Monday, March 23, 2015

Bestnya Balik Kampung!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak balik ke kampung halaman. Walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang melanda, akhirnya dapat juga bertemu mata peluk cium Mak Limah dan Pok Mat ;)

Jumaat lepas en suami ambil cuti jadi kami bertolak pada malam Jumaat lagi. Anak-anak bila sebut sahaja nak balik kampung memang tak senang duduklah mereka. Kami bertolak pukul 11 malam dan selamat sampai di Bachok awal pagi Jumaat. Sebelum tu berhenti solat subuh di masjid Manek Urai Baru dan bersarapan nasi berlauk di salah satu kedai makan di Ketereh. Main terjah aje sebab tak tahu kedai mana yang sedap tapi kedai ni memang sediakan pelbagai pilihan nasi dan juga kuih muih. Puas hati dapat makan nasi berlauk original dari kampung!


Muka tak mandi tapi selamba aje makan di kedai :) *alah macam tak biasa!

Di rumah mak macam biasalah Kak Na dah beli macam-macam untuk anak buahnya. Mama dia pun menumpang makan sama lah


Buah kundang atau oghe Klate panggil buah meor (betulkan kalau salah). Manis sangat dan masa taip ni mulutku berair. Ha ha Sudahlah puasa ni. Oh! Lepas tu mak buat laksa pula, memang sedap dan anak-anak makan bertambah. En suami aje yang tak suka makan laksa tapi dia makan nasi dengan gulai serati (lagi mabeles!)


Jagung yang dibeli di tepi jalan menuju ke Bachok. Sedap, manis dan tak tua sangat. Anak-anak aku memang hantu jagung. Terima kasih Kak Na sebab belanja makan jagung :)


Petang tu Kak Na bawa pula ke Pantai Irama, walaupun ramai orang tapi berjaya juga tabur-tabur duit kat situ. Tengoklah pilihan makanan (yang menggemukkan) itu. Ashraf cakap "Ashraf laparlah Mok Na"

Tapi bila dibelikan, makan sedikit sahaja dah kenyang. Oklah, nanti sambung lagi ya. Entri penuh menyusul selepas ini. Bestnya balik kampung, walaupun hanya 3 hari tapi cukup bermakna sebab dapat berjumpa dengan orang-orang yang tercinta. Kami memang selalu buat plan havoc macam ini, nasib baiklah anak-anak jenis "kuat semangat" belaka. Hari ini, Haziq dan Husna pergi sekolah macam biasa bawa duit bekal RM5 yang Tok Limah bagi. Suka lah mereka tu sebab nanti boleh beli apa saja dengan duit sendiri (boros menurun Mok Na) Eh! Mama tak nak mengaku :P

Bye!

Iklan sat, bagi yang ada penyakit kencing manis mungkin boleh cuba amalkan minum Glucos Cut Tea untuk kawal kadar gula di dalam darah. Kak Na seorang pengidap Diabetes dan sekarang ini alhamdulillah gula dalam darahnya terkawal. Mahu sampel percuma boleh WA aku di 012-970 6828 ya


Untuk pertanyaan hubungi aku melalui WA 012-970 6828

1 comment:

Amy Hilmirda Daud said...

terliur nampak buah kundang tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015