restu suami, insya Allah pandai-pandailah jaga diri. Sentiasa bersyukur adalah satu kunci paling utama untuk bahagia.

Seperti penulisan aku di sini : Sahaja Aku Berniaga Kerana Allah Taala, maka niat untuk berniaga itu harus diperbetulkan juga. Bukan kekayaan yang mahu dicari tapi mahukan perubahan dan keselesaan untuk kebaikan keluarga. Bayangkan musim barang naik serba naik harga, mampukah kita bertahan hanya dengan makan gaji sahaja? Awal bulan dapat gaji tolak perbelanjaan dah tinggal berapa dah? Kalau yang surirumah pula, kalau dapat suami kaya tak apa, tapi kalau suami yang gajinya cukup-cukup makan macamana? Mahu tak bergaduh masam muka bila segala keperluan kita tidak dipenuhi.

Eh terpanjang pula celoteh pasal GST ni ya? Pendek kata ayuhlah BERUBAH. Sebenarnya ada banyak cara untuk berjimat-cermat dan pelbagaikan sumber pendapatan untuk kita lalui musim kenaikan barang dengan bergaya. Tak payah nak stress bagai. Kena rajinkan diri sahaja, buang EGO buang MALAS dan buang MALU. Kalau tak cuba tak tahu dan sekarang pun walaupun aku sudah lama berniaga online tapi masih belum putus asa untuk mencuba. Kita tidak tahu di mana rezeki kita akan berada kan? Haaa kan dah kena "brain wash" dengan Kak La.

Oklah supaya tidak dibenci oleh pembaca blog ini, Kak La undur diri dulu. Petang ini nak masak apa ya untuk berbuka? Ada cadangan tak? Sudah semestinya minum GC Tea untuk buang angin dalam badan ni.

Iklan :


BERITA BAIK! Pes nasi arab tak naik harga sempena GST ni, jadi masih kekal pada harga RM15 sekotak. Jadi jika berminat boleh dapatkannya dengan WA ke 012-970 6828. Stok dalam tangan ada mandy ayam dan mandy kambing sahaja :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015