Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 14 Mei 2015

Bestnya Balik Kampung

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran lagi. Sebenarnya cerita ini sudah basi memandangkan sudah seminggu lebih balik dari bercuti di kampung sempena cuti hari buruh dan wesak yang lepas. Alhamdulillah, mula-mula tu en suami ajak ke Johor tapi entah kenapa hati ini memilih untuk bercuti di kampung kerana mahu jenguk mak dan ayah. Sambil-sambil tu nak bagi periuk noxxa pada kakak ipar aku juga jadi kami bertolak selepas aje en suami balik dari kerja pada petang Khamis tersebut.

Nak dijadikan cerita, merasalah makan "jem" di dalam bandar Kuala Lumpur kerana en suami salah pilih jalan. He he he Lain kali guna jalan biasa aje, tak payah nak pilih jalan alternatif yang kadang-kadang memakan diri. Kami sampai ke rumah en suami di Tumpat pada pukul 4.30 pagi. Keeseokan paginya pukul 9 aku ada pula bengkel karnival masakan mega di Balai Islam Lundang. Demi mengejar cita-cita, gagahkan juga diri menghadiri karnival ini. Eh bestlah pula sebab dapat sedut ilmu masakan dan rasa sendiri hasil masakan menggunakan gadget-gadget yang digunakan seperti periuk tekanan tinggi Noxxa, Oven 3 dalam 1 Noxxa, pemporoses makanan jenama Philips, Air Fryer Philips dan macam-macam lagi. Terus tertarik untuk memiliki semuanya. HAHA

Tapi tak salah pun sebab semua ni sebenarnya boleh mendatangkan hasil jika pandai digunakan. Alhamdulillah sejak ada Noxxa memang senang sangat kerana waktu yang aku gunakan untuk memasak juga sekejap sahaja, lepas ni nak beli mesin penguli roti dan oven sebab nak buat roti sendiri untuk anak-anak. Kalau rajin boleh buat untuk jualan juga. Insya Allah.


Roti sarang lebah ni rupa-rupanya mudah aje untuk disediakan. Insya Allah kalau rajin aku akan kongsikan resepinya juga. Memang sekarang ni semangat sedang berkobar-kobar untuk buat roti sendiri tapi nak guna Bread maker Noxxa juga (HAHAHA memilih ko jah!)

Insya Allah nanti aku kongsikan lagi antara pengisian aktivit yang dilakukan pada pagi tersebut. ADa banyak juga menu yang sempat dimasak; antaranya nasi arab, nasi dagang, roti sarang lebah, dodol, pau, gulai ayam dan mango lassi. Oh ayam bakar gojes lagi, semuanya sap sap soi aje. Mudah dan yang peting dapur tak bersepah-sepah. Alahai sedang menaip ni pun perut berbunyi-bunyi (maklumlah puasa ganti)

Ok sebenarnya kalau balik kampung memanglah best sebab dapat jumpa Kak Na, mak ayah tapi tak tahan cuaca panas kat kampung. HAHA Tapi alhamdulillah balik kali ni memang guna sepenuhnya masa yang ada, sempat melawat saudara mara belah en suami, pergi kelas penjagaan muka dan kemudian berlari-lari ke kenduri kahwin. Pastu dapat shopping tudung di Pengkalan Kubur lagi. Hermm, pendek kata cuti yang produktif :)


Pertama kali makan tiram segar yang dibeli di tepi jalan Pantai Tujuh, Tumpat (eh betul ke namanya ni). RM5 untuk sekilo, memang terbaik!! Tak tahu nak terangkan selain dari sedap :) Orang wanita elok ambil tiram untuk kecantikan dan ehem ehem *u know what*


Bila balik Shah Alam, mak mertua bekalkan dengan daun pucuk ubi kayu. Nasib baik ada kelapa jadi masuk dapur bersilat jadilah kerabu pucuk ubi kayu. Nanti ada masa aku kongsikan resepinya. Yang pasti sedap. Eh kalau bab makan semua sedap ya :P


Kalau balik kampung en suami, tak sah kalau tak pergi pasar pagi Tumpat. Sejak ada Aini, anak-anak tinggal kat rumah mak mertua dan bolehla mama shopping penuh kiri kanan tangan ni. Durian di kampung RM8-10 sekilo. Sempatlah beli makan dengan budu, nangis sebab sedap sangat. Aiih sedap lagi :P (manalah badan tak turun-turun sebab suka sangat makan ni)


Hari Ahad pula sempat menghadirkan diri ke kelas penjagaan set muka bersama Dr. Azilila di KB Mall. Sempatlah sedut ilmu tentang bagaimana nak menjaga kulit supaya tidak nampak tua dari usia sebenar. Sebenarnya, sejak kejadian kecurian raya tahun lepas, habis sebotol SKII Miracle Water aku kena kebas dek pencuri tu, aku dah malas nak pakai apa-apa di muka ni. Sebab tu kalau jumpa di luar dah macam muka hantu kak limah pun ada >____< tapi segala-galanya berubah apabila aku pergi kelas make up di Kota Kemuning pada bulan April yang lepas. Ingat tak entri ini (Seronok Belajar Make Up Bersama Yang Pakar) tiba-tiba terdetik dalam hati untuk menjaga kecantikan muka yang Allah bagi ni, bukan nak tayang pada orang luar pun tapi kan hari-hari suami nak tengok.

Cuba tengok gambar di atas. Boleh teka tak umur wanita tu berapa? Oklah, aku bagitahu; wanita ni sebenarnya seorang prof (sudah pun berhenti) di salah sebuah Universiti tempatan di Malaysia dan tahun ini umur beliau dah cecah 60 tahun. Bagi aku, beliau nampak muda sebab bukan kerana make up yang menutupi mukanya tapi kerana kulit muka dia juga nampak sihat dan tidak melambangkan usia sebenarnya. Melalui perkongsiannya, bukan satu dua produk yang beliau cuba tapi nasihat beliau jaga kesihatan dalaman juga dengan mengamalkan vitamin. Untuk mendapatkan hasil yang baik bukannya sekejap tetapi memerlukan usaha yang berterusan. Produk sekarang banyak yang membahayakan diri si pemakai kerana semua nak tengok kesan yang cepat sehingga mengandungi banyak kandungan bahan kimia yang berbahaya. Salah tu, sayangi diri anda kerana Allah berikan kita muka satu sahaja, kalau rosak yang tu mana nak cari ganti?

Jadi, perlahan-lahan aku beli set penjagaan muka Am.way sebab tak boleh nak beli semua pasal maklumlah surirumah macam aku ni tunggu ada duit gaji hasil dari berniaga baru boleh belanja diri, kumpul sikit-sikit. Takpe, biar lambat asal cantik :P Sambil-sambil tu minum GC Tea untuk kuruskan badan (yang ni makan masa sebab tak disiplin) dan minum Nanocenta untuk kecantikan diri juga. Kalau dulu, jangan haraplah nak makan atau telan semua ni tapi sejak ada kesedaran tentang pentingnya berhias untuk suami ni, dan-dan tu terus rajin. HAHA

Oklah, panjang pula celoteh pasal kecantikan ya. Padahal kalau uols jumpa aku di luar selekeh macam apa dah. Takpe, kita nak cantik bukan untuk orang luar tapi untuk diri sendiri dan juga suami. Yang pasti suami mesti suka jika muka isteri lembut bak kulit baby kan?

Eh dah panjang celotehnya, ni yang malas menulis ni sebab tak reti nak kawal diri dari mengempen (membuat iklan). HAHAHA. Sehingga bertemu lagi. Nanti aku kongsikan pula cara-cara penjagaan muka yang sebetulnya ya. Bye!

Untuk pendaftaran kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram sila hubungi aku di WA 012-970 6828

Daftar sekarang. Tempat terhad kepada 3 orang lagi. Hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@gmail.com
WA : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Bye dan hingga bertemu lagi.




Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^