Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 7 Mac 2015

Photobook Pertama Semurah RM10 Sahaja!


Assalamualaikum,

Selasa yang lepas terpandang wall facebook teman ABDR iaitu Nisa yang bagitahu bahawa photobook gambar anak-anak mereka dah siap dan sekarang tengah ada tawaran di Groupon. Memandangkan aku sudah lama berhajat nak buat photobook, maka bergegaslah masuk ke laman Groupon dan cari tawaran Photobook. Wah! Tawaran serendah RM10 sajo untuk 40 keping gambar bersaiz kecil (6 x 6 mini square softcover). Mula-mula tu berkira juga nak beli sebab aku kan tak pernah beli melalui Groupom, kalau boleh tak nak sampai ketagih nanti memandangkan kat situ macam-macam tawaran ada. Kena kuat iman kalau masuk laman Groupon ni :P

Akhirnya aku pilih untuk beli juga memandangkan teringat gambar-gambar bercuti di Sabah dulu, kalau tak bukukan sudah tentu akan hilang begitu sahaja. Contohnya gambar-gambar masa kami bercuti ke Krabi pada tahun 2013 habis hilang memandangkan tak buat salinan. Sudahlah telefon pun hilang kena curi :( Semuanya tinggal kenangan sahaja cuma ada sikit yang aku sempat masukkan dalam akaun Instagram. Nanti kalau ada tawaran lagi nak bukukan percutian ke Krabi pula. Insya Allah.

Ok sambung balik. Apabila kita dah beli dan bayar, pihak Groupon akan menghantar email kepada kita dan memberikan arahan dan link untuk ke photobook. Nanti diberikan juga Groupon code untuk tujuan diskaun nanti. Kalau ada masa tu terus buat cepat-cepat memandangkan remeh juga proses nak edit-edit gambar ni. Tetambah lagi untuk first timer macam aku ni, hadoi sampai sakit kepala juga dibuatnya. Bukan apa, mula-mula buat internet hang dan habis hilang semuanya pastu cubaan yang kedua aku terus buat dan hantar terus sebab risau akan "hilang" lagi. Sebab pertama kali kan, jadi takdelah nak edit letak tulisan / background cantik-cantik. Sumpah tak kreatif! Asalkan siap sahaja ni sebab memang malas nak memikirkan bagaimana nak tambah perkataan atau edit balik.

Selepas siap semua nanti kita kena masukkan kod groupon untuk tujuan diskaun tu. Kalau asalnya dalan RM79 maka tolak diskaun RM69 jadilah RM10. Lepas tu kena bayar RM8 untuk kos pos. Penghantaran melalui Gdex dan semalam (Jumaat) dan terima. Beli hari Selasa dapat hari Jumaat. Ok lah kan? Tak sangka diri sendiri sudah terjebak dengan Photobook ni. Anak-anak pun suka sebab ada muka masing-masing dalam buku tu kan. Nak kena beli dan buku kan setiap seorang anak ni tapi tunggu promosi lagi *hehe

Oklah, lepas ini kalau ada promosi jangan lupa tag aku ya, nak beli lagi :)

Bye!

1 ulasan:

KakNida berkata...

wah best. nak p jenguk groupon jgk lah :-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^