Monday, March 30, 2015

Aktiviti Bersama Anak-Anak : Meet Shawn The Sheep

Assalamualaikum,

Semalam adalah hari yang sangat membosankan. Kenapa? Sebabnya en suami keluar ke pejabat menyiapkan kerjanya dan kami anak-anak terpaksa melangok di rumah. Entah kenapa terfikir untuk buat aktiviti dengan anak-anak (selalunya mama sibuk dengan kerjanya aje).

Terus buka laman Pinterest dan ternampak satu gambar kraft biri-biri. Kebetulan kat rumah ni ada barang-barang yang diperlukan so jangan buang masa lagi. Moh ler kita beraktiviti kraf dengan anak-anak.


Husna dengan Shawn the sheep, comel tak? Comel laaaaaaa


Gambar asal dari website ini : http://blog.vickybarone.com/2014/04/04/chick-lamb-easter-craft/
Baru perasan kaki biri-biri dia ada 4 kaki Shawn the sheep Husna ada 2 je, HAHA Abaikanlah ketidak sempurnaan itu. Biasalah, main nak cepat siap aje


Mula-mula mama lukiskan bulat untuk muka biri-biri. Nak tahu aku guna kertas apa? Sebenarnya itu adalah sampul surat saiz besar memandangkan di rumah ini memang tak ada stok kertas warna-warni. Tak mengapa anak, demi kamu mama korbankan segalanya!

Gunting tu tajam jadi kena tengoklah masa mereka gunting tu (Husna yang gunting)


Stok pinggan polesterin ini memang sentiasa ada di rumah memandangkan rumah aku kan suka buat kenduri. Jadi, banyak yang lebih tersimpan dalam stor bawah tangga. Kalau simpan lama-lama pun nanti akan rosak juga jadi mama kena kreatif kitar semula bahan ini untuk dijadikan aktiviti dengan anak-anak

Letakkan gam di atas pinggan tersebut. Kemudian letakkan bulatan kapas-kapas muka yang lembut ittew. Kapas muka pun aku dah tak guna sebab barang lama dah ni.


Pakat-pakat berebut nak menampalnya. Kena bersabarlah sikit kalau buat aktiviti dengan kanak-kanak ribena ni. Kalau Husna takpe lah dah besar kan, tapi kalau Ashraf dan Azzam memang kejap-kejap bergaduh. Adoi, peninglah kalau di rumah ni ada ramai "ultrameng"!


Husna memang sukakan aktiviti macam ni. Hermm, mama kena godek-godek lagi "board pinterest" ni cari bahan / aktiviti untuk anak-anak buat. Dari melangok tengok kartun, bolehlah sekali sekala layan mereka buat hasil kerja sendiri. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi pemilik tadika yang berjaya ke :)


Stage menampal bulu Shawn the sheep sudah siap hasil kerjasama 3 adik beradik. Selepas itu kita tampalkan bahagian muka pula


Mata Shawn the sheep aku lukis sendiri aje sebab tu macam kelakar :P


Tambah telinga sket baru lah nampak macam biri-biri. He he he Cuma hasilnya tidaklah secantik yang dalam gambar asal kraf ini. Tapi anak-anak cukup sukakannya. Yang kelakarnya, aku bagitahu dekat Azzam "Nanti tunjuk dekat papa tau" Azzam cakap apa, "P pa jee" (tapi papa kerja). Sungguh lurus pemikiran anak-anak ini kan?

Insya Allah, kalau ada aktiviti yang best aku akan kongsikan di sini lagi. Entah bilalah tu ya memandangkan sekarang ini mama super sibuk (atau buat-buat sibuk) dengan urusan mama. Sesekali rasa bersalah juga sebab tak buat aktiviti dengan mereka. Jadinya, mama kena luangkan masa waktu petang untuk layan anak-anak buat kraf / seni. Aku ingat lagi masa aku kecil selalu tengok rancangan apa ntah di TV2, masa tu mesti akan ada sudut kraftangan yang buat macam-macam aktiviti lah kan. Masa tu duduk rumah mak kat kampung mana nak ada banyak bahan-bahan yang menarik sebab rumah aku jauh dari pasaraya dan kalau dekat pun bukan ada $$ nak beli benda-benda deko.

Aku ingat lagi aku pernah buat "doll" dari span basuh pinggan yang 4 segi tu. Sebabnya senang aje bahan dah ada di rumah dan perlu ikat sahaja di tengah-tengah span dan lukis mata dan mulut. Kalaulah zaman tu ada henset canggih macam sekarang, sudah tentulah malu nak muat naik dalam Instagram. HAHA :P

Oklah, sehingga bertemu lagi. Bersyukurlah kita hidup di zaman yang serba canggih, nak apa semuanya ada di hujung jari sahaja. Rebut peluang untuk majukan diri dan keluarga. Eh! Termelalut pula. Bye!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015