Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua kawan-kawan mahupun pembaca setia blog ini. Ampun maaf dipinta dan syukur Allah masih panjangkan usia kita semua. Lamanya tak update, orang lain dah masuk siri jelajah rumah terbuka tapi aku baru terhegeh-hegeh nak kongsi gambar raya tahun ini. Macam biasa lah hari raya pertama di rumah en suami di Tumpat dan kali ini tak ada gambar raya ramai-ramai. Tapi takpe, gambar raya sefamili masih ada walaupun tak cukup ahli. He he he
Tahun ini tema kami adalah warna peach ya, en suami beli kain ini di Dubai, beli siap untuk satu famili lagi, merasa lah tahun ini beraya baju sedondon semua anak-beranak :)
Masa bergambar ini sang puteri Aaliyah sudah tertidur, kesian pula nak kejutkan dia jadi perasanlah ada anak 4 orang sekejap. Tak best sebab tak cukup ahli tapi kalau kejut nanti meragam plak si kecil tu
Tuan puteri Aaliyah yang dah ketiduran. Comel je pakai jubah ni tapi empunya diri tak suka, asyik menangis aje takutkan "orang". Aaliyah ni manja terlampau, balik kampung perangai menjadi-jadi tak nak dengan sesiapa melainkan muka-muka yang sudah biasa dengan dia. Hermm, perangai orang nak jadi kakak kot :P
Maaf gambar raya tak banyak dalam koleksi. Mungkin diri ni sudah kertu dah malas nak berselfie bagai. Lagipun masa raya Aini tak ada jadinya kelam kabutlah aku seorang diri menjaga anak-anak. Selama ini ada pembantu tapi bila tiada rasa macam huru-hara pun ada. He he he
Raya kedua kami tidur rumah mak aku di Bachok kerana hari raya kedua mak menerima kunjungan dari saudara yang jauh di Bangkok. Sebenarnya bukanlah saudara tapi lebih kepada anak angkat mak dan ayah aku sebab dulu masa belajar saudara aku ni (namanya Wan Suriani) menumpang tinggal di rumah aku dan Kak Ni ni merupakan kawan baik Kak Na juga. Ada banyak keping juga gambar kenangan aku dan dia (masa tu aku dalam sebayar Azzam kot) Kak Ni dukung. Pendek kata kami terpisah berpuluh-puluh tahun lamanya kerana selepas tamat pengajian Kak Ni balik ke Thailand dan berkahwin dengan orang Bangkok. Sekarang pun menetap di Bangkok bersama keluarganya.
Alhamdulillah, walaupun dah lama terpisah tapi facebook mendekatkan kami. Hubungan kami kembali bertaut apabila abang aku (Abang Lan) pergi berjumpa dengan Kak Ni di Bangkok sewaktu Abang Lan ada lawatan kerja di sana. En suami pun ada hubungi juga Kak Ni sewaktu dia berada di Bangkok tapi atas masalah lokasi tak dapat berjumpa. Harap-harap tahun ni ada rezeki kami nak ke Bangkok. Aamin :)
Suasana petang tu sedih juga. Tak tahu kenapa tapi mungkin masing-masing mengimbau kenangan lama. Aku nampak mak dan ayah aku mengalirkan air mata. Syukur walau berpuluh-puluh tahun lamanya terpisah Allah masih pinjamkan nikmat usia buat mak dan ayah lagi, akhirnya 2015 bertemu mata sekali lagi. Ramai juga lah Kak Ni bawa saudara mara-nya. Dah macam rombongan meminang dah! Penuh satu rumah mak, yang perempuan semua naik atas rumah manakala yang lelaki semua berada di tangga sahaja sebab dah tak muat nak masuk T___T"
Rombongan ini ada saudara-mara Kak Ni dari Yala, Thailand. Yang pakai baju kurung tu semua saudara mara yang berada di Pasir Puteh dan yang pakai baju seluar tu anak-anak Kak Ni ler, semua nya dari Thailand tapi ada seorang nama Nadia sekarang ini sedang belajar di UIA ;)
Kak Ni sampai dalam pukul 5 petang, agak lewats ebab jalan raya yang sedikit "jem". Mereka balik pun waktu maghrib, itupun ada beberapa rumah yang akan diziarahi lagi. Bagus kan, sekali berjalan cari semua saudara-mara yang ada.
Budak kat atas ni comel betul, anak buah Kak Ni. Budak siam ni macam anak orang cina pun ada. Alahai, geram!
Budak-budak sekarang berselfie lah, apa lagi. Itu anak-anak Kak Ni lah tew. Nasib baik anak bujang aku masih kecil kalau tak bolehlah berbesan orang jauh. He he he
Masa nak balik semua pakat bersalam-salam. Terima kasihlah atas kunjungan yang mengejut ni. Memang terkejut sangat-sangat sebab penuh rumah. Nasib baiklah aku ada belikan daging kambing sedikit untuk buat nasi arab. Ingatkan nak buat makan anak beranak aje sekali licin hidang untuk para tetamu
Tu kakak ipar aku yang rajin dan cargas menolong, kalau harapkan aku sampai esok pon belum tentu boleh makan nasi arabnya. hew hew hew
Tapi mana boleh lawan dapur Mak Limah. Dalam masa sekejap aje dah siap kerutup kambing, dimakan pula dengan nasi arab Noxxa. Perghhh terangkat juga walau tak cukup bahan. Maklumlah, aku ni spesis lembab juga di dapur "orang" (padahal dapur mak tapi sejak dah lama tak duduk kampung ni kekoklah juga) jadinya mampu tanak nasi sahaja dengan Noxxa, lauk lain semua mak aku buat dengan bantuan pembantu mak dan kakak ipar aku, hehe
Rumah kampung biasalah tak besar mana pastu panas, itupun nasib baik ada kipas tambahan yang kat bawah tu, kalau tak boleh nangislah kepanasan.
Apa-apa pun gembira apabila semua tetamu dah pulang. Alhamdulillah selesai semua, esoknya mak ada buat makan-makan sempena hari raya, masak sendiri juga tapi semua guna dapur Mak Limah aje, dapur kayu lah apa lagi. Ramai juga saudara-mara yang datang tapi kami tak buat besar-besaran pun. Sekadar untuk anak beranak sahaja. Memang penat jugalah bila buat makan-makan ni terutamanya bila masak-masak sendiri tanpa upah catering.
Hermm, apa lagi ya aktiviti raya aku? Kali ni en suami cuti agak lama juga jadi kami dengan automatiknya memberikan cuti peristiwa pada Haziq & Husna selama 2 hari. He he Iyalah kan, alang-alang balik kampung, duduklah sampai bosan! Acara balik kampung tak sah kalau tak ke Pengkalan Kubur kan? Kali ini best sebab pergi tak payah usung anak-anak, puas hati mama dia boleh shopping (cuci mata) puas-puas tanpa ada suara rengekan anak-anak :P
Pinggan mangkuk Corelle pelbagai jenis, nak beli set ada nak beli satu-satu pun ada. Tapi aku beli set biasa je yang tak ada jenama. Dalam ralit membeli-belah terlupa pula nak beli set sudu garfu, adoi macam ada alasan aje nak pergi lagi ni :)
Harga di sini rasanya lebih kurang aje dengan Langkawi. Kalau beli banyak nanti kena bayar cukai di bahagian Kastam tau tapi kalau setakat beli sikit-sikit tak kena. Eh tak tahulah, aku agak-agak jer tu.
Rambang mata sangat-sangatlah kalau masuk kat sini. Nasib baiklah duit tak berapa nak ada kalau tak mahu aku borong semua bekas yang berkenan ;)
Singgah makan megi celup, tengok gambar ni terus berair mulut tau tapi sebenarnya rasanya adalah sangat masin! Tapi dek kerana kelaparan semuanya sedap aje :) Teringin nak makan ABC tapi sekali tutup lah pula, pakcik tu tak heran nak cari duit sebab masih sibuk beraya lagi. He he he
Orang pun tak ramai sangat tapi penuh juga lah parking kat dalam tu, berpusing-pusing juga kami cari parking tapi disebabkan en suami ni orang "situ" terus dapat spot yang best. HA HA Ha Lepas ni boleh lah keluarkan ebook "Panduan Shopping Pengkalan Kubur" kan? :P
Dalam banyak-banyak barang, benda alah kat atas aku rasa paling puas hati sekali bila belinya. Dah lama terliur nak beli tapi tak jumpa-jumpa kat mana ada jualnya. Sekali kat kedai pinggan mangkuk tu ada, harga pun boleh tahan murahnya (tak sampai RM100 pun). Padan muka lipas kat rumah aku ni, pasni tak boleh dah menari-nari kat pinggan mangkuk aku tau :P Sebab dah jumpa "Dish Drainer" yang super ohsem ni. Puas hati sangat-sangat sebab besar dan boleh muat pinggan mangkuk yang ada.
Ok lah, sampai sini sahaja cerita raya kami. Tak sabar nak update lagi tapi itulah kena tengok tahap kerajinan aku juga. Sehingga bertemu lagi. Bye!
2 ulasan:
Selamat hari raya untuk zaila jugak..nnti gmbar aaliyah leh edit tmpal kat gmbar famili tu,,hihihi..btw..zayed pon super mnja gak..die mmg tknak ngn sapa kecuali mama papa die..wuwu
lamanye tak mkn mee / meggi celup ni.
Catat Ulasan