Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Khamis, 14 Mei 2015
Resepi Bingka Labu
Assalamualaikum,
Isnin yang lepas aku buat bingka labu menggunakan labu yang mak bagi masa balik kampung haritu. Sebenarnya aku ni tak pandai masak masakan tradisi sebab rasa macam leceh dan faktor terbesar MALAS nak sepahkan dapur. HAHA Tapi sejak dah ada Aini ni, dia pun rajin membantu dan anak-anak pun asyik lapar sahaja maka mama pun kena lah rajinkan diri. Zaman sekarang nak resepi tanya aje dalam group Whats App, terus boleh buat dah aih
Bahan-bahan :
- 2 biji telur
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 1/4 cawan gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla (aku tak letak sebab takde)
- 2 sudu besar mentega
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan labu direbus dan dilecek
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam blender (kecuali labu dan tepung). Kisar dan tapis ke dalam bekas yang ada isi labu dan masukkan tepung. Kacau dan masukkan dalam periuk pengukus. Macam aku ni guna Noxxa sahaja terus tuang dalamnya dan tekan mod kukus selama 30 minit.
Wah hasilnya memang tak sangka-sangka lah, selama ini tak pernah rajin buat kuih tradisi tapis ekarang selamba aje buat. Yang penting suami dan anak-anak suka. Alhamdulillah. Tak payah dah nak keluarkan peralatan kukusan yang berlapis-lapis tu, dapur pun tak sepah sekejap sahaja siap.
Ehem-ehem barang baik harus dikongsi kebaikannya ya tak? Nak beli periuk ajaib Noxxa? Sila PM / WA ke 012-970 6828. Ada pelan pembelian secara ansuran dengan kosong faedah dan ada juga kutu bulanan. Yang penting bimbingan berterusan dari group Whats App :)
Sehingga bertemu lagi. Ada 1 biji lagi labu kat dapur tu, nanti nak sira lah pula :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan