Monday, October 26, 2015

Mudahnya Buat Pasta Sendiri

Assalamualaikum,

Lagi update tentang aktiviti kami anak beranak sewaktu cuti jerebu minggu lepas. Apabila anak-anak ada di rumah, maka mama kena ligat buat aktiviti dan memasak. Maklumlah kejap-kejap lapar dan minta makanan aje, memang kuat makan betul tapi badan mereka kurus-kurus keding aje T____T"

Sejak ada mesin buat mee dengan pasta ni semangat nak mencuba tu memang tinggi lah kan. Nasib baik ada ramai penolong juga jadi takde lah mama yang kena kemas sorang-sorang. Walaupun haritu tak cukup bahan tapi cuba juga untuk buat makaroni sendiri.


Anak-anak aku tak perlu bawa makan ke kedai fancy-fancy atau tersohor, cukuplah makanan yang dimasak penuh kasih sayang oleh mama mereka :) Rupa tadak tapi rasa adak..he he he


Inilah rupa makaroni yang dibuat sendiri. Hanya gunakan tepung gandum sahaja dan sedikit garam serta pewarna kuning, memang tiada pengawet lain. Memanglah rupa tak cantik macam San Remo punya tapi yang penting terjamin kebersihan dan status kehalalan tu :)


Ini rupa sebelum nak masukkan dalam oven. Lepas siap terus celur dengan air mendidih selama seminit dan toskan. Memang lembut dan rasa kenyal-kenyal sedikit.


Kalau buat pasta makaroni kena ada seorang tukang tunggu dan poting, kalau tak nanti panjang-panjang pula makaroni uols. Oleh kerana ini adalah home-made jangan pertikaikan kenapa saiz tak sama panjang ya

Keesokannya aku cuba buat teffucini bayam pula. Kenapa bayam? Saja nak cuba-cuba dan kebetulan ada stok bayam hijau. Jadi gunakan air kisaran bayam yang telah ditapis menggantikan air biasa. Memang pasta bertukar mejadi warna hijau. Yang bestnya kalau nak warna yang berlainan silalah gunakan unsur sayuran yang berlainan warna seperti lobak merah untuk warna oren, bayam merah untuk warna merah dan macam-macam lagi lah. Nak kena rajin mencuba sahaja. Yang penting sukatan tepung dan air kena tepat sebab kalau tak mee tak akan keluar.


Kalau tak potong memang akan panjang je tapi jangan risau bila nak celur tu akan putus-putus juga. Kalau guna tepung protein tinggi mungkin tekstur lebih baik


Seronok main dengan gadget baru ni tau. Tapi nak kena rajinlah sikit




Yang penting mesin ni automatik, hanya tekan butang START lepastu dah boleh pergi buat kerja lain. Mudah kan? Memang bestlah beraktiviti dengan anak-anak. Kalau masa zaman mak-mak kita dulu mungkin mesin pasta jenis yang pusing-pusing tu tapi rumah aku takde lah gadget macam tu sebab mak aku bukan makan pasta pong! Anak-anak aku je hantu pasta, entah hantu mat salleh mana yang meresap masuk dalam badan mereka ni ;)


Lepas dah siap celurkan sekejap dalam air panas, dah boleh buat fettucini goreng bersama udang. Resepinya menyusul nanti ya :)

Oklah, sehingga bertemu lagi. Terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang makin hari makin bosan dan sarat dengan resepi :P Maklumlah mak ramai anak, apalagi yang difikirkan selain dari masakan untuk penuhkan perut. Nak deko-deko rumah pun dah takde mood sebabnya budget takde untuk tahun ni. Takpe, kita simpan impian dulu.

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015