Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 22 Februari 2017

Peluang Berkongsi #Kisahngaji di Majalah Mingguan Wanita


Assalamualaikum,

He he he Masih ada ke yang sudi baca blog ini? Ya Allah, tahap kerajinan untuk update blog sangat-sangatlah tidak memberangsangkan. Entri kedua dalam tahun 2017. Syabas Mekla :) Tapi hari ini tergerak hati nak update blog ini sebab nak abadikan di sini kenangan diberikan peluang untuk berkongsi #kisahngaji di dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1735 17-23 Februari 2017 (cover Faezah Elai & anaknya yang sangat comel itu).



Alhamdulillah atas rezeki ini. Semuanya bermula waktu aku sedang mengandung anak ke 6 lagi di mana wartawan (Kak Netty) ada menghantar Whats App bertanyakan tentang pengalaman mengaji. Waktu tu aku sedang dalam fasa-fasa mahu bersalinkan si Arman, mood pun ke laut Amareka dan waktu Kak Net meminta kebenaran untuk menelefon aku pun aku "malas" nak angkat. Memang tak dinafikan masa mengandungkan Arman memang emosi sangat-sangat, hanya Allah sahaja yang tahu perangai "tak elok" aku waktu tu T____T".

Alhamdulillah selepas melepasi tempoh bersalin dan mood pun makin baik. Masa tu teringat kembali pada tawaran Kak Net tapi memandangkan selepas berpantang aku sedang melalui fasa-fasa kehidupan yang semakin sibuk (pembantu juga sudah berhenti) dan beberapa siri ujian kesihatan, maka tertunda sekejap. Akhirnya, selepas raya aku hubungi kembali dan bertanya masih boleh ke untuk berkongsi pengamalan bersama Al-Quran. Alhamdulillah, Kak Net memang baik dan terus bertanyakan aku beberapa soalan yang berkaitan. Sebenarnya ini kisah tahun lepas, tak tahu bila akan keluar dan macam biasalah nak tanya Kak Net macam malu. Sehinggalah Jumaat lepas, kawan aku Whats App suruh beli majalah Mingguan Wanita cover Faezah Elai.

Reaksi anak-anak apabila melihat muka mereka dalam majalah memang tak ternilai. Siap cakap terima kasih lagi pada mama. Kelakar pun ada sebab ini semua aturan Allah. Tak pernah sangka dulu waktu bujang suka sangat beli majalah Mingguan Wanita, awal-awal kahwin pun sama, en suami akan hadiahkan majalah ini kerana di dalamnya sarat dengan kisah-kisah wanita yang boleh memberikan inspirasi buat kita. Bab resepi pun best juga sebab banyak resepi yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dibuat.

Walaupun gambar aku tak lawa (macam retis) dan asek-asek gambar raya aje yang ada tapi alhamdulillah syukur sangat apabila diberikan peluang berkongsi pengalaman bersama Al-Quran. Tak dinafikan fasa hamil memang melibatkan banyak kecelaruan emosi tambah-tambah apabila kita mengandungkan anak ke 5 dan ke atas. Banyak sangat dugaan seperti terkesan dengan kata-kata orang sekeliling (contohnya asyik mengandung aje, takpun isy mengandung lagi) dan pada masa yang sama nak mengatasi emosi anak-anak lain yang masih kecil lagi. Memang anak-anak aku suka kalau aku megandung tapi yang "membawa" baby di dalam perut bukan mereka tapi adalah kita. Waktu itu, jangan cerita mood kejap gembira kejap menangis itu adalah biasa.

Jadi, cara terbaik untuk mengatasi perasaan yang bercampur adalah dengan kembali kepada pemberi rezeki. Pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Waktu ini aku banyak membaca tafsir surah-surah tertentu dan istikomah membaca Al-Quran setiap hari. Walaupun sibuk sebolehnya memang akan cuba untuk meluangkan masa membaca Al-Quran selepas solat.

Oklah itu sahaja pengalaman aku bersama Al-Quran. Walaupun sudah tidak mengandung (lagi) tapi jom amalkan membaca Al-Quran kerana memang banyak kelebihan dan ketenangan yang akan kita dapat apabila membacanya. Kalau waktu tak boleh solat tu boleh pasangkan bacaan Al-Quran di dalam komputer atau dari Quran digital. Untuk anak-anak juga wajib ajar mereka membaca atau mengenal Al-QUran. Semoga mereka akan membesar menjadi anak-anak yang beradab dan beriman dengan isi Al-Quran, bukan menuntut ilmu dunia semata-mata.

Ya Allah, nak habiskan menulis entri ini ambil masa 3 hari. Maklumlah mak sudah kertu T___T"
Insya Allah ada peluang nanti aku akan menulis lagi. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^