Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 23 Februari 2017

Kenangan Januari 2017

Assalamualaikum,

Sejak anak-anak sudah bersekolah memang sibuk sangat. Tapi sejak dah menginjak usia jiwa pun makin sensitif, rasanya alahai rugi kalau tak abadikan kenangan apa yang berlaku sepanjang bulan. Hermm, memandangkan aku ni bukan jenis "hantu" selfie mahupun hantu ambil gambar, tapi adalah sekeping dua gambar yang diambil sebagai kenangan, jadi mari kita tepek di sini. Mana tahu, nanti anak-anak nak baca apalah aktiviti mereka waktu dulu ;)

Bulan Januari yang lepas ada kenduri perkahwinan kepada anak bos en suami. Kalau dah namanya anak bos, maka majlis haruslah "grand" kan. Seronok dapat pergi majlis sebab dapat jumpa kawan-kawan lama kat tempat kerja dulu tapi tak boleh berlama-lama sebab anak sulung ada aktiviti pula di sekolah. Kalau tak, rasanya mahu makan tak berhenti-henti. Serious tau, banyak makanan yang ada :)


Penghujung bulan Januari pula kami berpeluang balik kampung. Kalau tak silap waktu ni cuti raya cina. Sekarang ni kalau ada cuti 3 pun kami akan balik, walaupun sekejap tak mengapa janji dapat bertemu mata dengan mak ayah di kampung.


Kalau balik kampung tak sah kalau tak beli nasi kerabu viral ni, dekat sangat dengan rumah aku di Kampung Beris Kubur Besar tu. Kalau dulu makcik ni jual harga 50 sen aje, lama kelamaan naik jadi RM1 dan sekarang dah jadi RM1.50. Tengoklah kuih-muih tu, harga tak ingat dah tapi masih murah dan sedap jika dibandingkan dengan harga kuih di bandar.


Kalau balik kampung tak sah juga kalau tak pergi Pasar Tumpat. Seronok tau jamu mata, yang pasti lepas satu-satu not RM50 "hilang". Rasa semua barang murah padahal bukan murah cuma ianya dijual dalam kuantiti yang sedikit. Ha ha ha Tak mengapalah, orang bandar balik bantu ekonomi orang kampung kan? ;) Gambar diambil dengan telefon baru hadiah dari en suami. Kebetulan sebelum balik kampung, telefon Mekla terus padam (innalilah terus). Maka en suami menghadiahkan Samsung J7 Prime :) *yeay!*


Gambar ni diambil depan rumah aku di kampung. Suka sangat sebab semua kesayangan ada dalam gambar ni. Jangan ditanya mana sorang lagi sebab sebenarnya memang ada cuma terlindung sedikit :) Siapa dapat cari Aaliyah nanti Mekla bagi upah (dalam mimpi jelah ya)

Balik bercuti memang best tapi impak selepas cuti tu memang memenatkan. Selepas balik bercuti kami sekeluarga diuji dengan sakit bersilih ganti.En suami sampai berhari-hari juga demam panas dan batuk berkahak. Jahat sungguh virus yang mengganggu keluarga kami. Alhamdulillah sekarang semua dah kembali sihat dan meneruskan rutin harian seperti biasa :)


Anak bongsu mama sudah menginjak 10 bulan. Memang aktif sungguh anak yang sorang ni. Belum boleh berjalan tapi bab memanjat tu serah je kat dia, naik tangga tu setiap hari dah biasa, kalau ke dapur pantang ada kerusi nak panjat tengok sekali. Nanti besar nak jadi Masterchef agaknya! 

Abaikan dapur yang bersepah itu. Kalau setiap hari memasak, lebih kurang macam inilah gayanya :)


Tapi sesekali kena cuti memasak juga, barulah berpeluang kemas-kemas dapur, lap minyak kat dinding, susun atau buang mana-mana yang patut :)


Akhir sekali kita beriklan sekejap (gambar di atas bukan dari dapur Mekla ya). Jom sesiapa yang mahu dapatkan pengukus elektrik jenama Noxxa. Best sangat sebab jika dibandingkan dengan jenama X, Noxxa punya lebih kedap dantidak akan keluar wap air (jadi tak perlu nak lapis tuala ke apa), selain itu wap air pun tidak akan menitis jatuh ke dalam makanan tau. Paling best semua digital, tekan-tekan dan biar aje, jimat masa tak payah nak menunggu depan dapur gas ke apa.

Jom sesiapa berminat nak beli atau join kutu Whats App Mekla di 012-970 6828. Harga pun masih mampu milik lagi tau. Cecepat uols :)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^