Thursday, September 17, 2015

Koleksi Gambar Masakan Mekla

Assalamualaikum,

Tajuk bukan main lagi ya? Koleksi gambar masakan Mekla, macam lah Mekla ni pandai masak tapi jujur aku katakan sejak dah hampir 10 tahun jadi bini orang ni, skill memasak memang semakin bertambah baik. Nak-nak sejak dah jadi surirumah sepenuh masa, memang setiap hari wajib kena masak kecuali hari cuti tu ada lah sesekali makan kat luar ;)

Tapi kadang-kadang aku ni tahu masak menu sama aje sebabnya kalau masak menu pelik-pelik kan anak-anak tak makan. Untuk elakkan pembaziran kena lah masak ikut selera anak-anak dan mak anak. He he he En suami jenis tak kisah, semua dia makan sebab tu badan en suami pun dah macam ala-ala bini dia dah (makin tembam) Best sikit nak peluk ;)


Masak lemak ikan masin dengan nenas tapi aku tambah timun. Nak resepi? Kisar lengkuas, bawang merah dan cili kering, kemudian masukkan ke dalam santan. Jerang atas dapur masukkan asam keping, serbuk kunyit, dan kacau-kacau. Apabila dah lama sedikit baru masukkan ikan masin, nenas dan timun. Perisakan dengan gula & garam (ikan masin dah masin jadi tak payah masukkan banyak garam). Cara aku sempoi aje, kalau mak aku suka pecahkan telur di dalam kuah ikan masin ni untuk pekatkan kuah.


Rendang ayam menggunakan Noxxa. Sekejap aje sekarang ni kalau nak makan rendang. Asalkan cukup bahan-bahan. Boleh taip resepi di bahagian carian ya


Pasta mudah dan cepat siap. Tumiskan bawang besar Holland dan bawang putih, masukkan daging kisar, garam dan sedikit campuran herba. Kemudian masukkan susu segar (kalau takde boleh gunakan air rebusan pasta), masukkan tomati, cendawan, keju dan akhir sekali masukkan pasta spiral. Sedap sebab tak pedas


Gulai ayam Noxxa pun sudah takde masalah, sekejap aje siap. Aku kalau masak gulai ayam suka guna rempah kari cap orang terbang. Rempah ni ada hanya di Kelantan sahaja. Kalau mak aku pula suka guna rempah gulai cap jam. Bagi sesiapa yang mahu apatkan rempah kari asli dari Kelantan, bolehlah tunggu selepas raya haji ya. Nanti aku akan jual balik rempah-rempah masakan dari Kelantan :)


Goreng ikan masin bersama bawang dan cili. Makan dengan gulai ayam. Sedap bertambah-tambahlah


Ni sambal mangga dan ikan rebus. Antara masakan kegemaran mak aku di kampung. Kecur air liur tau kalau teringat menu ni. Resepi boleh cari di carian, rasanya aku pernah masukkan dulu-dulu


Yang ini sardin yang dibuat sendiri menggunakan Noxxa. Selalunya aku buat banyak jadi bolehlah sampai dua kali makan. Boleh buat sandwich sardin juga. Kalau nak resepi hanya taip sahaja di carian sebelah kiri blog ini ya


Buat kek tapi tak tahu lah nak letak nama kek apa. Kek biasa je tapi bolehlah untuk anak-anak makan. Kek ni dikukus dengan menggunakan Noxxa juga ya. Memang berbaloi-baloi beli Noxxa sebab banyak fungsi boleh digunakan. Berminat untuk mendapatkan periuk ajaib Noxxa? Boleh hubungi aku melalui 012-970 6828. Pembelian tunai atau kutu disediakan. Bimbingan menggunakan dan resepi juga disediakan ya :)


Ni percubaan pertama buat roti sendiri. He he Rupa buruk tapi rasa boleh tahan cuma keras sedikit. Maklumlah tak ada breadmaker pun. Hu hu hu Hajat di hati nak dapatkan Noxxa Breadmaker tapi kena gigih kumpul duit dulu lah.

Oklah itu sahaja koleksi gambar masakan Mekla. He he he Maklumlah surirumah mana ada koleksi henbeg, hanya gambar masakan aje lah yang boleh ditayang. Itupun gambar yang sememeh aje, tak kisahlah kan janji anak-anak suka makan :)

Sehingga bertemu lagi.

1 comment:

Maya Amir said...

oiii lapo aku tengok makanan2 ni weyhh..

*welcome back to diri sendiri..dah lama aku tak berjalan gi blog orang..haha*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015