Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 13 Julai 2015

Jom Shopping Raya Di 11Street.My

Assalamualaikum,

Bagaimana dengan persiapan raya semua? Alhamdulillah, bagi keluarga aku semua dah dibeli dan ditempah. Tahun ini raya ala kadar sahaja memandangkan banyak lagi komitmen lain yang perlu difikirkan. Tapi sebagai ibubapa, walaupun barang-barang semua dah naik harga sudah tentu jauh di sudut hati mahu sediakan persiapan raya buat anak-anak kan? Kasihan juga melihatkan mereka yang bersungguhan puasa demi untuk mengejar janji-janji mama yang mahu belikan baju raya baru sempena hari raya nanti.

Sebenarnya terus terang aku bagitahu bagi aku yang mempunyai 5 orang anak ini agak susah untuk keluar membeli-belah di waktu bulan puasa. Maklumlah, dengan shopping mall yang penuh dengan manusia dan memikirkan keselamatan anak-anak, aku rasa pilihan yang terbaik buat ibubapa adalah dengan membeli-belah persiapan raya secara dalam talian (online). Kawan-kawan pernah dengar tak laman portal 11street.my (klik sini www.11street.my)?? Sebenarnya aku pun baru tahu apabila melihat iklan mereka di TV beberapa hari yang lepas. Terus laju tangan menggoogle "11street,my" dan ternyata laman portal ini menarik sangat-sangat!

Segala persiapan raya dari pakaian raya, perhiasan rumah sehingga lah stok makanan pun ada juga tau. Bukan calang-calang jenama yang ada di laman portal 11street.my ni. Apa kata kawan-kawan pergi lihat sendiri di laman tersebut dan mulakan langkah membeli-belah anda :)


Sempena hari raya ini jenama seperti KWC Fashion Mall ada membuat potongan harga sehingga 70% pada pakaian mereka yang terpilih. Fuuuhhh semua lawa-lawa dan harganya sangatlah berpatutan. Kadang-kadang macam tak percaya sebab murah sangat!


Apa kata jangan buang masa lagi dan mulakan langkah anda dengan bijak iaitu membeli-belah secara dalam talian di dalam portal 11street.my. Yang penting, bulan puasa ni tak payah nak susah-susah bersesak-sesak di pasaraya dan mencari parking. Semuanya sudah tersedia dalam satu portal; ada pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak, beg, produk kecantikan, makanan, perhiasan rumah dan macam-macam lagi lah. Pendek kata boleh jadi gila juga bila nak shopping dalam ni :)


Tengoklah harga yang ditawarkan juga jauh rendah dari kedai-kedai biasa. Sepasang baju kurung pada harga RM28. Biar betul?? Kalau di butik mahu RM60 hingga RM150 ke atas ni. Cepat-cepats ebelum kehabisan saiz. Kalau tak tahu nak klik mana, sila klik di sini : www.11street.my

Berita baik buat pembaca blog ini yang dikasihi semua. Aku ada 3 kupon voucher membeli-belah di 11street.my untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini. Setiap kupon berharga RM20 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2015 tahun ini. Jadi, bagi mereka yang berminat untuk membeli-belah di 11street.my boleh tinggalkan komen "Saya mahu voucher 11street.y" dan tinggalkan email uols supaya aku boleh hantarkan no kupon voucher untuk kegunaan sewaktu membeli-belah nanti. Tapi kena tunggu lepas aku balik bercuti raya lah ya sebab memandangkan dah tak lama lagi kita akna menyambut hari raya. Jangan lupa ya, kupon ini valid sepanjang tahun ini jadi boleh shopping bila-bila masa sahaja tau :)

Sehingga bertemu lagi dan selamat membeli-belah dengan aman :)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu voucher 11street.y wanyaziz80@gmail.com

Eliss berkata...

Saya mahu voucher 11street.my elissmie@gmail.com :p

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu voucher 11th street.my shahruliqbal59@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu voucher 11street.my
mysara_dahlia@yahoo.com

Tq

Tanpa Nama berkata...

Saya mahu voucher 11street.my
azihus_xx@yahoo.com

adam berkata...

Wife saya sebelum ni beli diaper Fitti online kat lazada. Sekarang ni beli kat 11street. Rajin sungguh dia shopping diaper walaupun kami belum ada anak lagi. Tolong belikan untuk anak buah dia. Baru2 ni beli 12 pek drypers kat 11stret, 9 pek drypers superhero M80 dan 3 pek drypers S88 pada harga RM20/pek masa offer 11.11 di 11street sebab guna kupon diskaun memang jimat. Wife lebih prefer beli online sebab lagi murah setelah compare harga dengan tesco online dan katalog econsave. Huggies Pants M60 dan Petpet M76 boleh dapat harga RM 20 - RM 25 setelah guna kupon diskaun. Kami lagi 6 bulan baru ada baby harap2 ada lagi offer di 11street untuk bakal baby kami.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^