Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 20 Ogos 2015

Beli Rak Buku Murah Di Ikea

Assalamualaikum,

Hujung minggu yang lepas aku pergi Ikea. Yang kelakarnya dalam fikiran aku memang nak ajak en suami ke Ikea dan rupa-rupanya en suami pun sama terfikir mahu bawa aku ke Ikea sebab nak bagi mak buyung ni ceria sedikit :) Paling kelakar bila tiba-tiba abang aku dari Bera telefon cakap macamana nak pergi Ikea? Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, memang menjadi lah "plan" kami untuk ke Ikea :)

Kami berjanji untuk berjumpa di Ikea. Macam bagus je aku pesan dekat abang aku supaya datang awal pagi lagi (kalau boleh selepas subuh) kerana tak nak bersesak berebut parking. Akhirnya kami yang sampai lewat. Dalam pukul 11 pagi lebih baru terhegeh-hegeh nak cari parking. Ha ha ha Aku memang FAILED bab bersiap awal, walaupun bangun awal pagi tapi ada sahaja perkara yang hendak disetelkan. Tambah-tambah hari cuti selalunya en suami akan pergi ke surau solat subuh dan balik tu baru kami bersarapan. Kena pastikan perut masing-masing kenyang kerana apabila sampai di sana faham-faham lah nak kejar anak-anak dan berjalan jauh tawaf bilik pameran dia, mahu ada yang bertukar jadi mak ghimau nanti :P

Panjang pula mukadimah aku ya. Kebetulan pergi Ikea waktu tengah SALE. Memang ramai dan rambang mata tapi faham-faham je lah pergi waktu poket nipis hanya mampu tengok-tengok sahaja. He he he Tapi tersambar juga rak buku LAIVA ni. Itupun sebab harga RM59. Walaupun hati berkenan pada siri BILLY tapi redhokan aje sebab duit tak berapa nak ada ni haaa. Terima kasih en suami sebab bayarkan ya :)
Maka gigihlah aku pasang berpandukan manual yang diberikan. Mula-mula tu tak yakin juga tapi dek kerana tak sabar aku cuba juga pasang. Alhamdulillah, dengan kuasa yang ada berjaya juga memasangnya tanpa rosak :P Fikir-fikir baik letak dalam bilik anak-anak memandangkan bilik mereka masih belum ada rak buku. Masa tu Haziq & Husna ke sekolah jadi aku saje lah konon nak buat kejutan :)


Ashraf tolong mama kemaskan buku. Tapi tak banyak pun buku anak-anak aku ni. Hari tu ajak juga en suami pergi MPH beli buku tapi dia buat tak layan T___T" Takpe, kita usaha lagi kalau tak kita beli online. Opsss


Bekas fail tu dulu aku letak atas meja anak-anak tapi sekarang pindah sini. Dah hampir setahun anak-anak aku sekolah dah memang takde rupa dah fail tu. Buku-buku pun main sumbat aje. Isy budak-budak ni memanglah jenis tak suka kemas *sama lah macam mama mereka*

Boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2015/01/kemas-bilik-anak-sekolah-dah-bermula-hoi.html



Aku dah banyak kali make over bilik ni dah. Meja biru tu dah dipindahkan pastu aku letak rak buku LAIVA tu di situ. Kabinet putih pun dah letak sebelah meja anak-anak. Kipas tu dah takde memandangkan bilik ni dah dipasang penghawa dingin. Haziq & Ashraf yang tidur dalam bilik ni manakala Husna tidur bilik kecil bersama Aini. Tunggu ada duit lebih sikit cadangnya nak pasang penghawa dingin juga bilik tu dan buat make over sikit. Buat masa sekarang bersabar aje dengan mana yang ada. Inipun syukur anak-anak sudah tahu tidur dalam bilik masing-masing. Misi nak suruh Azzam sertai abang-abang mereka aje masih belum berjaya lagi. Aaliyah masih tidur bersama dengan aku memandangkan dia masih menyusu badan. Kena sabar sikit je lagi.

Masa pergi Ikea tu berkenan juga dengan katil 2 tingkat yang dijual. Harga pun ada yang bermula RM500 tapi tulah kalau bilik anak-anak ni macam dah penuh sebab katil sudah tersedia. Kita tengok ajelah idea-idea dekorasi bilik yang aku ambil dari laman Ikea ni








Kita berangan aje lah sementara tunggu dapat pindah ke rumah yang lebih besar *entah bila lah tu*

Bye!

========================================================================

DAFTAR SEGERA UNTUK KELAS ASAS BLOG FANPAGE & BERIKLAN DI INSTAGRAM

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak. 

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Sumber : http://fatenfattah.blogspot.com/2015/06/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

3 ulasan:

Nadiah Hanum berkata...

Sesak nafas tgk perabot2 IKEA ni...cantik rak buku tu..

Rizziela berkata...

cantik...nanti blh g cari kat Ikea ni

budakbandunglaici berkata...

dah lama tak pergi ikea

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^