Thursday, April 9, 2015

Resepi Kuah Steamboat Ala Johnny's Restoran tuuu



Assalamualaikum,

Semalam aku janji nak bagi resepi kuah steamboat yang ala restoran Johnny's kan? Kakak ipar aku yang kongsikan jadi aku tulis balik di sini untuk tatapan diri sendiri juga. Musim GST ni kena pandai berjimat. Tambahan pula bila anak-anak dah ramai ni, pilihan makan di rumah adalah lebih bijak :)

Bahan-bahan :

- 10 biji cili merah (cili besar)
- 4 ulas bawang putih
- 5 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka epal (jika tiada guna cuka biasa pon boleh)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar pati sunquick
- 1/2 sudu kecil tepung jagung
- 1 cawan air
- gula dan garam secukup rasa
- 2 sudu besar bijan digoreng tanpa minyak
- sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-caranya :

- Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
- Tuang bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan semua bahan sos-sos tadi
- Panaskan api dan masukkan 1 cawan air dan tepung jagung
- Masak hingga kuah pekat dan berkilat
- Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
- Sebelum ditutup apinya, tabur bijan yang telah digoreng bersama daun ketumbar

Memang sedaplah youuuuu!

Kalau nak buat steamboat sendiri pun dah senang sebab ada periuk Noxxa. Masukkan air dan tekan mod fry (sebab nak kasi cepat panas) kemudian tukar ke mod "warm" untuk sentiasa panaskan kuahnya. Masukkan kiub tomyam ke dalam air dan kemudian masukkanlah sayur-sayur dan alatan untuk steam boat. Tetiba ada perasaan nak makan steam boat lagilah :))

Selamat mencuba!

Iklan sat :


Bulan ini adalah bulan promosi untuk 3 ebook yang sangat-sangat WAJIB dibaca bagi mereka yang mahu menimba ilmu dan memulakan langkah bekerja dari rumah. Ebook Surirumah Juga Boleh Berbisnes merupakan perkongsian ikhlas dari aku yang dahulunya pernah bekerja dan sekarang ini masih bekerja lagi cumanya lokasi sahaja yang sudha bertukar iaitu berada di rumah disamping anak-anak.

Jika berminat boleh dapatkannya melalui :
Emel : zailamohamad@gmail.com
SMS / Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Hingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015