Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 17 November 2015

Dengan Noxxa Suami Pun Boleh Masak!

Assalamualaikum,

Sekarang ini en suami memang rajin masak. Nak tahu rahsianya? Sudah tentulah sebab ada Noxxa. Lagipun dia dapat isteri yang makin sibuk (atau buat-buat sibuk). Setiap pagi Ahad aku memang akan keluar ke kelas untuk menimba ilmu (itupun jika kesihatan mengizinkan) dan selalunya en suami yang akan ambil tugas memasak. Bukan masak yang susah-susah pun tapi bolehlah kalau sup tulang, sup ayam, kari ayam, kurma ayam tu semua en suami dah boleh sediakan dengan bantuan Noxxa.

Mula-mula hanya ajarkan aje si dia tekan-tekan, lepas tu pandai-pandailah en suami masak. Macam Ahad yang lepas en suami buatkan sup tulang mabeles! Kebetulan waktu tu hujan, perghhh hirup sup masa panas-panas sampai berpeluh dibuatnya aku ni :)


Apabila memasak sendiri memang puas hati sebab boleh makan bertambah-tambah! Bayangkan harga sup tulang di kedai Siam haruslah mahal kan kalau nak makan hingga 3 mangkuk :P Nampak tak dari segi penjimatan di situ?


Memang mudah masak menggunakan periuk Noja tu, kena tahu fungsi setiap butang dan tekan-tekan tunggu jelah masakan siap! Haritu en suami buat kari ayam sebab sekejap aje dah lembut, kalau hak kaki ayam tu lembut macam masak lama padahal dalam 15 minit aje 


Yang ni pula kurma ayam, en suami masak sambil dipantau oleh aku chief de mission. Ha ha ha Pendek kata memang mudah guna gadget ni, Aini pun dah pandai masak guna Noxxa sebab selamat. Haritu aku keluar buat demo masakan di Bandar Enstek tinggalkan dia, Haziq & Husna di rumah. Bila aku sampai di rumah dah siap dah kurma ayam (tapi agak manis) hasil masakan 3 orang tu. Insya Allah selamat dan dapur pun tak comot atau bersepah bila gunakan Noja ni.

Hermmm, mesti ada yang terliur kan? Kalau nak suruh suami rajin masak, haaa silakan ajar guna Noja. Pernah dalam bulan puasa yang lepas budak junior yang beli Noxxa dengan aku bagitahu suami dia buat kuih seri muka dengan menggunakan bantuan Noxxa. Jangan main-maian, with Noxxa every husband can cook :)

Kalau nak beli tu cepat-cepatlah WA aku di 012-970 6828 sebab stok adalah terhad. Apa-apa kita wasap dulu :) Ada bimbingan dan demo menggunakan lagi (jika mahu).

Bye!

1 ulasan:

Rizziela berkata...

Walawei.. senang byk... berapa RM yer harganya

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^