Thursday, March 19, 2015

Warna Tema Baju Raya 2015


Assalamualaikum,

Yeay! Kain baju raya untuk tahun ini dah ada :) Alhamdulillah pagi tadi en suami selamat tiba setelah 4 hari meninggalkan kami demi tugasan kerja. Macam biasa, jika en suami ke Dubai,  jika berkesempatan dia akan beli kain terus untuk kami sekeluarga. Raya tahun 2012 kami pakai baju yang en suami beli di Dubai juga. Kain baju Melayu sedondon dengan kain baju kurung. Tak pasti pula kain jenis apa yang penting memang selesa dan sedap juga dipakai.

Tahun ini en suami pilih warna peach. Aku ikutkan aje sebab warna ni pun nampak sweet je. Yang enjadi masalah kami adalah nak mencari tukang jahit yang mahu terima tempahan untuk sekeluarga. Adoi, tak suka tang ni lah, sudahlah tempat yang kami tempah dulu sudah tak nak terima (atau memang dah tak nak menjahit lagi). Hermmmm, kawan-kawan ada cadangan tak?

Puasa ganti pun tak habis ganti lagi dah sibuk cerita pasal kain baju raya. Apalah kaum pompuan ni kan? :P

Ok bye!

1 comment:

cinet said...

Puasa dari hari ke hari nak ganti tapi xtercapai lg..peach cantikkk...;)

Salam singgah...;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015